Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, September 8, 2009

`` Saya pun nak beli stem jugak...''

PENGENALAN CERITERA
Ini bukan sebuah wayang tetapi cuma sebuah drama dua babak. Ni bukan filem Setem walaupun ada melibatkan setem. Lokasinya di sebuah pejabat pos, di sebuah kaunter di sebuah daerah agak terpencil.
Banyak pengajaran sivik dan moral dapat dikutip daripada cerita ini. Kita ikuti kisahnya. Taraaa....

CERITERA BERMULA

Pada suatu lepas tengahari, dua orang pemuda Simone (Sukiman) dan Adey (Adnan) ke pejabat pos. Adey hendak poskan kad raya untuk Rosmadi. Simone pulak nak beli setem untuk membalas kad raya daripada peminat-peminat di serata tanah air ( ada la dua tiga keping je sebenarnya, he he he).

Semasa melangkah masuk ke pejabat pos tersebut terpancul daripada mulut Adey `La tak ada aircon pejabat pos ni ''. Mereka berdua terus melangkah segak ke dalam pejabat pos tersebut. Macam biasa (maksud saya dalam kes negara Malaysia) satu kaunter je yang buka walaupun ada beribu lemon kaunter dan ramai orang.!

Mereka berdua iaitu Simone dan Adey mulalah beratur di kaunter nan satu tersebut. Simone cadangkan Adey beratur di hadapannya, sebabnya Simone hendak tengok bagaimana proses nak hantar kad raya luar negara. Kata orang kena timbang, macam orang diet pulak, he he he.
Di hadapan Adey ada seorang pak cik yang nampaknya sibuk dengan banyak urusan. Banyak helai jugak duit not RM50 dia beri kepada kerani tersebut. Entah bayar apa tidak diketahui oleh Simone dan Adey. Pak cik tu banyak juga buat urusan lain yang payah mereka nak teka. bayar cukai tanah jugak kot, Ya lambat sikit sebab banyak urusan sekaligus pak cik itu buat.
Simone dan Adey releks je sebab bukannya salah pak cik tersebut. Kelihatan ramai lagi pemuda yang duduk isi borang dan duduk saja-saja di suatu sudut. Dan ada yang tiba-tiba hulurkan surat kiriman yang tebal tu ke kaunter sedangkan pak cik tu masih berurusan dengan kerani kaunter. Time nak raya ni apa salahnya buka dua kaunter, satu kaunter khas untuk urusan nak pos kad raya.

Sekoyang-koyangnya, entah semena mena datanglah dua orang remaja yang bergaya dan terus melalui Simone dan Adey, terus `sup-sup' berdiri di tepi sisi pak cik kat kaunter tadi!. Simone buat-buat bertanya pada Adey:
``Nan ni bukannya beratur dua line kan, sebab apa gamaknya mereka berdua senang-senang nak buat buat satu line lagi? Ke sini satu kaunter memang beratur dua line? '' Simone kuatkan suaranya sedikit, berharapan agar dua remaja itu dengar dan rasa bersalah terus pergi beratur di belakang.

Mereka rupanya tak nak beratur. Mereka berdiri depan kaunter sebelahan pakcik tu dengan muka tak bersalah. Simone buat muka pandang tajam kepada mereke berdua, Simone buat-buat serius dan masam seolah baru dengar berita majikan tak nak beri duit raya atau petrol akan naik harga lagi. Tapi, mereka tak layan! buat dok je, Huh!. Tak nak rasa bersalah langsung, mereka buat muka selamba seposen je!.

Lama kemudian datanglah pula seorang mak cik beratur di belakang Simone. Dan kemudiannya selepas itu datang lagi beberapa orang pemuda beratur di belakang mak cik tu. Line dah jadi bertambah panjang.

Simone tetap memandang kepada dua orang remaja tadi, kot-kot mereka rasa bersalah ke. Memang niat remaja tersebut nak mencelah dan tak nak beratur, mereka nak cepat dan rela dia duduk tayang muka kat tepi kaunter bersebelahan dengan pakcik yang sedang masih lagi berurusan.

