Saya turun daripada kereta macam biasa melenggang-lenggang kangkung tetapi apabila saya dah beberapa langkah meninggalkan kereta di belakang, saya terdengar bunyi hon yang kuat. Saya berpaling ke kereta saya dan saya lihat kereta saya sedang bergerak ke belakang!
Saya lihat ada pelajar meluru dan menahan kereta saya daripada bergerak ke belakang. Bila bergerak ke belakang tentu akan melanggar kereta orang lain yang tentu bukan buatan Malaysia.
Saya meloncat spring dan terus juga meluru menahan kereta saya yang bergerak cepat-cepat buka pintu dan angkat hand break, huh selamat!. Rupa-rupanya ada kereta lain yang nak parking terlihat kejadian tersebut, sebab tulah mereka hon kuat-kuat.
Macam stuntman saya picit kunci dan buka pintu tadi, he he he. Saya start balik kereta dan parking semula. Tadi memang saya tak parking reverse sebab saya balik sebentar sahaja ke bilik nak ambik barang selepas itu nak ke hospital semula. Memang saya tak sedar saya terlupa juga buat hand break.
Inilah pertama kali percuma je saya dapat cemas, terlupa angkat hand break.
Jan: Semuanya ada kali pertama tapi saya putus cinta dah kali ke 8...(semua mereka puaka, tak boleh ditaruh harapan!)
3 comments:
keh..keh.keh... ilmu yang diberi tuh...
mmg terserlah kepenatan awk skrg ni...sampai nk angkat hnd break pun dah terlupa n x larat gtu.. 1 pengalaman n pengajaran..
bahaya kan kalau katalah orang tak ada tengok, kereta saya mesti langgar kereta yang penuh tu. saya pulak melenggang je masuk bangunan.
saya harap peristiwa tu tak jadi gempar kat kampus, he he he
saya harap saya tak lupa lagi, kecut perut.
terlalu banyak pengajaran dan pembelajaran yang saya kena belajar dalam dunia ni...(pulak dah)
Post a Comment