Nampaknya Hospital Muadzam telah menjadi rumah ke tiga saya. beberapa hari ini saya balik ke rumah sewa hanya untuk mandi dan tidur sahaja. Saya berulang daripada 3 tempat, kampus-Hospital-rumah sewa.
Walaupun hanya terluang masa sejam, saya tetap pergi menjengok emak saya di hospital, dia lelah dan sakit urat dan deman selsema dan batuk. Hari ini sebelum pergi kerja saya menjengoknya dulu. Dan bila kelas habis pukul 10 saya bergegas menjenguknya lagi dan kembali semula ke kampus sebab pukul 11 ada kelas. Semalam saya berbuka dengan mak saya di hospital. Kami dua beranak makan ala kadar sahaja.
Saya tidak boleh jaga mak saya kerana hanya orang perempuan sahaja boleh masuk dan bebas kad wad wanita tu, waktu malam saya kena balik atau duduk di luar tepi tingkat dekat longkang... dari situ boleh nampak katil mak saya sebab katil tu di tepi. Malam-malam saya picit badan emak saya, bila mak saya tidor, saya perlahan-lahan undur diri dan balik ke rumah. Tidor.
Penat juga ke sana ke mari ambil barang, beli barang dan berulang alik. Sepanjang beberapa hari ni saya hampir terlanggar seekor kucing putih kat tengah jalan, masa tu hujan lebat dah dekat nak puasa pula. Saya letih. Saya juga hampir terlangar kereta kat hospital tu, masa tu saya nak keluar dari tempat parking, saya tak tengok belakang, nasib baik kereta bunyi tut-tut tut, he he. Saya cuai.
Masa bawak kereta, saya fikir banyak perkara...
Jan: Saya harap mak saya cepat sembuh, saya serba tak kena bila mak saya sakit, saya sedih.
No comments:
Post a Comment