Sekali lagi Simone berkata kepada Adey:

`` Tengok tu dia tak nak beratur pun nan, orang lain nak cepat juga ''. Simone sekali lagi pandang ke arah dua remaja tersebut. Penampilan mereka kemas, bersih dan bergaya. Terpelajar juga rupanya dan gayanya. Mungkin student kot.
BABAK PERTAMA

Apabila pak cik itu sudah selesai berurusan, Adey terus ke depan. Tiba-tiba Simone dengar Adey berkata ``Saya pun nak beli stem jugak ''.
Rupa-rupanya dua remaja itu mahu mencelah Adey dan memberitahu mereka hanya nak membeli setem. Simone yang di belakang Adey tu apa lagi, terus buat drama sebabak (nasi tambah). Simone tinggikan sikit suara dan berkata ``Saya pun nak beli stem tu jugak ''.
Di dapati remaja tadi diam sahaja tetapi masih lagi berdiri di sebelah sisi Adey, tak mahu berganjak. Mereka masih mahu mencelah lagi. Maknanya mereka masih tak mahu pergi beratur di belakang walaupun Simone dan Adey dah buat drama sebabak tadi.
BABAK KEDUA

Babak kedua bermula apabila Simone tinggikan lagi suara sedikit. Kata Simone `` Sedangkan makcik pun beratur '' Sambil Simone berpusing lembut dan buat-buat sayu mata memandang makcik di belakangnya. Bukan apa, Simone saja nak hereeeet mak cik tu dalam babak seterusnya. Supaya bila mak cik tu dah beremosi bolehlah jadi pelakon pembantu.
Simone sambung lagi ``Ke kena ada papan tanda besar sila beratur baru nak beratur?, orang lain nak cepat jugak. '' Simone dah membebel, kerani pos tu pandang muka simone sekejap tapi nampaknya tak nak masuk campur, dia sibuk mengecop. Didapati salah seorang daripada remaja itu mula ke belakang dan beratur (dah mula malu kot), tinggal sorang je. Simone rasa yang sorang ni jenis hati kering sikit, tetap tak mahu beratur di belakang. Degil.

Tiba-tiba makcik di belakang Simone menyampuk! `` Beraturlah orang lain nak cepat juga...''
He he he berjaya juga Simone mengheret emosi makcik di belakangnya dan beberapa orang yang sedang beratur di dalam pejabat pos tersebut. Mak cik tu ambik hand beg dia dan letak di tengah-tengah Adey dan remaja tu !. Maknanya lepas Adey, Simone akan berurusan terus, remaja tadi tidak boleh mencelah dari sisi sebab ada hand bag sebagai penghalang.

Memang mak cik tu letakkan hang beg dia di atas sisi kaunter biar remaja tadi tak dapat masuk rapat untuk mencelah. Bagus jugak lakunan mak cik tu, nanti tercalon kat Tv boleh jalan atas karpet merah gitu.
Bila dia lihat dah ada hand beg menghalang dia, barulah dia pergi ke belakang....beratur.

HARI YANG PALING MALANG
Kesian dua remaja tersebut kerana mereka tentulah mendapat kemaluan besar. Di hadapan ramai orang, di sebuat pejabat perkhidmatan kerajaan pada bulan Ramdhan, bulan yang mulia. Pastilah hari tersebut menjadi antara hari paling bersejarah bagi mereka. Kata Adey, kalaulah mereka remaja berdua tadi balik rumah dan dengar lagu raya yang bertajuk `Pulanglah' nyanyian syahdu Aisyah...maunya menangis, he he he.
Kelakuan Simone dan Adey tadi bukannya apa, mereka geram dan letih dengan sikap-sikap masyarakat sebegini. Tak habis-habis berlaku dalam masyarakat kita daripada zaman kucing kiron sampai leni, gitulah tak habis-habis.

Dalam perjalanan pulang daripada pejabat pos tersebut Simone dan Adey rasa kesian pulak kepada mereka berdua tu kerana telah dapat `hadiah'. Tetapi Simone dan Adey menegur dengan cara baik, tidak terkandung perkataan yang menghina mereka.
Semoga itulah kali terakhir mereka memotong line (tapi bukan kes potong line ni, kes terus pergi ke depan kaunter!) dan Simone dan Adey berharap mereka tidak buat lagi perangai tidak bertatarakyat atau tak berpengajian sivik dan moral tu. Huh!

Jan: Pernah masa muda dulu memberikan laluan kepada seorang gadis jelita...

2 comments:

Eja said...

tahniah kepada simone n adey... sy sokong tindakan anda berdua... ada borang pencalonan x, nk calonkn anda berdua nih..

wawadave said...

i like.. sabar btul korang.. kalau i, lama dh meletup kat makhluk2 tu.. tak brp nk berhemah sgt..

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home