Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Sunday, April 23, 2017

Manchester by the sea (2016): Filem terbaik 2016?




Filem ini dicalonkan untuk anugerah filem terbaik Oscar 2016, dan tewas ditangan `Moonlight'. Saya `menghadiri' pesta filem tersebut. Sejak kebelakangan tahun ini saya memang menyenaraikan pesta filem ini sebagai acara tahunan saya. Saya duduk mengadap televisyen.

Semua senarai filem yang dicalonkan sebagai filem terbaik, saya tidak pernah menontonnya. Filem-filem sebegini tidak ditayangkan di pawagan berdekatan. Pawagan berdekatan akan menanyankan filem-filem bodoh yang `popular' sahaja. Ia makanan rugi ruji masyarakat kita.

Saya baru sempat menonton filem ini. Saya menontonnya semata-mata kerana ia dicalonkan sebagai filem terbaik. Mulanya agak boring tetapi akhirnya saya terkesan. Kepada saya filem ini adalah sebuah filem tentang cinta. tetapi bukan jenis cinta murahan seperti dalam filem dan drama-drama kita.

Ia mengenai kisah cinta suami isteri, dan tanggungjawab bapa saudara.

Mungkin orang perempuan macam tu. Maksud saya mereka tidak boleh menerima satu malapetaka tanpa menyalahkan orang lain. Dan dalam filem ini dia salahkan suaminya, dan kemudian berlakulah penceraian.

Dan dalam banyak kes, kaum perempuan akan pastikan mereka akan lebih berjaya setelah berlakunya penceraian (ini saya tidak faham...sebab mengapa setelah bercerai mesti ada persaingan?). Dan dalam filem ini saya dapati setelah bercerai isteri tersebut berkahwin lagi (dan dapat baby) dengan lelaki yang lebih harta dan rupa. Tetapi dapatkah dia menipu hatinya?

Namun cerita ini bukanlah berkisarkan pada sang isteri tetapi mengenai kehidu[pan si suami setelah bercerai... Dia tidak berkahwin lagi malah menolak seks, dia menjadi unfrendly, dan dia tidak dapat ingat di mana dia parking kereta dia!.

Mungkin saya bias sebab filem ini ada sikit persamaan dengan kisah cinta saya....(pulak dah).

Sekian, nanti saya sambung semula.

Image result for manchester by the sea


Sedikit sinopsis:\

Selepas kematian abangnya Joe, Lee Chandler (Casey Affleck) terkejut bila mengetahui  Joe (abangnya) telah mewasiatkan dirinya untuk menjadi penjaga kepada anak tunggal remajanya yang bernama Patrick. Lee mengambil cuti daripada kerja (sebagai tukang cuci di Boston) untuk menguruskan hal berkaitan dengan kematian. Lee sebenarnya enggan kembali ke Manchester-by-the-Sea, perkampungan nelayan di mana keluarganya telah menetap selama beberapa generasi. Apabila balik menguruskan jenazah abangnya dan hak penjagaan anak saudaranya, dia terpaksa berhadapan dengan masa lalu yang memisahkan dia dari isterinya, Randi (Michelle Williams), dan masyarakat di mana dia dilahirkan dan dibesarkan... 

Friday, April 21, 2017

Jangan terlalu kerja kuat, ingatlah keluarga...

Image result for hard work and family quotes


Ramai masyarakat Malaysia berpendapat "Tidak mengapalah korbankan masa dan kerja rumah di rumah demi menumpukan kerja di tempat kerja". Dengan kata lain mereka berpendapat `kerja itu pun untuk keluarga juga, bukan untuk orang lain'. dan "Gaji itu untuk kehidupan keluargalah juga'. Itulah pendapat rata-rata suami/isteri.

Namun lama-kelamaan pemikiran mereka ini memberi impak besar bukan sahaja terhadap keluarga mereka tetapi pembangunan isaniah keseluruhan masyarakat Malaysia... dan seterusnya pembinaan tamadun kemanusiaan (pembangunan kemanusiaan).

