Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, March 9, 2011

6 bulan?




10 tahun lalu, semasa saya menjadi guru, seorang pelajar perempuan tingkatan 6 atas tiba-tiba beritahu saya:
"Cikgu... kita tidak tahu perangai sebenar jodoh kita sehinggalah dia duduk serumah dengan kita, lepas 6 bulan barulah tahu perangai sebenar dia".
"Kenapa 6 bulan?" Tanya saya.
" Sebab tidak akan ada orang boleh terus berlakon selepas 6 bulan, paling lama 6 bulan je, pas tu dia kembali kepada perangai sebenarnya" Jawab pelajar saya (macamlah dia tu pakar dalam mengenal orang...he he he).
Statistik daripada JAKIM menunjukan 32.2% pasangan bercerai (dalam tempoh 5 tahun pertama)... Maknanya dalam pada itulah kita baru belajar kenal hati budi pasangan masing-masing. Ya lah kan masa dia mabuk kat kita kita tak tahu pulak perangai dia macam mana, dulu dia mungkin bau minyak wangi Avon tapi bila kahwin, bau bawang!
Pada tahun-tahun pertama tersebutlah kita makin kenal siapa sebenarnya orang yang kita kahwini? Dan kita akan buat penilaian berbaloi tak mengekalkan perkahwinan tersebut? He he he?
Tapi kata pelajar saya tempoh yang paling mencabar adalah pada 6 hingga 10 tahun pertama dalam perkahwinan tersebut!
Jan:Pulak dah?

Tuesday, March 8, 2011

Lara Saloma...



Pada masa itu saya di tingkatan satu bersekolah petang (1983). Bila bas berhenti di hadapan sekolah saya terus masuk ke dalam kelas, kawan saya beritahu saya "Sukimea, Saloma dah mati".
Saloma meninggal pada usia 48 tahun, katanya kerana penyakit kuning. Beliau adalah isteri ketika kepada Seniman lagenda kita, Tan Sri P Ramlee. Dalam buku yang ditulis oleh Nasir P Ramlee, setelah kematian suaminya Saloma selalu kelihatan lara bernyawa tetapi tak bermaya...kadang-kadang bercakap sendiri seolah P Ramlee berada di depan matanya. Bacalah buku tersebut, saya ada membelinya. Kalau nak pinjam boleh...
Beliau sendiri pernah memberitahu wartawan "Apabila Bang ramlee pergi, sebahagian daripada dirinya dibawa bersama...". Romantiskan? Tak macam pasangan kita kan?


Saya suka mendengar lagu nyanyian Saloma sebab suaranya manja dan berperasaan, contohnya ada lagu pasal kain songket yang asalnya dari Terengganu. Tetapi posting kali ini mengenai lagu lirik terlara nyanyiannya iaitu lagu " Air Mata Di Kuala Lumpur" (lagu ciptaan P.Ramlee sebelum P.Ramlee meninggal dunia). lagu ini sebenarnya adalah tajuk filem P Ramlee yang tidak sempat dihasilkan kerana belau meningal dunia pada tahun 1973.

Kalau kita amati betul-betul lagu "Air Mata Di Kuala Lumpur" itu kita akan dapat dengar esak tangis dan sebak Saloma ketika beliau merakamkan lagu itu. Cuba dengar betul-betul di tempat sunyi... Lagu ini dinyanyikan oleh Saloma beberapa tahun sebelum beliau meninggal dunia...


Saya berpendapat seperti Sudirman dalam lagu Salam terakhirnya, Saloma juga mengumpulkan semua sejumlah kelaraan beliau dalam menjiwai kelaraan hati lagu ini. Sama-samalah kita hadiahkan Al fatihah kepadanya setelah menghayati lirik ini...(unsur agama)


Air Mata di Kuala Lumpur....


Hancur musnah
Impian mulia
Istana ku bina
Menjadi pusara

Gelaplah pasti
Masa hadapan
Jiwaku merayau
Utara dan selatan

Hidup sudah
Tiada bererti
Zahirku hidup
Hai batinku mati

Remuk redam
Hatiku hancur
Airmata di
Kuala Lumpur

Lagu/lirik: Tan Sri P. Ramlee




Cuba dengar, ada nada sebak dan rindu yang tak sudah-sudah kesudahannya...


