Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Friday, February 26, 2021

Ayam kampung panggang Sunquick

 




Ayam kampung panggang Sunquick

1. Saya teringin nak makan ayam kampung, puas makan ayam bandar.  Lalu saya bertanyakan kawan-kawan dalam group wasap. Saya beritahu sudah 2 bulan saya tak makan ayam...(baca dengan nada sedih, dan meminta-minta).

2. Dan sekoyang-koyannya, saya dapat ayam kampung secara `free'. Saya cuba membayarnya tetapi kawan saya menolak, dan beliau berdoa agar gaut saya cepat sembuh.

3. Oleh kerana ini ayam kampung, saya nak buat masakan special sikit. Masih ada lagi oreng Sunquik sebek dalam peti sejuk, saya berhajat nak masak ayam panggang Sunquik.

4. Bahan-bahannya:
2 biji bawang besar
7 ulas bawang putih
2 inci halia
3 biji kentang (direbus terlebih dahulu, ni kira leceh ni)
3 sudu kicap (sos tiram pun boleh)
4 sudu pati oren Sunquick
1 secawan magerine (dicairkan terlebih dahulu, panaskan)

Garam, gula dan ajinamoto secukup rasa (sikit jea saya guna, main campak-campak jea)
Sedikit nanas.

P/s: boleh tambah 2 kiub perasa ayam, kalau suka.

4. Blender semua bahan di atas. Selepas itu cuba rasa, kalau apa-apa kurang, tambahlah mengikut selera kita.

5. Ayamnya pula dikerat kepala, kaki dan cuci semua bahagian dalam. Tetapi jangan dikerat-kerat bahagian lainnya, buat ala ayam 'thanksgiving' tu. 

(Dan jangan lupa kelar sikit badan ayam tu agar bahan yang kita blander senang menyerap jauh masuk ke dalam sel-sel ayam tu).

6. Masukan bahan-bahan yang diblender tadi ke bahagian dalam ayam. Sumbat semua. Dan comor juga di bahagian luar ayam. Comor betul-betul. Comor bagi rata.

7. Dan siap sedia untuk di bakar.

8. Boleh juga jika masa nak bakar bubuh nenas, atau bubuh sepuluh minit terakhir. Boleh belaka. Kalau nak ranggup kruk kerak, boleh bubuh last sekali.

9. Bakar selama 1 jam 30 minit, biarkan ayam terbakar dengan kepanasan api 180c. Sudah takdir ayam tu begitu.😄

10. Boleh dimakan bersama nasi, atau ratah begitu saja. Rasanya `best' sebab rasa oren tersulam dengan nanas...dan tidak kering sangat kerana ada air magerine tersulam dengan kentang rebus.

11. Kalau nak rasa, kenalah cuba buat. Selamat mencuba...

Sekian terima kasih...






Biskut Suji Klasikal, kasih ibu dan si penjual ikan



1. Saya suka memasak. Seingat saya sejak sekolah rendah saya sudah memasak. Tidak pernah pula saya berniat mahu jadi tukang masak atau penjual masakan. Setakat masak sahaja. 

2.Saya lebih suka lihat resepi di akhbar, dan majalah (tahun-tahun 70an dan 80an). Menjelang tahun 90an ke atas saya sudah berduit untuk membeli buku-buku masakan. 

3. Untuk tahu sesuatu masakan, saya tidak suka melihat orang memasak, (sambil mereka cakap-cakap, buat lawak, buat mengada dan lain-lain  dalam tv. Saya lebih suka membaca masakan.

4. Tetapi saya suka lihat mak memasak, terutama mak buat biskut raya. Mak tak pernah miss buat biskut raya. Cuma apabila kami sudah besar, anak-anaklah yang buat biskut, atau kami membelinya sahaja jika nak rasa biskut modern.

5.Semasa kecil kami adik beradik kena duduk `jauh-jauh' dari tempat mak buat biskut raya. Sebenarnya kami dah bertayakan mak `jadi tak buat biskut raya', sebaik sahaja magrib berlalu...he he he.