Jarang ada organisasi yang benar-benar perihatin terhadap kehidupan berkeluarga para pekerjanya. Organisasi tidak peduli sama ada kita kahwin atau tidak, ada anak atau tidak, mak dan ayah kita masih hidup atau tidak dan lain-lain yang maha penting dalam hidup kita (apatah lagi hidup akhirat kita). Rata-rata organisasi yang besar terutamanya galak memacu para pekerja sehingga ke titisan keringat terakhir (dan akhir nyawa) atas setiap ringgit yang diberikan (gaji).... dengan menyakinkan pekerja, ia adalah berbaloi, berdumbel-dumbel.

Maka kita bekerjalah sehingga lewat petang, kerja juga di luar masa kerja (out station sana sini, sampai kita tidak sedar kita ni dah semakin `out' di hati pasangan dan anak-anak kita). Kita juga menggunakan waktu malam kita, tengah makan dengan kerluarga ingat pasal kerja. Dan begitu juga dengan hari sabtu ahad menjadi mangsa kepada `kerja kuat' kita.

Kita kerja kuat dengan harapan pendapatan yang kita terima berbaloi (walaupun kita sedar ianya tidak pernah berbaloi, kita mahukan lebih).

Masyarakat yang berkiblatkan wang ringgit dan material, wang ringgit dan materiallah saja yang mereka akan dapat. Namun manusia yang menjalani kehidupan yang selayaknya akan bukan sahaja merasai pendapatannya sudah mencukupi tetapi juga merasa tenang (sebab tiada rasa bersalah kerana sentiasa ada dengan keluarga).

Berada di tempat kerja antara 9 hingga 10 jam sehari (tanpa mengira kesesakan ke tempat kerja) dan dicampurkan dengan aktiviti tido kita akan menghasilkan jumlah jam yang hanya sedikit untuk kita menguruskan rumahtangga dan keluarga kita. Masa untuk berfikir dan menguruskan kerja berbentuk fizikal terhadap keluarga hanyalah merupakan peratus yang kecil dalam urusan seharian kita.

Haaa...

Adakah peratus kecil jam yang tinggal itu boleh membuatkan kita tenang menguruskan hal rumahtangga kita? Pasangan dan anak-anak tersebut. Juga ibubapa? Berkomunikasi dengan sepupu sepapat. (semua perkara tersebut tidak dipraktik dalam dunia binatang, tetapi perlu bagi manusia). Yup, memang tidak cukup (saya sendiri tanya, saya sendiri jawab, he he he). Kita rasa tak cukup masa nak buat...wahima untuk menjalankan kerja rutin kita sebagai isteri atau suami. Bila tidak cukup masa kita tiada motivasi, jadi malas dan boring... [Atau kita buat ala kadar dan tak dapat nikmat. Contohnya, tidak dapat nikmat dari perbuatan menyediakan secawan kopi untuk suami (pahala besar tu!).] Disertakan contoh dialog di bawah, sila rujuk;

"Awak buatlah sendiri kopi, saya letih" Kata Mariam Sepawi kepada hubbynya.*

Sebab itulah kita akan rasa lebih seronok dan mencabar apabila berada di tempat kerja (yang sepatutnya kita rasa lebih seronok dan tenang berada di rumah). 

Saya berpendapat proses membina piramid zaman firaun secara paksaan masih berlaku. Maksud saya para pekerja yang berhempas pulas berkerja untuk mencapai impian organisasi (hingga tiada masa untuk anak bini/suami). Yang mana mereka secara halus telah dipaksa dan terperangkap (atau memaksa dan memerangkapkan diri?, atau tak sedar diri? he he he).

Sebab itulah kini lahir lapisan generasi yang sangat berbeza, yang tidak kejap jati diri dan sifat kemanusiaan. Kita dengar berita yang pelik-pelik dalam masyarakat kita. Takut melihat kelakuan generasi kita sekarang. mengapa jadi begitu? Jawapannya mudah! Sebab sudah tiada pihak yang memupuk nilai kemanusiaannyaa. Sama ada di rumah (ibubapa kejar KPI dan bonus) dan sekolah (cikgu dan guru besar kejar A).

