Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, June 4, 2010

`Seakan' pensyarah,`seakan manusia biasa...

Saya terima satu SMS...

“Cara awak bfikir seakan org yg kurang brilmu sedankn awk memegang jwatan pensyarah.”

Pada mulanya saya baca dengan rasa `apa salah saya?', kemudian saya tenang saja. Lagipun, itu mungkin memang apa yang beliau fikir dan dia jujur mengatakannya. saya berpositif.

Tambahan pula dia guna perkataan “seakan”. Setahu saya, “seakan” itu tidak semestinya bermaksud sama. Dulu pun ada kawan perempuan saya tuduh saya `seakan' Anuar Zain.  Jadi, kalau ikut logik yang sama, saya masih boleh terima SMS ini dengan hati terbuka, saya taklah sehandsome Anuar Zain. kain pelikat la la la tu..

Cuma... janganlah sebab saya seorang pensyarah, terus semua benda yang saya buat kena nampak macam pensyarah. Pensyarah pun manusia juga. Ada masa bijak, ada masa blur. Ada masa bercakap macam buku teks, ada masa bercakap macam baru bangun tidur.

Saya ada kekurangan, perangai dan tabiat sendiri. Ada yang cuba saya kikis, ada yang saya sudah lama biarkan sebab terlalu sebati. Hampir 40 tahun sudah duduk dalam badan. Nak kikis pun mungkin kena pakai kertas pasir.

Dan dalam hal-hal tertentu, memang saya akan berpegang dengan apa yang saya fikir dan percaya. Kadang-kadang betul, kadang-kadang tersasar, dan kadang-kadang bila fikir balik... “Eh, apa benda aku fikir masa tu?”

Dan bukan dalam semua perkara saya boleh berfikir dengan baik dan bijak. Saya pun manusia biasa. Cuma bezanya, saya ada jawatan pensyarah. Jadi nampaknya saya kena bijak 24 jam. Kalau boleh, waktu tidur pun kena berfikir secara akademik.

Abang Jan: Saya jenis bila keluar dari pintu pagar kampus, terus tinggalkan kepensyarahan saya. saya bawa separuh sahaja. he he he. Esok balik kutip sahaja.




6 comments:

Abah Mui'zz said...

Concern benar orang tu pada mu ya Mang, sampai boleh sms komen macam itu.

Mang, nanti kalau mu bercakap, kena la quote mana2 hasil research atau kata2 orang2 hebat, baru nampak setanding dengan jawatan.

Hahahaha. Senangnya buat konklusi ttg diri orang lain ya! Diri sendiri entah ter'conclude' atau tidak pun tak tahu.

Jankaulu said...

he hehe, memang. aku ni malas nak quote. kalu too akademik tak best gak, hehehe.

tapi tak apalah... entahlah terima jea, anggap positif.

Umar said...

takkanlah jadik pensyarah semua nak kena control...penampilan, percakapan, penulisan etc, nak kena nampak n control cerdik memanjang...melampaulah tuh...pensyarah pun manusia biase jgk....ade masa nak berhibur jugak..berhibur dgn cara tersendiri..

Jankaulu said...

he he he, betul tu umar, kdg2 sya kontrol gak tapi tak daya 24 jam sbb saya bknnya ok sgt, he he...

Eja said...

jd la diri sendiri...tu lbh baik dr nk jd org lain semata2 nk jg hati org..nk tnjk bagus ke..

Jankaulu said...

tapi tulah dah jadi macam beban pulak memikul status kerja ni...sedangkan lidah lagi tergigit.

betul kata org bijak pandai...suluh dengan mata hati...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home