Wahai Tuhan, ku tak layak ke surgaMu
Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Ilahi lastu lil firdausi ahlaa
Wa laa aqwa 'alaa naaril jahiimi
Fahabli taubataw waghfir dzunuubi
Fa innaka ghofirudz dzam bil 'adhiimi
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmatMu ampunkan daku oh Tuhanku
Wahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Kami takut, kami harap kepadaMu
Suburkanlah cinta kami kepadaMu
Kamilah hamba yang mengharap belas dariMu
Catatan lagu:
Saya hanya ada dua tiga sahaja CD lagu Raihan. Raihan adalah satu kumpulan nasyid yang terkenal di gendang telinga rakyat Malaysia. Biasanya saya tidak beli CD grene nasyid tetapi kemunculan Raihan memang satu fenomena. Maka saya ada dapatkan beberapa CDnya. Saya gambarkan Raihan adalah kumpulan nasyid yang syahdu dan berinovatif. Tabik spring untuk Raihan. Namun saya juga suka Rabbani, muzik dia best. Macam biasa bila tiba ramadhan, saya ketepikan sedikit koleksi lagu pop yang saya dengar. Saya nak ambik roh ramadhan. Biar tangkap leleh pasal agama dan tuhan pulak. Kalau cakap pasal dunia engak bisa akan habisnya, itulah kata Mbok Hetty dulu. Lagu ini diemailkan oleh seorang sahabat baik saya.
Dah lama saya cari lagu ini, suatu waktu dulu lagu ni memang jadi antara lagu tema sebuah kumpulan agama yang diharamkan. lagu ni daripada album Syukur21, saya tak membelinya.
Mungkin kerana faktor umur, bila saya dengar lagu ni ianya semakin meresap masuk ke dalam jiwa saya. Entahlah...ia ada keunikan sendiri berbanding lagu `Bisikan Cinta' Kak Nita. Pun begitu saya masih tabik kerana lagu `Bisikan Cinta' liriknya cantik untuk gambar perasaan cinta setia sesama manusia...(yang tak ke mana kan? he he he).
Lirik lagu ini mudah, mungkin sebab itu mudah meresap masuk ke jiwa kita (dan mudah meresap keluar semula? he he he, no komeng)... Tetapi part lirik di bawahlah yang membuatkan saya rasa pilu dan insaf...:

Apabila mendengarnya hati rasa semacam. Semacam yang saya gagal nak gambarkan di sini. Namun perkataan yang paling hampir tepat ialah `sedih". Saya memang akan jadi jahat dan mulut longkang bila saya ditipu, dikhianati dan dihina. Yang akhirnya... ada bara dalam jiwa saya. Mungkin nasib saya malang, saya banyak berjumpa dengan manusia yang salah dalam hidup saya. Dulu tahun 1998 kawan saya Rozzaini (kini buah PHD kat London) beritahu saya selalu `bawa' diri saya ke tempat yang saya memang tidak diperlukan, senang kata saya selalu sayang salah orang.
Bila ternyata salah, saya rasa mahu sahaja jadi iblis atau setidaknya ahli sihir seperti Merlin... Kalau kita jumpa dengan seorang manusia. Dia boleh menukarkan kita kepada malaikat atau kemudiannya syaitan..., berhati-hatilah menerima orang dalam hidup. Berhati-hatilah menerima orang dalam hidup. He he he itulah nasihat yang paling tak layak saya menulisnya...
Jan: setuju...
No comments:
Post a Comment