Jan: Air mata di Muadzam sambil bawak motor dalam hujan? (nak jugak...he he eh)

Monday, March 7, 2011

Next (2007)


Pada hujung 2 minggu lalu saya tengok filem Next. Sebenarnya Din (seorang sahabat yang bekerja di Shahputra Kolej) tertinggal koleksi DVDnya satu bekas di rumah saya. Din begitulah, suka meninggalkan barang, he he he. Saya apa lagi terus tengok, kot-kot ada cerita best... Kebanyakan cerita kegemaran Din adalah cerita aksi bercampur keganasan demi penyiasatan dan keadilan (ada ke?).

Pelakon utamanya ialah Niccolas Cages. Dia pegang watak seorang yang boleh tengok masa depan tetapi dalam dua tiga minit je biasanya. Kalau saya boleh ke masa depan selama dua tiga minit mungkin saya pergi kerja kat Bursa Saham, tetapi tidak bagi Cris Johnson (Cages). Dia kerja jadi silap mata kat Las Vegas...(tempat kerja lama Kak Nita)
Namun kalau diberi pilihan saya nak ke masa belakang, saya nak ubah banyak perkara... nak tampar dan liku kepala beberapa orang penipu! (baca dengan nada sedih berbaur duka walaupun ada tanda seruan yang biasanya menandakan ketegasan atau penekanan kepada subjek cerita).
Pelakon wanita utama ialah Julianne Moore, saya dah biasa tengok lakonannya. Kali ini dia jadi ketua biro siasatan jenayah pulak. Dialah yang mengejar Cris (Nicolas Cages) ni untuk bantu siasatan yang melibatkan keteraman awan dan negara. Puas juga dia menyakinkan ketuannya yang Nicolas Cage boleh bantu siasatan, boss dia tak percara perkara karut marut ni. Bos dia bukan macam kita (jenis baca Mastika).
Banyak kritikan diberikan pada cerita ini, maksud saya ramai yang berpendapat cerita ini bodoh. Saya tengok juga, dan biasanya saya tengok cerita ini daripada sudut lain dan saya kaitkannya dengan perkara lain...(berbelit ayat, BM dapat 8?).
Cerita ini berbentuk rekaan dan hiburan semata-mata, bukannya berdasarkan kisah benar. Cuma dilemparkan satu pertanyaan kepada minda kita.... Cerita orang putih begitulah, ada sedikit sebanyak yang kita kena fikir walaupun nampak tidak logik. Namun kalau diperhatikan betul-betul, banyak yang tak logik dalam dunia ini...perhatikan betul-betul. perhatikan...
Plot cerita ini cepat dan bertindan-tindan. Kadang-kadang kita tengah syok dan ingat suatu kejadian tu sudah benar-benar berlaku tetapi rupanya apa yang kita lihat itu adalah imbasan yang dilihat oleh Cris, he he he.
Cerita ini berkejar-kejaran dan cepat. Ada letupan, lori terbalik, alatan-alatan terbalik, tembak menembak, ugut mengugut, goda menggggoda (emmm...)....perempuan jahat, lelakin bodoh dan sewaktu dengannya. Ada jugak adegan cemas.

Lakonan Cages seperti biasa, dia boleh berlakon, cuma alangkah bagus kalau dia diuji dalam cerita drama yang serius pula, begitu juga lakonan Jullien Moore cemerlang. Cerita ini jadi tension sikit sebab lakonannya serius jea.

Moral dan pengajaran:

1. Tidak semestinya kita lelaki yang berdahi sulah tidak handsome. Kalau kita botak pun tetap handsum kalau kita handsum. Kalau kita botak dan orang kambus kita dalam telaga pun, kita tetap handsum kalau kita memang dah handsum. Begitu juga kalau orang letupkan telaga tersebut.

2. Perempuan memang cerewet.

3. Hendaklah kita berdiet dan jaga berat badan kerena mungkin suatu hari kita kena berlari apabila berlaku kecemasan.

4. Ada silap mata yang betul-betul kita tidak silap mata memandangnya tetapi kita kata silap mata...

5. Jangan buat rumah tepi bukit.

6. Hendaklah kita berkerja bersungguh-sungguh walaupun hari isnin.

Saya tak sarankan sangat cerita ini sebab saya rasa garapannya tidak menarik, ia boleh diperhebatkan lagi daripada banyak segi dan tak perlulah cerita berjalan cepat sangat. Kita tidak sempat nak jatuh hati kepada watak yang dibawa. Maksud saya kenal dekat hati budi dan mak bapak pelakon...

Jan: tak nak tahu rahsia masa...biarlah jadi rahsia...kerana ke depan ke, ke belakang ke...kau tetap kejam...






