Saya bukan anti FB, namun saya dapati ada juga unsur-unsur bahayanya bila ralit berFB. Contohnya umpatan yang diperbincangkan secara terbuka kepada khalayak. Dulu umpatan secara domestik di bawah pokok jambu, tepi pagar atau di kedai kopi sahaja tetapi sekarang international dan global sifatnya.
Saya tak aktif berFB, cuma pada awal buat Fb saja saya aktif. Maksud saya aktif membaca perbualan orang. Selepas itu saya jadi bosan dan tak ada masa nak berFB. Sampai kini saya tak berFB setiap hari. Saya hanya berblog hampir setiap hari. Bagi saya blog senang sebab kita menulis apa yang kita fikir dalam diri kita, dalam masa 5 minit dah dapat siap satu posting. Tak guna banyak masa kita. Sama ada kita nak menulis atau tidak sahaja.
Tetapi FB berlainan berbanding blog, ia lebih kepada laman sosial yang aktif. Saya pula jenis tak pandai sampuk, mencelah, mengorat jauh sekali. Tapi ada ketikanya saya alah pada FB, dan tak dapat kawal diri. Contohnya, ada kawan saya dalam FB yang mengumpat pasal seorang yang mereka tak suka. Mulut longkang dan sebagainya ada ditulis dalam FB. Pada mulanya saya membacanya sahaja. Lama kelamaan perasaan ingin tahu timbul. Tidak semena-mena saya campur tangan dan tanya sapa orang yang dimaksudkan dengan mulut longkang tu? Ya lah kan bila kawan-kawan mengumpat, kita nak tahu juga, he he he.
Selepas kejadian itu saya rasa tak selesa, sebab orang yang mereka umpat tu baik dengan saya. Percuma sahaja saya tahu hal buruk dia. Pendapat saya kita kena nilai sendiri atau terkena sendiri baru boleh buat keputusan. Mengumpat berskala besar ni memang best, tapi janganlah kita membestkannya lagi. Esok lusa orang umpat kita pulak sebab kita sendiri pun tahu kita taklah elok mana perangai. Ada yang mengumpat rakan sekerja mereka, majikan mereka, umpat suami/isteri masing-masing, dan ada juga yang mengumpat orang yang mereka tak kenal pun. Pelik tapi benar.
Jan: Selamat datang ke abad 21, bagaimana kehidupan manusia abab ke 22 ya?

1 comment:
Mahu tak sedap mang mengumpat ni, sebab boleh memburukkan orang lain tanpa orang tu tahu.
Cuba orang yang diumpat tu tiba2 sembur si pengumpat tu dengan keburukan dia dalam FB si pengumpat tu sendiri, harus meroyan dia 3 bulan.
Post a Comment