Blog ini bukan tentang bahagianya melayari alam rumahtangga, seronoknya hidup di luar negara atau kehidupan di kota besar. Jauh sekali mahu mempromosikan sesuatu. Ia juga bukan tentang hidup yang sempurna atau apa yang perlu kita lakukan untuk menjadi sempurna. Kalau itu yang dicari, semuanya tiada di sini.
Ia cuma tentang sebuah perjalanan yang sedang dilalui. Tentang dunia yang ada roh dan jiwa. Tentang pahit manis, suka duka, bodoh cerdik, kuat lemah dan segala “dan-dan” yang lain. Saya memang selalu terdorong untuk menulis tentang perkara yang murung dan gelap, kerana ada masa perjalanan ini tidak selalu lurus.
Ada orang memilih untuk menyimpan segala duka jauh-jauh kerana takut ia memperlihatkan kelemahan. Tapi saya seorang yang lemah. Ada ketika, sangat lemah sehingga saya sendiri tidak menyangka. Dan kadang-kadang kelemahan itu tercium juga melalui tulisan di sini. Di sebalik tulisan yang lucu-lucu, terselit satu dua cerita tentang duka yang pernah singgah.
Tahun 2009 adalah tahun yang malang. Walaupun banyak pencapaian yang saya raih, semuanya terasa kecil kerana saya kehilangan dua orang yang sangat saya sayangi. Tidak mampu saya ceritakan betapa saya sayang dan perlukan mereka. Hanya Allah yang tahu apa yang tersimpan di lubuk hati. Kehilangan itu meragut sebahagian besar harapan dan rasa bahagia saya. Sampai hari ini, saya masih merindui rasa damai yang pernah ada.
Tapi saya tahu, manusia yang kuat dan tabah harus bangkit. Dan seperti selalu, saya tiada pilihan selain bangkit. Dalam kesakitan itu saya bertatih, perlahan-lahan cuba berdiri semula. Sakitnya sampai ke tulang hati. Kenangan pula bukan sesuatu yang boleh dipadam sesuka hati. Kalau boleh, memang mahu saya lupakan semuanya. Tetapi hidup perlu diteruskan, walaupun rasa sakit itu kadang-kadang naik dan turun tanpa memberi amaran. saya rasa semua orang begitu, cuma pandai atau tidak menyembunyikannya.
Ikhlas saya cakap, sampai sekarang pun saya masih tidak tahu hendak ke mana. Kadang-kadang blog ini menjadi tempat saya melarikan diri sekejap, tempat untuk melepaskan apa yang tidak mampu diluahkan di dunia nyata. Mungkin di sini saya boleh menjadi diri sendiri, dengan segala lemah dan kuat yang ada.
Antara perkara yang saya belajar daripada kehilangan ialah kita tidak boleh meletakkan seluruh kebahagiaan kita kepada sesiapa. Namun kita tetap bertanggungjawab untuk membahagiakan diri sendiri. Setidak-tidaknya, kita wajib mencuba. Dan saya akan selalu mencubanya, walaupun perlahan. Sebab mungkin hidup bukan tentang sentiasa bahagia, tetapi tentang terus berjalan walaupun pernah patah berkali-kali.
Jan: saya akan selalu mencuba...
8 comments:
Teruskan mencari kebahagiaan...
Salam.Entry ini sangat menarik. Setidak-tidaknya Jan telah memotivasikan diri sendiri...kebahagiaan terletak di sudut hati yang ikhlas dan bersih..di samping tidak berputus asa mohon doa dan keredaan drp ILAHI agar dipertemukan apa yang dicari..moga impian menjadi realiti...
hmmm dia dah start balik dah...erkkk
salam sahabat,
LiILiZa@ bleh brikn sya smula alamat blog awak, semua alamat terdelete...lepas dpt komputer baru...
Sal, thanks, he he he. jgn risau sya ok, mungkin cubaanNya, mahu saya kuat dan tak putus asa.
uNcLeJoE, hidup bagai roda, but i'm ok now. Tempat bakar kerang dah ada ni...
lilyliza blogspot...
dah dapat buka dah, thanks lilyliza.sejuk hati membaca blog awak...
Tembok setinggi 8 kaki boleh ke dibina ke? saya nak bina juga lah...
hahaha...mulanya nak setinggi 8 kaki, tapi akhirnya jadi 6 kaki, tu pun dah tak nampak jiran sebelah n belakang rumah.
sya pun nak wat 8 kaki jgak mulanya...tpi kontraktor kata ikut undang2 prumahan & krjaan tempatan 5 kaki je. maka kalau nak buat nanti sya nak buat 6 kaki jgak.
Post a Comment