Tengahari ini (24 March 2024) saya buat rendang ayang, resepi mak.
Memasak ni seperti sama situasi masa
mengail ikan...kita akan lupa masalah dan tekanan kehidupan seharian. Contohnya
kita lupa bahawa gaji bulan ni kena hati-hati guna sebab gaji bulan depan kita
terima lepas raya. Haaa...hu hu.
Kalau saya rajin, saya masak, kalau
malas...air pun saya beli. Air miniral. Tapi kemahiran memasak perlu,
setidaknya untuk diri sendiri. Tak ndaklah memanah tak reti, menunggang kuda
tak reti, memasak pun tak reti.
Saya tak kisah masak dengan kuantiti
yang banyak. Sebab selagi kita tak makan, tak telan dan tak hadam...bukan ianya
rezeki kita. Saya bagi juga kat jaga depan perumahan atau kepada penjual yang
datang jual ikan depan rumah. Kira sedekah makanan...
Saya pernah juga ke taman permainan,
bawa makanan untuk kanak-kanak yang sedang bermain. Cuba bayangkan kalau ada
kanak-kanak hilang, tentu saya jadi antara suspek utama, he he.
Redang ini tak sesedap mak buat.
Entah kenapa? Hairan. Bahan dah sama, sukatan dah sama. Kuali pun yang Vantage
(tandatangan Siti Nurhaliza. Pelik kan? Kuali ada tandatangan).
Saya akan letak rendang2 ni dalam
bekas-bekas plastik dan letak dalam peti sejuk bahagian beku. Kalau ada orang
antar lauk pauk, bolehlah saya 'balas' dengan rendang ni.
Saya dapati masakam rendang setiap
orang bila buat rendang rasanya berbeza. Pernah kawan saya bagi rendang yang
dimasaknya...bila saya rasa tak lah sedap mana. Saya berdebar bila dia tanya
'Kalau saya buat jual rendang tu, laku tak?
Nak ikhlas jawab ke? He he.
No comments:
Post a Comment