Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, August 17, 2026

7 sebab mengapa kita takut menjadi tua

 

Kelmarin saya oder lagi cream anti ageing di shoopy. Ia seolah satu keperluan jiwa pula kerana saya tahu secara fizikal cream itu tidak boleh kembalikan kemudaan saya.

Tetapi ianya lebih dari itu, sada banyak perkara lagi yang saya rasa lebih menakutkan. Tua mengejar kita, dulu dia ikut saja di belakang, he he he.

 

1.    Kita takut kehilangan orang yang kita sayang.

Dua tahun lepas ayah saya pergi. Sekarang emak sudah berusia lebih 80 tahun, Dan saya tahu benar emak bukan aka nada selamanya…

 

Bila semakin tua, kita mula sedar bahawa tidak semua orang akan berjalan bersama kita sampai ke penghujung. Ibu bapa pergi dahulu. Kawan-kawan mula berkurang. Ada yang sakit, ada yang meninggal, ada yang membawa haluan sendiri.

 

Yang paling menyedihkan, kadang-kadang kita tidak sedar bahawa perjumpaan yang kita fikir biasa itu mungkin sebenarnya perjumpaan terakhir. Gituew.

 

2.    Kita takut badan tidak lagi seperti dahulu.

Bila lihat Tasik Lipur Kota di Muadzam shah, saya teringat saya boleh jogging 8 keliling tanpa henti. Sekarang berjalan habis satu pusingan pun termengah-megah.

 

Dulu naik tangga tidak fikir apa-apa. Sekarang naik dua tingkat sudah cari tempat duduk. Rambut mula putih, mata mula kurang terang, lutut kanan mula berbunyi. Dulu badan ikut apa yang kita mahu. Bila tua, kita pula kena ikut badan.

 

3.    Kita takut kehilangan kebebasan.

Saya selalu terfikir juga suatu hari saya tidak boleh bawa kereta, tidak boleh menulis di internate.

 

Bila muda, kita boleh pergi mana-mana. Hendak berjalan, berjalan. Hendak memandu jauh, pandu sahaja. Hendak makan apa, makan. Bila tua, banyak perkara mula ada syarat. Kena tengok lutut, kesihatan dan tenaga. Hendak berjalan jauh pun mula fikir, “Balik nanti macam mana?”

 

4.    Kita takut menjadi tidak diperlukan.

Ini mungkin antara ketakutan yang paling senyap. Semasasaya muda, saya beranggapan najib, Najihah dan Shafiq perlukan saya. Anak perlukan kita. Tetapi bila kit atua mereka sudah dewasa dan terbang sendiri. Kemudian perlahan-lahan anak membesar Kita tidak sangat diperlukan.

 

Masa muda tempat kerja perlukan kita. Banyak keputusan dibuat kerana kita ada. Kita bersara. Dunia terus berjalan tanpa menunggu kita.

 

Rupanya menjadi tua bukan hanya tentang rambut putih. Ia juga tentang belajar menerima bahawa dunia tidak lagi memerlukan kita seperti dahulu.

 

5.    Kita terpaksa melepaskan benda yang kita suka.

Saya suka berkebun, dan mengumpul apa-apa sebagai koleksi. Kita tidak hanya kehilangan manusia. Kita kehilangan banyak perkara kecil. Makanan yang dahulu kita suka mungkin sudah tidak boleh makan. Tempat yang dahulu kita suka pergi mungkin sudah terlalu jauh. Hobi yang dahulu kita lakukan mungkin sudah tidak larat.

 

Satu-satu benda pergi. Perlahan-lahan. Dan kita tidak boleh marah pun.

 

6.    Kita mula sedar masa sebenarnya tidak banyak.

Ketika muda, kita rasa umur 60 atau 70 itu jauh. Bila umur sudah melepasi 50, tiba-tiba kita mula mengira. “Kalau umur 70, tinggal berapa tahun lagi?” Bukan bermaksud kita mahu mati.

 

Cuma kita mula sedar masa yang tinggal mungkin lebih pendek daripada masa yang sudah kita lalui.

 

7.    Kita belajar bahawa berdamai lebih mudah daripada melawan.

Kita tidak boleh melawan umur. Tidak boleh menyuruh anak kembali menjadi kecil. Tidak boleh mengembalikan ibu bapa yang sudah tiada. Tidak boleh memaksa rambut menjadi hitam semula. Tidak boleh meminta lutut kembali seperti umur 25 tahun.

 

Tetapi kita tidak boleh menahannya. Semuanya akan pergi sedikit demi sedikit. Jadi kita belajar melepaskan. Belajar menerima. Belajar berdamai. Dengan umur. Dengan kehilangan. Dengan kehidupan.

Saya rasa “Mungkin sebenarnya kita bukan takut menjadi tua. Kita takut dengan semua perkara yang akan pergi apabila kita menjadi tua.”

 

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home