Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, September 13, 2017

59Adik Abang sudah bawa kereta

59Adik Abang sudah bawa kereta

Adik, Abang sudah boleh bawa kereta dengan lancar. Setidak-tidaknya tidak menyusahkan pemandu lain di jalanraya. He he he. 

Namun begitu adakalanya Abang masih takut apabila ada pemandu yang pentingkan diri, mereka membahayakan orang lain. Tetapi Abang selalu berfikiran positif, ketakutan harus dilawa. Semua kawan-kawan rapat Abang tahu Abang sangat takut bawa kereta. Adik tentu tahu selama ini Abang tidak bawa kereta kerana Abang takut.

Selain berada di zoo, Abang takut berada di jalanraya. Mungkin kerana semasa darjah tiga dahulu Abang dilanggar kereta ketka melintas jalan. Abang mahu ke sekolah. Sebulan Abang berada di wad hospital dan tiga bulan Abang tidak hadir ke sekolah. 

Abang tidak suka berada di jalanraya. Dan semasa Abang ada adik, Abang risau setiap kali Adik mahu melintas jalan. Demi Allah. 

Apabila kita sayangkan seseorang kita tidak akan minta apa-apa lagi kecuali keselamatan dan kesejahteraan dirinya. Itu puncak kasih. Kita tetap akan gembira walaupun kegembiraan yang dialami oleh orang yang kita sayang itu, tidak merangkumi kita... Mungkin itu istilah bahagia dalam derita?

Kadang-kadang dan sebenarnya selalu, Abang teringatkan Adik semasa memandu. Di jalanraya, di lebuhraya. Adik ada dengan abang di mana-mana Abang pergi. Adik ada di sisi hati.

CCJ 8824 ini walaupun mendebarkan Abang, tetapi dia bawa Abang ke mana-mana. Abang suka ke pasaraya, pantai dan nursery pokok-pokok. Setelah Adik pergi, kereta ini menemani Abang ke mana-mana. Abang bersamanya dalam gembira adakalanya Abang berdebar-debar. Adakalanya Abang sunyi.

Adik, kalau Adik masih ada dan kalau Abang pakai Honda tentu Adik gembira. Setelah Adik tiada barulah Abang sedar kemewahan boleh beri kebahagian pada hidup Adik. Setelah adik pergi barulah Abang mengaku duit itu penting. Dan barulah Abang sedar kemewahan itu tiada pada diri Abang untuk Abang berikan pada adik. Kalaulah Abang tahu ini dari mula, iaitu akan jumpa Adik dalam perjalanan hidup Abang, tentu Abang akan belajar bersungguh-sungguh dan kerja di Bank Negara atau Abang akan berniaga jadi orang kaya. Atau Abang akan berjimat sementara menunggu kehadiran Adik

Tetapi kini Abang hanya ada CCJ 884 di depan mata. Kereta ini kecil sahaja dan tidak menonjol. Tetapi cukuplah untuk orang seperti Abang ini hendak ke mana-mana. Lagipun tiada di sebelah. Abang tidak perlu kereta mewah. He he he.

Adik, tiada satu jalan pun iaitu jalan mati bagi rasa kasih sayang Abang ini…



Album terbaru Sheila Majid, Dayang Nurafizah dan Siti Nurhaliza


Image result for album sheila majid


Related image

Image result for album siti nurhaliza 2017


Monday, September 11, 2017

Graduan diploma diutamakan sebagai guru Kemas

Image result for tadika kemas
Gambar sekadar hiasan


Pada zaman saya kecil dahulu, sesiapa sahaja yang bertuah dan memiliki syarat yang minima boleh berkerja sebagai guru tadika. Jika tisdabernasib malang dalam SPM, masih boleh jadi guru, guru tadika. Tidak banyak isu yang timbul kerana kehadiran tadika pada masa tersebut adalah lebih kepada tempat menjaga dan memberikan pendidikan yang minima.

Sekarang zaman telah berubah. Berubah kepada zaman ilmu pengetahuan. Semua orang terkejar-kejar mendapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran. (Siapa yang malas akan pupus atau dunia akan memberikan kesempitan hidup yang hebat kepada mereka).