Lukisan dah digantung...

Gambar 1: Adnan ada alatan khas untuk melubang dan memaku dinding, beratus jugak harga di pasaran. Siap dengan begnya sekali.

Gambar 2: Lukisan ini semua perempuan berbaju, berbeza benar dengan yang saya beli di Bali. Gambar 3: Daripada sisi pandangan belakang, Adnan masih nampak muda dan terbentuk.
Gambar 4: Gaya melubang, Adnan ada tanya saya nak try buat sendiri ke. Saya terus jawab tak nak, he he he.


Gambar 5: Saya tak sempat nak kemaskan meja, lagipun biarlah Adnan tengok pelapik pinggang RM1.50 satu yang saya beli di Nilai, he he he.

Gambar 6: Haaa... siap gantung satu gambar.


Gambar 7: Adnan buat lubang untuk gambar lukisan kedua.


Gambar 8: Saya tak faham sangat apa maksud tersirat lukisan tersebut, macam orang perempuan gemuk main biola ada. Saya tak faham, tapi saya mampu beli, he he he.


Gambar 9: Adnan kena buat 2 lubang... lubang untuk lukisan kedua kena rendah sikit gantungannya, baru ada seni...haaaa

Gambar 10: Dah siap...


Gambar 11: Pandangan daripada jauh (ringkas sahaja...)







Jan: Semuanya kena ringkas sebab berat sudah beban...kugalas... (pulak dah)

Bini no 2? : Y not? or not!

Lebih kurang 8 tahun dahulu ketika saya bekerja di Pekan pahang, saya ada nasihatkan seorang student supaya janganlah kawin dengan laki orang. Dia minta pendapat saya sebab dia terjebak dengan cinta bersegi segi. Sebenarnya bukan nasihat, saya cuma gambarkan apa yang dia akan alami.

Seingat saya, saya beritahu bukan calang-calang orang boleh hidup bermadu terutama jadi bini nombor dua, mereka sering berendam air mata. Kena tuduh itu ini walaupun yang menggodanya tu suami oranglah dulu...(hatuk sebelah kepala ke dinding berbunyi?, he he he) Tetapi pada masa tersebut budak perempuan tersebut dah tak kenal botol kicap dan botol cuka... he he he. Dia juga tak berapa kenal paksi X dan paksi Y untuk buat graf bagi subjek ekonomi saya, he he he.

Saya bukan nak halang orang bina masjid, saya bukan anti poligami, polisterieng (buat bukus makanan) atau monopoli (sejenis permainan jual-beli. Kadang-kadang kita beli hotel atau tanah buat pelaburan. Dan kadang-kadang kita muflis. Dulu saya pernah main dengan keluarga saya. Dan sayalah yang selalunya muflis, he he he. Saya kena tipu. Permainan ini sesuai dimainkan bersama keluarga untuk mengeratkan perhubungan) tapi biarlah asasnya kukuh. Nanti tiang bergoyang, he he he. Runtuh setiap 15 minit kang? He he he. No komen.

Saya tahu sekarang budak perempuan tersebut hidup menderita, sebab secara ironinya, senoninnya jadi bini no 2 juga adalah suatu cabaran hebat... berendam air mata.

Jan: Memang ada orang takdirnya berkongsi kasih sayang... dan duit gaji?, he he he.

Kena saman: Tahniah ke takziah?

Ramai kawan-kawan ucapkan tahniah kepada saya sebab kena saman bawak Myvi laju. Saya kena saman kat Gambang (saman jenis tak ada orang tahan kereta, mereka guna alat entah apa tapi mereka tahu kita pecut berapa km sejam, siap dengan tarikh dan waktunya sekali).
Memang kat situ saya bawa laju sikit (lebih 90km) sebab jalan sehala dan kereta tak banyak, he he he.
Saya kena bayar rodtek dan insurans kereta saya. Sebelumnya saya suruh kawan saya (Ja) cek melalui handphon saya tetapi tak ada pun... Bila kami gi cek kat pos opis, kerani kaunter print (kena bayar RM1) dan saya tengok ada dua saman...Saya kena bayar RM600!. Nasib baik ada diskaun 50%, macam pasaraya...he he he. Ada sale!!!.
Hishamuddin kata tarikh dilanjutkan hingga 10 mac ini, sebab ada masalah komputer dan teknikal...orang tak sempat bayar, tak dapat bayar...
Jan: Tak terpikir ke dia, orang tak bayar sebab tak ada duit? he he he kata rakyat didahulukan...

