"Orang kaya selalu menang, dan itu bukan salah mereka. Malah mereka tidak bersaing dengan kita pun... Kita lelaki biasa saja yang perasan konon berada dalam pertandingan". Nasihat saya kepada kawan saya.
Kawan saya tidak ceritakan apa yang sebenarnya terjadi kepada keluarga kekasihnya. Sebab kawan saya sayang, dulu. Kawan saya dengar sahaja betapa salahnya kakak kekasih dia sembur kerana tidak tahu apa yang terjadi. Pakai sembur sahaja. Sekeluarga letakan kesalahan atas bahu kawan saya.
"Saya tidak ceritakan sebab saya tak mahu dia dimarahi kerana dialah yang buat hal. Saya tidak mahu dia dimarahi kerana saya sangat sayang, dulu..." Sambung kawan saya.
Kawan saya cerita, 7 tahun lepas, kawan saya sangat rindu. Petang sebelum balik kerja, dia gatal buka FB bekas kekasih dia (bini orang). Sekali imbas jea dia lihat kekasihnya di sofa bersama suami yang tak handsome dan gemuk tu, bersama anak-anak.
Kita tidak boleh kecam perempuan yang mencari kemewahan hidup. Dia ada hak. Sekali lagi orang kaya selalu menang... tanpa bertanding pun.
Balik kerja, sambil memandu kawan saya kesat air matanya di pipi dengan lengan baju. Dia bersumpah tak akan buka lagi FB tersebut...
Kata kawan saya, tidak ada sehari pun dalam hidupnya dia lalui tanpa ingatan atas apa yang terjadi...
Saya nak kata 'move on lah', bunga bukan sekuntum, pintu2 terbuka tertutup bagai... tapi macam sterotype pula.
Saya hanya kata 'Kalau dia salah dia tak akan bahagia..."
"Tapi saya nak dia bahagia..." cepat kawan saya mencelah.
Dalam hati saya 'pulop'...
Yup dia masih bercinta, ya ada cinta dibawa ke mati...
No comments:
Post a Comment