6. Semakin tahun semakin kami besar, maka semakin pendek jarak kedudukan antara mai dan tempat emak beroperasi. Sehinggalah akhirnya kami boleh turut serta membantu. Dan akhirnya, sehinggalah mak percaya kan kami untuk urusan pembakaran (setelah mak terap biskut2 itu di dulang). Wah indahnya masa kecil, terima kasih tuhan, terima kasih emak. Dan oven.

5. Jadi biskut suji ini (yang mak saya tidak pernah buat), saya dedikasikan kepada mak saya. Tanda sucinya hati seorang ibu....(pulak dah.).

6. Biskut ini didominasikan oleh rasa minyak sapi. Sedap ke minyak sapi? Sedap kalau dirujuk kepada nasi minyak yang kita pernah makan. Rupanya ia juga sedap dibuat biskut apabila dicampur dengan gula magren.

4. Saya buat kelainan sedikit dengan menyarungkan `baju' kepada biskut. Jadi menarik pula, he he he. Saya bercadang naikan martabat biskut ini. Kalau tidak boleh jea dibuat bulat-bulat bentuknya.

5. Allah maha besar, biskut yang saya cadang nak post ke mak, akhirnya jatuh ke tangan penjual ikan. Penjual ikan ini selalu masuk ke dalam kawasan perumahan saya. Kadang-kadang saya beli ikan dan ayam, keperluan untuk seminggu sekaligus.

6. "Terima kasih banyak atas rezeki hari ini" Kata penjual ikan yang saya rasa elok dia trim sikit misainya, nampak serabut. Apa salahnya kita bergaya walaupun kita jual ikan. "Entah sedap ke tidak tu, keras sikit" Kata saya, merendah diri. Konon.

7. Saya rasa memang rezeki penjual ikan tersebut. Sebab semasa saya membuatnya saya hanya berniat nak berikan kepada mak. (kalau sedap)

8. Ok, bahan-bahannya: 2 cawan tepung gandum, 1 cawan gula kastor, 1 tin kecil minyak sapi (200 g).

9. Masukan dalam bekas dan uli semua guna tangan. uli sehingga tidak melekat pada tangan. Dan gentel bulat-bulat.

4. Saya buat kelainan sedikit dengan menyarungkan `baju' kepada biskut suji ini. Jadi menarik pula, he he he. Saya bercadang naikan martabat biskut ini. Kalau tidak boleh jea dibuat bulat-bulat bentuknya.Simple.

5. Kalu ada ceri, hiris dan letak atas bulat tu... Bakar selama setengah jam bersuhukan kepanasan 150c.

6. Setelah siap, bubuh di dalam balang, wah nampak menarik pula walaupun hanya 3 bahan sahaja.

7. Mungkin begitu begitu lumrah kehidupan manusia, mereka suka benda/perkara yang menarik, cantik/handsome... yang saya tidak ada.

8. Nanti kenanglah dahku dalam doamu...













 

1. Kali ini saya persembahkan biskut yang diberi nama Biskut Suji.  Biskut ini didominasikan oleh rasa minyak sapi. Sedap ke minyak sapi? Sedap kalau dirujuk kepada nasi minyak yang kita pernah makan. Rupanya ia juga sedap dibuat biskut apabila dicampur dengan gula magren.

3. Untuk buat biskut ini saya ke pasaraya secara khas. Khas untuk membeli minyak sapi. Alahai mahalnya harga, terus saya sambar jenama yang paling murah. Tak apalah, kalau tak jadi, taklah ralat sangat. Pertama kali buat.

4. Saya buat kelainan sedikit dengan menyarungkan baju kepada biskut suji ini. Jadi menarik pula, he he he. Saya bercadang naikan martabat biskut ini. Kalau tidak boleh jea dibuat bulat-bulat bentuknya.

5. Biskut ini saya berikan sebekas kepada penjual ikan. Penjual ikan ini selalu masuk ke dalam kawasan perumahan saya. Kadang-kadang saya beli ikan dan ayam, untuk seminggu sekaligus.

6. "Terima kasih banyak atas rezeki hari ini" Kata penjual ikan yang saya rasa elok dia trim sikit misainya, nampak serabut. Apa salahnya kita bergaya walaupun jual ikan. "Entah sedap ke tidak tu, keras sikit" Kata saya, merendah diri.

7. Saya rasa memang rezeki penjual ikan tersebut. Sebab semasa saya membuatnya saya tidak terniat pun nak berikan kepada sesiapa...

