Saya beli pokok baru. Saya tak ingat nama pokok tersebut. Tapi tak apalah, saya mampu. (he he he).
Saya suka tanam pokok kerana bagi
saya pokok adalah harapan. Harapanlah buat kita suka hadapi hari esok.
Akarnya bermakna kita kena teruskan
hidup. Akar adalah kekuatan hidup. Kita kena terus ke depan. Jangan mati. Maka
saya faham apa yang Aina Abdul ingin sampaikan dengan berbaju akar tersebut.
Daunnya yang tumbuh segar menyatakan
akan ada nilai tambah dalam hidup...pucuk baru adalah perubahan...ke arah
bijaksana dan matang.
Apabila pokok tumbuh dan capai
kematangan, ibarat hidup kita yang stabil. Stabil membawa ketenangan.
Dan ketenangan adalah hasrat hidup
kita. Kan...?
No comments:
Post a Comment