Apabila ada masa terluang lebih, antara blog rakan maya yang saya sering kunjungi ialah lilyliza.blogspot.com. Blog ini juga seperti blog saya, bercerita mengenai kehidupan peribadi dan kerjaya. Seronok melihat kehidupan beliau, sekarang beliau telah beli rumah baru dan kereta baru. Rumah barunya sudah siap dan sekarang beliau dalam rancangan nak renovek. Blog ini juga bercerita mengenai suasana sekolah yang saya rindui. Ada gambar pelajar dalam dan luar bilik darjah. Seronok menjadi guru, setiap hari mencurahkan ilmu dan rasa dekat dengan pelajar, ada rasa kasih sayang di dalam hati kepada pelajar kita. Jadi pensyarah lain...
Inilah orangnya...
Llilyza bersama pelajarnya...
Llilyza bersama pelajarnya...
Walaupun tidak pernah bertemu dengannya, saya berpendapat beliau seorang yang jujur dan ikhlas. Beliau menulis dengan jujur dan ikhlas sebab itulah di dalam blognya tidak nampak langsung menunjuk-nunjuk kelebihannya. Bila baca penulisannya saya akui beliau seorang yang merendah diri walaupun mempunyai banyak kelebihan.
Seronok membaca blognya, beliau merupakan seorang guru yang mengajar di sabah, aktif dan bermotivasi tinggi, sayangi pelajarnya. Beliau ada projektor sendiri untuk mengajar, tak perlulah berebut pinjam dengan pentadbiran sekolah.
Ada kartun `pesan cikgu' dalam blognya...
Dalam blognya ada gambar pelajar dan sekolah. dalam gambar saya lihat beliau mengajar di tingkatan 6. Dulu saya pernah menjadi guru selama 5 tahun mengajar tingkatan enam. Teringat pahit manis menjadi guru bila mengajar murid yang agak besar, saya kagum dengan dirinya. tentu dia menghadapi banyak cubaan sebagai guru. Pahit manis.
Seronok sangat melihat riak muka pelajar dan persekitaran sekolah. Dah lama benar saya tak ke sekolah. Setiap kali memasuki kawasan sekolah hati saya jadi semacam...
BILA BERCINTA...CINTALAH SEPENUH HATI, itulah kata cover tertulis di templatesnya. Dan saya akui sepanjang hidup saya itulah yang saya buat walaupun selalunya sayalah yang akhirnya tercampak hina di tepi longkang, he he he. Alhamdulillah, buatlah sesuka hati kepada saya ni, buatlah...saya tak apa belaka...tuhan melihat segalanya...suatu hari nanti allah akan hancurkan hatinya sebagaimana dia hancurkan hati saya...(eh maaf emosi pulak dah, he he he). Istimewa sekali blog lilyliza.blogspot kerana ianya bukan sahaja dapat membawa saya kepada kenangan semasa jadi guru tetapi juga memberitahu secara langsung yang ketabahan dalam hidup itu penting dan berusahalah mendapatkannya... Ya di dalam blognya terkadang ada diselitkan kata-kata motivasi, supaya terus mencari apa erti kehidupan...
Jan: Guru adalah segalanya...

No comments:
Post a Comment