Saya telah berpisah dengannya selama 25 tahun. Orangnya baik dan yang paling saya ingat ialah dia lucu. Kadang-kadang rimas juga dibuatnya apabila gelagaknya tidak terkawal. Namun saya gembira sangat pada masa tersebut, dia antara kawan baik saya di sekolah menengah. Bila jumpa dengannya kita kena berhati-hati sebab dia bukannya dia. Maksud saya dia suka tiru gaya dan percakapan orang. Maka bila jumpa dia, kita juga kena berlakun, sambut dialognya. Pernah dia berlakun jadi Eman Manan depan saya. Dan paling saya nak pecah perut dia berlakon jadi guru besar. Hanya tuhan yang tahu saya nak tergelak besar. Saya berkawan dengannya pada masa sekolah menengah rendah. Saya tiada pilihan lain kerana pada masa tersebut saya jenis pejabat dan skima. Saya jadi ketua tingkatan, pengawas perpustakaan, dan agak giat juga dalam Kelab Kerjaya sekolah. Saya mesti berlakon tertib, lagipun kakak saya ada di sekolah yang sama. Dia seorang pelajar harapan sekolah. Maka saya berkawan dengannya sebab dia nampak sopan santun. Pun begitu rupa-rupanya gila-gila. berbanding dengan saya, dia lebih ramai kawan di sekolah. Dia tak pilih kawan asal kawan tersebut terima dia. Itu konsep dia. Saya pula hanya memilih kawan yang kelihatan baik, ada kotak kalam, tak merokok, dan daripada keluarga yang agak berada. Saya jaga pergaulan saya. Sebagai ketua kelas, tentulah saya kena selalu belajar, nanti malu kalau markah rendah. Hidup saya sangat skema pada masa tersebut. Sebab itulah saya perlukan kawan yang skema untuk melengkapkan pakej tersebut. Kami juga ada persamaan yang ketara, iaitu benci subjek matematik bersekali dengan guru yang mengajarnya jugak, he he he. Tup-tup kami berpisah bila saya telah berubah... Dan selepas 25 tahun kemudian dia sms saya kelmarin. Saya rasa teruja juga sebab lama tak jumpa dan berbual-bual. Dan saya rasa bersalah kerana saya berubah selepas itu... Saya tak banyak hal sebab takut dia tanya hal peribadi saya. Saya harap dia sekarang tak handsum mana dah, he he he. maklumlah dulu awal belasan tahun dan sekaran kami dah 40an...Dan kalau boleh saya harap dia juga tak kahwin-kahwin, he he he. Teringat dia, teringat alam persekolahan saya. Semua kawan saya tidak merokok pada masa tersebut. Dan saya masih lagi tidak merokok (saya mula merokok tingkatan 5) dan jauh sangat mengenal erti rindu... Jan: Saya hanya pandai belajar-belajar-belajar, sehinggalah pada suatu hari...
Salam...
"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."
Total Pageviews
Followers
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Kadang-kadang
Home
Labels
- 1000 MAWAR (47)
- Alahai... (25)
- Alam buku (31)
- Berangan... (11)
- Buku untuk dijual (12)
- Catatan peribadi... (43)
- dari skrin... (28)
- FILEM (35)
- Kawan... (35)
- Kebahagian (2)
- Kesihatan (49)
- kewangan (68)
- Kuantan (4)
- Lirik pilihan... (29)
- Mankisue... (15)
- Menyolo... (19)
- NUKILAN RASA (6)
- PENDIDIKAN (19)
- PML (11)
- POLITIK (3)
- Politikus (18)
- PUISI (13)
- Rumahtangga (53)
- SHARIFAH AINI (64)
- Sikap dan sifat (16)
- Untuk dijual (6)
No comments:
Post a Comment