Mulai tahun ini 2017, Jabatan Kemajuan Mayarakat (Kemas) akan mengutamakan graduan diploma bidang penjagaan kanak-kanak sebagai guru mereka. Target Kemas menjelang 2020 semua guru tadika Kemas mempunyai sekurang-kurangnya ilmu penjagaan kanak-akanak di peringkat diploma.

Keperluan tersebut selaras dengan perkembangan semasa dan senang untuk kita fahami. Ilmu pengetahuan mengenai penjagaan kanak-akanak harus dipertingkatkan dan diaplikasikan. Semoga jati diri kanak-kanak tersebut boleh berkembang dan capai potensi diri seawal-awalnya. Khabarnya itulah tujuannya.

Walaupun begitu tidak bolehlah kita perlekehkan guru-guru tadika yang tidak ada kelulusan yang telah lama berbakti pada masa dahulu. Mereka ada cara dan keadah terbaik pada zamannya. Semoga guru-guru tadika tersebut dirahmati selalu. Kepada guru-guru tadika yang memiliki diploma pula gunakanlah ilmu tersebut sebaik mungkin kerana kalau tidak digunakan ibarat pokok berbuah pahit.


Kemas miliki lebih dari 11,000 tabika dan 499 Taska.

Sekian.


Friday, September 8, 2017

Cinderellela: Kesusahan, kekejaman, kecantikan dan kehidupan Cate Blanchett!

Image result for cinderella movie
Cerita dongengan...

Ada dua jenis manusia yang jahat. Pertama dia jadi jahat kerana dia susah, dan kedua dia memang jahat.

Semalam saya menghabiskan sebahagian besar malam saya dengan mengadap TV. Saya tahu salah satu ciri orang yang tidak berjaya dalam hidup adalah selalu suka mengadap TV. Namun saya beri kekecualian pada diri saya. Sebabnya? Sebabnya setiap kali saya lihat TV, saya akan ada fokus baru, pengajaran hidup.

Semalam saya lihat cerita Cinderella di HBO. Entah berapa kali saya telah tengok cerita ini, kali ini saya fokus kepada watak emak tirinya.

Image result for cinderella movie kate
Emak tiri selalunya jahat? mengapa yea?

Agak kelakar sebab dalam cerita ini, emak tirinya Cate Blanchett beritahu dia jadi kejam sebab perkahwinan pertamanya dia dapat dua orang anak kemudian suaminya mati, dan dia kawin kali kedua dapat sorang anak tiri dan suaminya juga mati. Dia percaya tiada yang percuma di dalam dunia ini. Semua kena beli.

Dia menggambarkan kesusahan akan membuat kita jadi kejam.

Dan tentulah Cinderellela jawab" Kasih sayang tidak boleh dijual beli...He he he.

Watak jahat ini sangat jahat namun oleh kerana Cate ini cantik saya tidaklah benci dia sangat. Saya tidak hairan sebab ramai lelaki lain juga begitu. He he he.

Classic casting: She played Galadriel in the The Lord Of The Rings: The Fellowship Of The Ring
Cate dalam LOTR
Anak-anak Cate tak berapa teruja bila Cate berlakon watak mak tiri dalam Cinderellela, mereka lebih suka mak mereka berlakon dalam Loard of the ring (LOTR). 

Siapa suka lihat watak maknya jadi jahat kan?


Family fun: The Australian's boys Dashiell, 13, Roman, 10, and Ignatius, seven, pictured with mum
Anak-anak lelaki Cate


Versatile: The Australian actress, pictured at Golden Globe Awards in 2005, says her boys prefer Galadriel
Cantik, semua orang nak tengok termasuk perempuan. lelaki apatah lagi!.

Image result for cate blanchett red hair benjamin button
dengan Brat Pitt dalam filem Benjamin Button

Cate ini cantik, tidak boleh nak cakap apa. Namun pada hari-hari biasa dia biasa macam mak cik jual sayur jea. Ikat rambut dukung anak macam orang biasa. Berpakaian pun biasa jea..asal capai dek tangan.

