Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, August 21, 2026

MASIH SAYANG, TAPI KENAPA MAKIN LAMA MAKIN SAKIT?

 

Orang selalu fikir sesuatu hubungan berakhir apabila cinta sudah tiada. Tidak semestinya. Tidak semudah itu. Ada hubungan yang berakhir walaupun rasa cinta masih ada.

Cinta itu ada, rasa itu masih ada, cuma entah kenapa setiap kali cuba dipertahankan, hati semakin penat. Macam ada sesuatu yang tidak kena, tetapi kita sendiri susah hendak menjelaskan apa sebenarnya. 

Ada orang yang kita sayang, tetapi kita tidak mampu memberikan kehidupan yang dia harapkan. Ada orang yang ingin kita pertahankan, tetapi semakin lama dipertahankan, semakin banyak luka yang terhasil. Kita cuba bertahan kerana sayang, tetapi dalam masa yang sama kita juga perlahan-lahan kehilangan diri sendiri. Gituew. 

Kadang-kadang kita fikir, “Kalau masih sayang, kenapa perlu berpisah?” Tetapi hidup ini tidak semudah formula matematik, tidak semudah mencerca Ainal Abdul atau memesan barabgab Shoopi (pay later)

Sayang pula tidak semestinya bermaksud kita sesuai untuk terus bersama. Disindir, diperli atau dipukul dipalu.

Dan saya rasa, hubungan kawan saya berada di tempat itu. Mereka berpisah pada umur 55 tahun. Keduanya kawan baik saya. 

Mereka masih ada rasa, masih ada rindu, masih ada sayang. Tetapi setiap kali mereka cuba berjalan lebih jauh, Mereka seperti berjalan di atas kaca. Sedikit sahaja tersalah langkah, kedua-duanya terluka. Hendak berpatah balik pun sakit, hendak terus berjalan pun luka. Akhirnya mereka berdiri di tengah-tengah, memandang satu sama lain sambil tertanya-tanya, “Kita sebenarnya hendak ke mana selepas ini?”

Dan  akhirnya mereka berpisah...

Mungkin itulah yang paling menyedihkan tentang sesetengah hubungan. 

Abang Jan: Bukan kerana cinta sudah mati, tetapi kerana cinta itu sendiri sudah tidak cukup untuk membuat dua orang bahagia.





No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home