Wednesday, March 2, 2011

Pecah amanah dalam rumahtangga: Bhg 2

Katalah kita ada anak seramai 4 orang dan tiba-tiba suami kita meninggal dunia tanpa notis.
Alhamdulilah kita dapat elaun saraan daripada majikan suami kita. Dia bekerja di organisasi yang besar dan terkenal. Dan alhamdulilah lagi kerajaan negeri juga beri sumbangan berkala pada ibu tunggal sebab anak-anak kita anak yatim, dapatlah kita seposen dua.
Masyarakat memang perihatin terhadap ibu tunggal. Kalau kita pergi membeli goreng pisang pun pekedai akan beri lebih sikit serdaknya memandangkan kita ibu tunggal...
Alhamdulilah lagi kita pula ada pekerjaan yang baik untuk menampung keluarga, rumah dan kereta dan sebagainya dah dapat diselesaikan. Kita cuma menguruskan duit anak-anak yang diberikan untuk anak-anak (hak anak-anak).
Hak anak-anak tersebut diharapkan dapat digunakan untuk meringankan perbelanjaan persekolahan anak-anak. Memberikan keperluan pelajaran yang terbaik demi masa depan anak-anak. Hak anak-anak tersebut adalah tanggungjawab kita untuk menguruskannya dan kalau tidak cukup kita guna pula gaji kita untuk menampung sebahagian perbelanjaan tersebut. Biarlah akaun tersebut ada banyak duit untuk pembelanjaan pembelajaran pada peringkat yang lebih tinggi. Sebolehnya kita tidak sentuh wang tersebut, kita guna wang gaji kita sahaja, kita berjimat cermat...
Sukar untuk menulis isu ini kerana suami saya tidak meninggal, saya tak ada suami dan saya tak ada anak-anak dan saya bukan perempuan. Tetapi saya terus juga mengupasnya untuk menjelaskan bahawa pecah amanah tersebut boleh berlaku dalam menguruskan rumahtangga wujud dalam pelbagai bentuk. Pendek kata senang nak susah... Lagipun kawan saya beritahu posting saya yang bertajuk `Simone ke Cameron" dan `Simone ke Nilai' sangat ringkas dan dah jadi macam blog pangsenam yang ditulis oleh Adnan. Maka saya pilihlah isu ini. Atas cadangan kawan saya juga... Dia beri tajuk, saya yang kena cari materialnya, huh!.
Kita kembali kepada tajuk... Kita buat akaun untuk anak-anak kita dan kita manage akaun-akaun tersebut betul-betul dan kadang kala atau kerap kali kita guna duit kita untuk belanja anak-anak tersebut tanpa menyentuh akaun anak-anak kita. Bertahun-tahun, wang dalam akaun anak-anak kita banyak!
Namun pada suatu petang yang nyaman ketika lagi cerah nan membiru kita terpandang seorang lelaki semasa kita membeli goreng pisang (angin juga sepoi-sepoi bahasa urdu pada masa tersebut). Lelaki tersebut wajah dan perilaku persis suami kita yang meninggal beberapa tahun dahulu. Saling tak tumpah, kalau tumpah pun sikit sahaja kena di alas meja tersebut. Alas meja tersebut pula berwarna merah gelap maka tak nampahlah sangat kuah yang tumpah tersebut. Lainlah kalau alas meja warna putih, nampak sangat la kuah kari tersebut yang tumpah.
Kita kembali ke posting cerita. Kata allahyarham Tan Sri P Ramlee kalau orang bercinta tak dapat beza botol cuka dan botol kicap.... Maksud saya, kita menerima lelaki tersebut walaupun dia tidak ada kerja tetap dan tak berduit. Sebab kita tiba-tiba semakin percaya yang cinta dan duit tak ada kaitan... lagipun dah jodoh, kita kaitkan dengan tuhan untuk menyedapkan hati kita.
Lagipun sebuah taman yang telah selalu disirami, dibajai dan dijagai tentulah memerlukan air dan baja. Maklumlah taman tersebut pernah segar, cantik pepohonnya dengan daun yang menjalar dan bunga yang semerbak menunggu kumbang... Taman yang telah lama terbiar, gersang!
Alhamdulilah kita kawin, kita terima dia `setidak adanya'...he he he. Dan kita menggunakan akaun-akaun anak kita untuk mem`bela'nya???!
Jan: Tepuk dada tanya iman kata kawan saya...

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home