Kini..keseimbangan antara kerja dan kehidupan sebenar hanyalah tinggal dongengan sebab mereka sepakat mengatakan kerja tulah kehidupan! Kata mereka macam mana nak hidup kalau tak kerja?

(Manusia memang payah nak terima hakikat dan ubah diri bila kena atas batang hidup mereka.)


Image result for hard work and family quotes



*
Maaf contoh dipilih adalah menjerumus kepada si isteri. Si suami pun sama, janganlah 24 jam fikir pasal kerja. Perhatian perlu diberikan kepada isteri dan anak-anak juga. Itu adalah tanggungjawab sebenar juga. Tidak bermakna bawa banyak duit ke rumah maka segalanya beres!...

Pujilah isteri berilah kasih sayang walaupun mereka hanya berbaju kelawar dan bau bawang...

Sekian...



Wednesday, April 19, 2017

Kuin Kontrol

Saya berpendapat konsep `Queen control' tidaklah 100% negatif. Ada juga nilai positifnya. Yang salah ialah apabila terlalu mengawal suami. Tapi kalau suaminya memang jenis `keladi', memanglah dia berhak sebab itu suaminya. Kita jaga suami kita.

Image result for queen control

Tetapi ingat, dengan mengawalnya tidak bererti dia terhindar dari bercinta dan berkahwin lagi. Ada kawan saya, isterinya selalu kawal ketat sehingga ke pejabat (memalukan betul). Last-las saya dan kawan-kawan tersenyum dalam hati bila tahu kawan kami itu akhirnya kawin lagi. He he he.

Kami rasa puas sangat sebab kami lama dah meluat.

Pelik kan...he he he?

Image result for queen control
Add caption

Dalam rumahtangga lelakilah yang berkuasa, tetapi...

Saya tidak ada isteri, jadi tidak ada isu saya dikontrol isteri. Namun saya rasa kekok apabila melihat kawan-kawan lelaki saya didominasi oleh isteri mereka. Tidaklah separah lirik lagu Tan Sri P Ramle di bawah:

Kisah Rumahtangga

Oh dengarlah tuan-tuan
Sebuah kisah suami isteri
Kadang-kala terdapat si isteri memerintah suami
O disuruh duduk-duduk
Dijerit-jerit dibentak-bentak
Suaminya dulu handsome
Rambut panjang dah jadi botak
U la la, kalau memilih isteri ala abang
Biar betul-betul
Jangan tersalah pilih ala abang
Kena queen control
La la la la ......
Kisah rumahlah tangga, ada-ada saja


Tidaklah separah lirik lagu Tan Sri P Ramle di atas tetapi memalukan orang rama. Kalau si suami marahkan isterinya pun saya sudah tidak selesa, apatahlagi jika isteri buat perangai depan orang.

Pernah pada suatu ketika saya lihat kawan saya serba salah bila isterinya mengerlingkan mata (tanda isyarat) kepadanya untuk memberitahu sekarang masa balik sudah sampai!. Sedangkan saya lihat suaminya masih galak bergurau senda di majlis itu.

Saya cuba berpositif tetapi saya kenal juga isterinya itu. Memang suka mengarah. Saya cuba berpositif dengan melihat kawan-kawan perempuan di majlis itu adakah yang lawa. Saya dapati tak adalah yang lawa sebab ini perhimpunan ahli akademik, bukannya majlis yang dipenuhi model cantik untuk lancarkan koleksi musim banjir di Pantai Timur. Kalau di luar negari mereka dipanggil musim luruh. Apa yang luruhnya saya tak tahu. nak kata daun, semuanya bangunan tinggi belaka. Pokok ada sebatang dua jea.

Sebenarnya daripada mereka masuk majlis saya dah perati. Dialah yang mencari tempat untuk suaminya, bubuh makanan (termasuk pilih makanan). saya cuba berpositif tetapi saya rasa adalah baiknya beri kebebasan kepada suaminya sebab ini majlis. Kesian suaminya nak jumpa kawan-kawan....emmm.

Dan apabila dia marah (malukan suaminya depan orang ramai), saya anggap itu satu gurauan beruk. Tidak malukah kita kepada orang ramai? sepatutnya kita jaga airmuka dan buat suami kita bangga dengan dia...

