Kebelakangan ini saya asyik menguji pengetahuan kaum wanita. Saya minta mereka menjawab beberapa soalan untuk menguji pengetahuan am mereka mengenai payu dara. Saya harap jangan pula saya dituduh gila seks kerana dalam masyarakat kita begitulah...iaitu yang bercakap pasal sekslah yang dituduh gila seks (padahal kerap kali seorang yang pendiam dan sopan santun tutur bicara itulah terbukti sebenarnya gila seks).
. Beberapa bahagian utama kopek anda
Saya kembali kepada tajuk, berbeza dengan payu dara lelaki, payu dara kaum wanita mempunyai kelenjar yang mampu mengeluarkan susu tulin. Sebelah payu dara mempunyai 15-20 kantung yang mampu menghasilkan susu. Tiap kantung tersebutlah terdiri dari beberapa kelejar susu. Seringkali, pada awalnya kanser akan tumbuh pada kelenjar susu inilah. Sila rujuk gambar di atas untuk tahu lokasi kelenjar susu tersebut.
Perlu kita tahu payu dara kita bukanlah sesuatu yang tumbuh di atas tulang rusuk (maaf ya bukan nak dami tetapi cuba lihat gambar di atas sekali lagi). Payu dara kita berada di atas tulang rusuk yang sebenarnya terlebih dahulu dilapisi oleh otot-otot. Cuba pegang payu dara masing-masing dan cuba buat-buat tariknya keluar (pulak dah). Ya, ia sebenarnya hanya berada di lapisan otot kita tanpa ada hubungan berstruktur anggota dengan paru-paru, tulang rusuk hati atau jangtung. Oleh sebab itulah dalam keadaan biasa kita boleh operate/buang payu dara kita jika kita tak selesa dengannya.
Kepada yang berkopek besar [di daerah saya (Besut) kopek adalah panggilan bagi payu dara], tidak perlu takut. Kerana tidak semestinya siapa yang berkopek besar maka besarlah risiko untuk mendapatkan kanser payu dara. Saiz tiada kaitan, saya rasa fakta ini semua orang tahu, sengaja saya menulisnya, he he he. Namun oleh kerana saya bukanlah seorang doktor pakar payu dara atau dari badan profesional atau juri profesional, pengetahuan yang saya tulis ini hanya berdasarkan pemahaman amatur saya dalam penyakit kanser payu dara. Anda perlu mendapatkan kefahaman yang lebih benar dari doktor yang bertauliah. Duduk berbincang dan tunjukanlah kopek anda jika perlu, tanpa malu-malu.
Kita kembali kepada tajuk posting. Selain daripada kelenjar susu, payudara juga terdiri dari pembuluh atau saluran darah untuk menghantar oksigen ke sel-sel yang terlibat. Terdapat juga pembuluh-pembuluh atau saluran-saluran aliran lain yang membawa sel yang bertindak sebagai sistem imunitasi ke sekitar salur darah di kopek kita dan kawasan di persekitarannya.
Ia berfungsi mencegah kalau ada jangkitan yang berskala kecil. Sistem kelenjar imunisasi terletak dekat payudara terdapat juga pada bahagian ketiak kita, di atas tulang selangka kita di belakang tulang dada kita. Saling berhubung dan berkaitan.
Jan: Kita kena kenali dulu baru sayangi...
No comments:
Post a Comment