Maybe it's a girlthing: Cate was seen returning to Australia with her newly adopted daughter Edith recently
Lawa kasut

Kembali kepada cerita Cinderellela tadi. Memang tak dapat dipisahkan kecantikan dan hati budi adalah suatu perkara yang penting. Saya percaya putera raja jatuh cinta kepada Cinderellela kerana kecantikan. Sebab memang cantik pun, tidak boleh kata apa. Cuma kali ini dalam filem ini saya lihat pemilihan fizikal emak tiri dan dua adik beradik tiri cinderellela juga cantik. Dalam filim ini emak tirinya digambarkan seorang perempuan cantik yang kejam dan dua beradik tirinya juga cantik tetapi bodoh tak boleh diharap.

Maka ada perempuan cantik yang kejam, ada perempuan cantik yang bodoh, bukannya semua perempuan cantik sabar dan berbudi pekerti yang baik. Sila ambil ingatan.

Filem ini seperti biasa filem-filem Cinderellela yang terdahulu mempromosikan kesabaran dan hati yang baik adalah magik yang sebenarnya! Dan ianya memang betul sebab dua perkara itu memang sukar dah nak dapat dalam masyarakat kita...

Selepas itu saya tengok King Kong pula di TV3, dan pengajarannya paling senang iaitu `kecantikan membunuh!"

He he he.

Wednesday, September 6, 2017

53Pada hari kami berpisah

53Pada hari kami berpisah

Kami akan berpisah kalau saya ada banyak duit atau kalau dia sudah terlalu tua. Walaupun telah lama bersama dan berjasa, walaupun banyak kenangan dicipta bersama, tiada yang kekal melainkan tuhan. Kejam bunyinya namun itu hakikatnya.

Tidak ada perhubungan dan hak yang kekal. Apatah lagi bagi manusia seperti saya.

Saya bukan lelaki biasa, mungkin sebab itulah saya miliki cinta yang luar biasa kepada CCJ 8824 itu.

Sesekali saya renung CCJ 8824 saya yang semakin tua ini. Catnya sudah `mati’. Dan saya juga cuba tidak mahu mengaku kadang-kadang kereta saya ini `berbunyi’ macam orang tua yang suka berleter (beri banyak nasihat kerana kasih sayang.

Perpisahan dalam apa jua bentuk adalah menyakitkan…

Saya percaya lambat laun saya akan miliki kereta baru untuk menggantikan kereta lama. Waktu `lambat laun’ itu sebenarnya semakin hampir. Malah sejak akhir-akhir ini saya kerap membayangkannya. Mungkin kerana umur kereta saya sudah menjangkau hampir sembilan tahun.

Kasih sayang saya kepada kereta CCJ 8824 ini amat besar, namun seperti yang saya katakana tadi tiada yang kekal bersama kita.
Pada hari perpisahan itu, mungkin menitik airmata… Perpisahan adalah nyata.   

Jasa yang baik tidak pernah akan terbalas.



TamaT

Kebimbangan saya terhadap generasi muda...

Image result for planet of the apes tenegger
Gambar hanya hiasan..., jangan terasa hati


1. Saya berpendapat dari pemerhatian saya, kita sedang melahirkan masyarakat yang lemah kerana ramai generasi muda kita lemah.

2. Saya juga berpandangan ramai generasi muda yang saya jumpa... secara puratanya mereka tidak membaca dengan cukup sama ada melalui buku atau internate.

3. Mereka hanya leka menggunakan telefon bimbit untuk komunikasi antara mereka, dan juga mendapatkan hiburan.

4. Mereka ketagih menonton televisyen juga...

5. Generasi muda zaman sekarang terdedah dengan banyak cabang hiburan dan jadi mangsa ekonomi kapitalis secara sembrono.

6. Mereka kurang masa untuk menyerap ilmu pengetahuan.

7. Jika masyarakat kurang ilmu pengetahuan mereka tidak akan maju.


Sekian...

Tuesday, September 5, 2017

Bila melihat pantai

Balik kampung pada cuti hari merdeka dan raya haji, saya singgah di Pantai Bukit Keluang...


"Bila rasa sedih melihat pantai; bukan kerana pantai yang telah berubah wajah tetapi hati kita yang gundah..."

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home