Tapi malaslah nak ambil cara hal orang. Mungkin dunia sudah terbalik dan SEMUA orang melihat itu sebagai normal, Saya sahaja yang jakun!

Ya tak...? Perempuan handal-handal belaka leni...emm...

Tapi handal-handal belaka tu elok, cuma dalam rumahtangga berilah ruang kepada suami untuk `memerintah' walaupun gaji mereka jauh lebih kecil daripada kita...

Sekian...


Image result for queen control



Tuesday, April 18, 2017

The Myth (神话) OST - 02 Endless Love I 美麗的神話I





Endless Love

(Jackie Chan)
Undo the most mysterious wait of mine
The stars are falling, wind is blowing
Finally, once again you are in the embrace of my arms
Our two hearts tremble
Believe in my unwavering sincerity
A thousand years of wait, you have my promise
No matter how much winter has passed
I will never let you go
 
(Kim Hee-Seon)
Now tightly hold my hands, and close your eyes
Please think about the times when we were deeply in love
We loved each other too much
That is why we have been in such pain
We cannot even say the words "I love you" to each other
 
(Jackie)
Every night is pierced through by heartbreaks
There is no end to my longing
I've gotten used to lonely meetings
I face it with a smile
Believe me, you chose to wait
No matter how tough it is, there is no hiding
Only your gentleness can save me from
The eternal coldness
 
(Kim Hee-Seon)
Now tightly hold my hands, and close your eyes
Please think about the times when we were deeply in love
We loved each other too much
That is why we have been in such pain
We cannot even say the words "I love you" to each other
 
(Jackie & Kim Hee-Seon)
Let love become for us
Flowers that bloom forever
Pass through the time warp without yielding nor without giving up our dreams
 
(Kim Hee-Seon)
We loved each other too much
That is why we have been in such pain
We cannot even say the words "I love you" to each other
 
(Jackie & Kim Hee-Seon)
Let love become for us
Flowers that bloom forever
 
(Kim Hee-Seon)
Together we travel through the endless space and time
 
(Jackie & Kim Hee-Seon)
Only true love will follow us
Pass through endless time space
 
(Kim Hee-Seon)
We cannot even say the words "I love you" to each other
 
(Jackie)
Love is the only beautiful legend that never changes in our hearts



Bila budi ditabur berkubur...



Kepayahan dalam hidup sepatutnya mengajar kita menghargai budi. Ketika kita dalam kepayahan material dan harapan, bersyukur kita tuhan utuskan seseorang hadir dalam hidup kita. walaupun dia tidaklah sehebat mana tetapi dialah yang memberi material dan semangat untuk kita.

Dan orang yang menolong kita kerana sayangi kita...tuhan tidak saja-saja munculkan seseorang dalam hidup kita. Bersyuklurlah, berterima kasihlah.

Di pihak memberi budi pula tentulah sebagai insan biasa akan terkilang jika budi ditabur berkubur. Namun tiada apa yang harus dibuat kecuali menerima hakikat. Dan budi bercampur dengan kasih sayang lagilah teruk.

Sukar untuk saya huraikan perasaan `budiku tabur berkubur', hanya yang mengalaminya sajalah yang mengerti dan merasainya.

Dan dalam laluan kehidupan ini...ia sudah menjadi takdir yang tertulis sejak azali...



Monday, April 17, 2017

Tanda-tanda autisme




Pada masa saya keluar makan, saya lihat ada kanak-kanak yang nampak aktif sangat tapi muka dia moyok. Sukar ibunya mengawal dia di meja makan. Anak itu sihat tetapi kelihatan sukar dikawal.

Namun saya buat-buat biasa sahaja menikmati pulut lepa tersebut. Saya rasa kanak-kanak itu menghadapi masalah. Barangkali ibunya sedang mengajar anaknya berperangai baik di kedai makan.

Kita janganlah pula marah atau tengok dengan muka semacam sahaja. Kita berilah sokongan tanpa marah-marah. Ini cubaan bagi ibu tersebut, cubaan kita mungkin sedang menanti.

Haaa....

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home