Posting kali ini bukan mengenai hal raya-raya tempohari tetapi masih mengenai mak saya. Alhamdulilah mak saya sudah beransur sihat. Sekarang mak berada di kampung bersama ayah.
Terlanjur sudah banyak saya menulis mengenai emak saya yang sakit, terpaksalah pulak saya menceritakan sesuatu yang saya rasa perlu diberitahu. Perlu menjawab beberapa soalan, he he he. Kalau artis sudah tentu saya tempah karipap dan mee goreng, buat press konfereng.
Setelah diberitahu oleh seorang kawan saya, barulah saya tahu ada kawan-kawan saya bertanya: `Kenapa Sukiman yang mesti jaga emaknya yang sakit? `Dia (Sukiman) tak ada adik beradik lain ke? `Kenapa adik beradik lain tak datang ambil?' Ada juga yang memberi cadangan `Kat kampung kan senang nak jaga...' (macam la dia tahu pulak yang kat kampung saya tu ada orang ramai dan senang nak jaga) he he he. Lucu kan sifat manusia...
Mereka bertanya sesama mereka dan tidak pun tanya pada diri saya ini. Biasalah... saya pun mungkin jadi macam mereka juga kalau berada di pihak mereka kot.
Dulu apabila darah saya tinggi mencanak, mak saya datang menemankan saya, jaga makan minum. Saya tidak minta mak saya datang menjaga saya kerana sakit darah tinggi bukan penyakit yang sakit sangat. Bila saya dah sihat walafiat mak saya balik semula ke kampung, Besut. Itu pun ada orang selamba kata kat muka saya berdosa kerana saya memisahkan mak dan ayah saya. Senang kan kita jatuhkan dosa dan pahala 0rang kan, he he he.

Tetapi mak saya datang semula sebulan kemudian (lebih kurang) sebab nak berada dengan saya katanya, nak jaga makan minum saya di bulan Ramadhan.
Ayah saya yang hantar mak saya ke rumah saya dan ayah saya beritahu dekat nak raya dia akan datang semula ambil mak saya. Mak saya beritahu dia suka tinggal dengan saya, lagipun katanya senang dia nak beribadat (tak tahulah pula apa maksud `senang' tu).
Ditakdirkan cerita terjadi sebaliknya, mak saya tak dapat jaga saya kerana mak saya pula yang sakit. Saya yang jaga makan minum emak, juga mengurut, bertungku, picit kepala kaki dan sebagainya, he he he nasib baik tak buat SPA sekali..
Tuhan maha besar, mak saya datang niat nak jaga saya di bulan puasa. Jadi terbalik blazer pulak, saya yang kena jaga mak saya. Saya tak komplen kepada tuhan sebab saya ambik kesempatan rasa bangga dapat jaga mak. Walaupun kadang-kadang tak cukup tidur (saya kena bangun seawal 4 pagi) saya lakukannya dengan penuh kasih sayang.
Saya kena fikir positif, orang lain belum tentu lagi ada kesempatan tuhan nak bagi untuk jaga mak sakit. Yang ada mungkin jaga anak/bini/laki sakit. Saya tidak pernah fikir negatif, saya suka menjaga mak saya saki. Saya redha...
Kesakitan sendi yang dialami mak saya menyebabkannya tidak boleh berdiri atau duduk lama. Sendi dan uratnya akan sakit. Semasa balik daripada hospital tempohari pun dia masih lagi sakit dan beradoi bila duduk dalam kereta (walaupun perjalanan hanya makan masa selama 10 minit). Jadi saya tidak benarkan ahli keluarga saya ambik mak saya balik kampung atau mana-mana dalam keadaan begini. Saya akan menjaganya sendiri hingga sembuh. Saya tidak benarkan emak saya di bawa balik ke kampung atau ke rumah adik beradik lain. Saya harap ini suatu penjelasan yang jelas.
Semasa mak saya masih segar bugar, semasa saya bekerja di Shahputra dulu. Pernah mak saya beritahu saya kalau dia sakit dia nak duduk dengan saya. Kalau boleh dia nak saya yang jaga dia. Saya tertanya juga dalam hati kenapa saya...? Kenapa saya yang jadi pilihan, bukan adik beradik saya yang lain, yang dah bersuami/beristeri dan beranak pinak. Tetapi lama kelamaan saya dapat mencari jawapannya. Terima kasih tuhan.
Pernah juga adik beradik lain nak ambik mak saya, contohnya adik perempuan saya beritahu nak datang ambik mak saya, saya beritahu mak tidak boleh duduk lama dalam kereta dan tentu bila dia sakit dia tak nak bising. Anak-anak saudara saya semuanya nakal-nakal atau saya selalu kata terlebih gula, he he he.
Saya tau ramai orang bercakap macam-macam di belakang saya. Ada yang kaitkan isu ini dengan isu saya tidak kahwin, he he he. kata mereka kalau saya kawin tentu isteri saya akan jaga mak saya. He he he pandai mereka kaitkannya. Nasib baik mereka tak tuduh mak saya sakit kerana saya tak kahwin! Namun saya tidak hiraukan sangat sebab itu asam garam kehidupan, saling mengambil tahu. Ia sesuatu yang positif jika kita berhati ikhlas.
Jan: Menjaga mak sakit adalah suatu rahmat, bukan suatu bebanan...

No comments:
Post a Comment