Saya sedar sebenarnya, dua tiga kali sebuah motosikal lalu depan rumah baru saya. Bila sampai depan rumah dia perlahankan motosikalnya. Saya rasa laki bini... Pada masa tersebut saya sedang cabut rumput yang tak berguna yang tumbuh di antara celah-celah rumput yang ditanam.
Saya terfikir juga, bimbang pulak kalau orang nak kipnap saya, zaman sekarang bukan boleh percaya, lelaki pun ada harganya. Tapi mustahil kalau nak kipnap tentu datang dengan van... Kemudian motor tersebut berhenti tepi pagar depan rumah saya. Saya fikir pula tentu nak cari rumah kawan dia yang baru pindah. Nak tanya kat mana rumah kawan mereka kot. Saya manalah tau, saya pun tak kenal jiran-jiran. Saya jenis tak berjiran ala kera sumbang.
" Nak tanya, awak guna baja apa? Tiba-tiba tanpa salam dan sapa si lelaki bertanya. Si perempuan pula buat muka tersenyum mesra macam dah sepuluh tahun kenal. Rupa-rupanya mereka nak tanya pasal rumput yang saya tanam.
" Guna baja rumput". Sepatah saya jawab. Saya ni memang tak berani mesra kalau bercakap dengan orang yang saya tak kenal. Orang yang kita kenal dan sayang pun boleh dajal kita...
" Akak tanam tapi tak tumbuh elok, ni pearl grass kan?" Kata si perempuan pula. Saya tengok perempuan yang tak bermake up tu nampak lesu, ada bintik-bintik hitam kat mukanya. Bukan jerawat tapi jeragat agaknya. Molek benar kalau dia guna Clinique yang regin brightness tu, boleh hilang jeragat.
" Ni rumput kampung, yang lembu makan tu, ayah bawak dari kampung. Ni rumput biasa je". Saya kaitkan pulak dengan lembu, ayah saya dan kampung halaman di Besut.
" Cantik rumput ni..." terus saya rasa nak terbang bila kena puji. Namun saya tetap tak buka pintu pagar. Saya duduk tepi pagar je.
" Guna baja apa? Dia tanya lagi. Saya pun pergi ambik baja tersebut dan tunjukan padanya.
" Umah kakak tu, ada kereta warna merah tu..." Akak tersebut menghalakan tangannya untuk menunjukan rumahnya di seberang tasik kecil depan rumah saya.
" Tak apalah terima kasih" Mereka berdua naik semula motor dan saya teruskan kerja pembersihan rumput.
Gambar 1: Mula-mula ditanam ginilah ropanya... nampak macam nak mati je... saya pun hanya mampu menyiramnya seminggu sekali je. Berkereta dari Muadzam datang semata menyiram...(baca dengan ala sedih)
Gambar 2: Kemudian rumput tu mula merebak dan mula nak menutupi tanah yang kosong. Kira lama jugak dalam masa sebulan setengah... Kalau siram hari-hari sebulan pun tak sampai kot.
Gambar 3: Selepas tu barulah ianya penuh. Masa ni kita kena giat cari rumput-rumput lain yang turut sama tumbuh. Bimbang nanti banyak sangat tak cantik, kalau boleh biar sejenis rumput sahaja.
Gambar 4: Sekarang dalam proses tunggu rumput mampat ke tanah, kata ayah saya makan masa berbulan-bulan juga. Biar akar dia kemas dan kejap dulu...baru boleh mesen kalau tak tercabut...pada masa ini boleh kita tambah tanah pada mana-mana bahagian yang rendah atau tak sama tanahnya.
Jan: Penjagaannya tak payah seperti ruput karpet adanya.
2 comments:
mang, berbezanya laman mu dengan laman satu lagi tuh. Cantik rumput2 tu bila dah tumbuh sekata.
thanks, tu la mampu buat. Tiap minggu ke ktn leni...heheh
belah sisi rumah tak penuh lagi, tanam sikit dulu takut tok dan nak cara...
Post a Comment