Dir
Kemboja berguguran memutih
Menemanimu ke jalan akhir
Persada seni yang kau terangi kini sepi
Suara jenaka dan gurauan
Di sebaliknya kau kesepian
Mimpi-mimpimu retak seribu
Tak siapa yang tahu
( korus )
Dir...
Tuhan lebih menyayangi
Dari kami temanmu yang tak pernah mengerti
Dir...
Hanya setelah kau pergi
Kehilangan amat dirasai
tak siapa yang tahu...
( ulang korus )
Suara jenaka dan gurauan
Di sebaliknya kau kesepian
Mimpi-mimpimu retak seribu
Tak siapa yang tahu
Kehilanganmu...
Kehilangan... kehilangan... mu...
Oh... oh... oh...
Pencipta: Azmi Hashim/Habsah Hassan, Penyanyi: Rahim Maarof, Pengulas lirik: Jankaulu
XXXXX:
Rahim Maarof muncul kembali. Beliau kurang sihat tetapi tetap membuat persembahan menghiburkan peminat. Itulah kelebihan orang seni sejati. Semoga Abang rahim sihat sejahtera, Amin.
Saya suka banyak lagu Rahim Maarof, dan membeli beberapa albumnya. Di telinga saya suaranya lebih sedap dari Anuar Zain dan Sudirman sendiri. Dan beliau nampak stail dan kelas bila membuat persembahan. Gituew...
Banyak lagu best, salah satu lagu beliau yang best adalah lagu `Dir'. Dicipta untuk memperkatakan tentang seorang seniman rakyat. Jarang tajuk lagu yang menggunakan nama lelaki. Lagu ini untuk penghibur terbaik yang negara kita pernah ada, Sudirman Haji Arsyad. Lagu ini hidup bertenaga apabila dinyanyikan oleh Rahim Maarof.
Kemboja berguguran memutih
Menemanimu ke jalan akhir
Persada seni yang kau terangi kini sepi
Rangkap pertama baris pertama menggunakan perlambangan bunga kemboja (Plumeria). Ia bermaksud kematian dan perkuburan. `Memutih' ini menjadi perlambangan kesucian (bunga kemboja warna putih). Di sini tidak digunakan bunga Matahari atau bunga Mawar dalam mengambarkan suasana kesedihan yang ingin diselitkan di hati pendengar. Baris seterusnya menceritakan hakikatnya akhirnya selain dari tanah, batu nisan dan lalang, akhirnya Dir ditemani juga dengan bunga Kemboja.
Baris ketiga iaitu `Persada seni yang kau terangi kini sepi' adalah ayat yang mempunyai sifat terus terang dan tidak bersimbolik. Iaitu memang ada penyanyi lain, termasuk penyanyi baru yang hu ha-hu ha tapi tidak sehibur Sudirman.
Keindahan baris ayat ditambah dengan terselitnya pemilihan huruf vokal `i', cuba perati:
" Pesada seni yang kau terangi kini sepi " (1;3)
Pengulangan huruf `i' tersebut melahirkan estetika (keindahan) di telinga kita apabila mendengarnya. Cuba nyanyi rangkap ini. Jangan malu, kalau tak cuba sampai bila kita tak belajar. Tapi kalau suara tak best 1000 tahun belajar pun tak akan jadi best. Haaa.
Suara jenaka dan gurauan
Di sebaliknya kau kesepian
Mimpi-mimpimu retak seribu
Tak siapa yang tahu
Rangkap kedua ni sedih semacam je, bila suara garau Rahim Maarof nyanyi rangkap ni saya terasa bertambah sangat kesedihannya. Tabik Rahim Maarof.
Seperti yang kita kenal, Sudirman ni kelakar orangnya. Apatah lagi bila bergabung dengan Yusni Jaafar (juga kini sudah tiada). Dengan Kak Nita juga dia melawak. Dia pernah usik Kak Pah (yang kini juga tiada) dalam lakaran kartunnya. Dia lukis Kak Pah bergemerlapan dengan intan berlian dan gelarkan Kak Pah `Elizebith Taylor' Malaysia sebab banyak intan berlian.
Tapi, daripada cerita Kak Bam dan Habsah Hassan, Sudir sebenarnya kesepian. Kadang-kadang dia datang lepak tengok tv di rumah mereka. Umum tahu Dir bercerai hidup dengan isterinya. Apa yang peminat tahu Sudir sangat sayangkan isterinya, dan sampai sekarang peminat tidak tahu apa punca penceraian tersebut.
Mungkin bila orang yang kita sayangi telah tiada bersama. Segala harapan dan ceria hidup terbawa bersama... Apa yang tinggal adalah kita yang hidup terus hidup - hidup terus hidup...menunggu mati (baca perengang ni dengan perasaan sedih. Itulah tujuan posting ini ditulis. He he.)
Dir...
Tuhan lebih menyayangi
Dari kami temanmu yang tak pernah mengerti
Dir...
Hanya setelah kau pergi
Kehilangan amat dirasai
tak siapa yang tahu...
( ulang korus )
Rangkap ketiga ni seolah satu keredhaan. Lebih kurang bermaksud `biarlah `Dir' tiada pun, tuhan lebih menyanyangi dia sebab tak kan nak biar dia merana dalam dia seorang diri sampai akhir hayat...". Dan satu pernyatan yang apabila dia sudah tiada, kehilangan dia amat di rasai. Ayat ini mudah dan diret.
Suara jenaka dan gurauan
Di sebaliknya kau kesepian
Mimpi-mimpimu retak seribu
Tak siapa yang tahu
Kehilanganmu...
Kehilangan... kehilangan... mu...
Oh... oh... oh...
Rangkap seterusnya diulang balik rangkap kedua dan ditambah dengan sedikit ayat-ayat lain yang membawa maksud kita kehilangannya dan sedih (disebut 3 kali perkataan kehilangan, `oh' pun 3 kali juga di sebut).
Abang Jan: Banyak penyanyi, banyak lagu, banyak pencipta tetapi yang lekat di hati adalah lagu yang menyentuhi jiwa dan kehidupan kita, Al fatihah...
No comments:
Post a Comment