Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, August 4, 2026

Sudahlah mabuk, pergi berjudi pula!

Bila usia semakin bertambah, saya mula sedar bahawasanya `Harga Mabuk Cinta Lebih Mahal daripada Berjudi'

Berjudi, kita tahu hadnya. Kita bawa duit yang sanggup rugi. Kalau kalah, paling-paling duit melayang. Esok masih boleh cari lagi.

Tetapi cinta... kita tidak pernah tahu bila kita mula "bertaruh". Tiada resit, tiada kontrak, namun paling gempak tiada had kerugiannya.

Mula-mula senyum seorang diri GBSSS. Telefon berbunyi sekali pun jantung berdegup macam menang loteri. Nama disebut sedikit, terus rasa hari itu indah macam Disneylang. Orang lain tengok, mungkin ingat kita baru dapat bonus. Hakikatnya, kita cuma dapat mesej, "Dah makan ke tu?"

Masalahnya, apabila cinta tidak menjadi, yang hilang bukan sekadar masa, wang dan maruah diri (derma badan). Kadang-kadang keyakinan diri pun ikut hilang. Ada yang menjadi pendiam, ada yang menjadi penyair, dan ada juga yang terus menjadi "batu", keras di luar, retak di dalam. Punah segala...kata Ziana Zain.

dan ada yang membawa diri dari kampung...emmm....

Yang paling lucu, kita tahu ia mungkin tidak akan berjaya. Kawan-kawan pun sudah beri isyarat meluat. Otak pun sudah angkat bendera putih. Tetapi hati masih berdegil. Nya kehel jugok.

Itulah cinta.

Barangkali sebab itu orang kata, orang yang sedang bercinta bukan bodoh, cuma berhenti guna akal.

Gambar adalah hiasan, tak ada kena mengena dengan syarikat Toto



No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home