Biskut Semperit Klasikal




1. Bahan-bahannya:  150 gram Majerine, 80 gram gula aising, 50 gram tepung jagung, 80 gram tepung kastad, 120 gram tepung gandung, 1 biji kuning teor. Bahan-bahan ikut timbangan.

2. Tapi saya guna resepi yang mak saya kirim melalui wasap, senang!. Telur 2 biji, gula halus 1 cawan, butter cap 1 cawan, tepung jagung 2 cawan, tepung gandum 2 cawan. Sedikt esen vanilla dan baking powder. Emak saya pesan kalau tak nak kembang guna telur kuning sahaja.

3. Cara buat, campur telur dan gula, kacau. Bila rata kacau bubuh mentega, kacau. Bubuh airsen vanilla, kacau. Bubuh gandum dan baking powder, gaul. Dan mak saya kata kalau masih lembik, agak-agak la tembah gandumnya.  

2. Mana-mana biskut kebanyakannya memang langkah pertama kita kena sebatikan magerine dengan gula dulu. Tapi untuk biskut ni godel-godel biar sebati gitu jea, jangan godel lama sangat untuk elak biskut kembang bila dimasak.

3. Lepas sebati bubuh kuning telur godel balik biar sekata dan masukan tepung tiga beradik tersebut (Tepung gandum, tepung kastad (tiba-tiba saya bubuh sikit dengan mengurangkan tepung gandum dan tepung jagung sikit) dan tepung jagung). Masuk sedikit demi sedikit, sehingga sebati dan boleh dibentuk.


 4. Peritnya bermula apabila kita guna acuan semperitnya. Tidak seperti acuan menekap, acuan semperit memerlukan tenaga setiap kali kita mahu bentukan kuntuk-kuntumnya. Kadang-kadang saya berdiri dan duduk sekejap. Dan peritnya bertambah kerana saya tidak berjaya membentuk kuntum-kuntum bunga yang sama besar saiznya. Saya musnahkan semula bentuk tersebut dan kembalikan dalam bekas adunan. Masuk dalam sarang semperit dan tekan kembali. Ah... tak reti nak standardedkan saiznya!


5. Acuan biskut semperit adalah unik. Ia ada pecahan di hujungnya yang melahirkan bentuk kuntum. Dan kuntum-kuntum tersebut, Ada pecah 13, ada pecah 16 dan sebagainya. 




6. Sejak berzaman diletakan pulak di tengahnya dengan buah ceri yang dipotong kecil. Letak betul-betul di tengah kuntum. Kalau malas beli ceri yang dah siap dipotong.

7. Setelah siap dibentuk di atas tray, letak tray-tray tersebut dalam peti sejuk. Khabarnya itu petua agar buah ceri itu tak luruh. Saya ikut jelah petua2 ni. Dalam masa yang sama saya panaskan ketuhar.

8. Sementara menunggu, saya juga terasa perit apabila mula membasuh bekas-bekas dan alat-alatan memasak biskut tersebut. Ketika inilah terbayang keperluan memiliki orang gaji.

9. Bakar selama 30 minit dengan suhu 180 C. Syurigia diingatkan kembali, ia bergantung kepada oven yang kita guna.


10. Dan seperti biasa letak di dalam balang dan pukul gambar. Cantik. Juga untuk kelihatan anggun letakan ke dalam bekas Pyrex, Autum Glory design keluaran tahun 1960an, buatan England.

11. Biskut Semperit ni dalam katogeri biskut lama. Khabarnya asal usul biskut ini dibuat dengan penuh keperitan di dapur yang sempit. Sempit dan perit ini akhirnya digabungkan menjadi Semperit. Tiada LR (Literacy Review), namun begitulah ceritanya. 

12. Sekian, boleh cuba. Memang rare sikit semprit klasik ni, zaman sekarang orang lebih suka buat semperit susu atau semperit pandan... letak di lidah cair. Tetapi bagi saya semperit klasikal ini paling best!



 




Hujung minggu bersama Maikel (Special Edition)

 


Hujung minggu bersama Maikel (Special Edition)

Album ini (lihat gambar) dikeluarkan semula pada tahun 2001 (kini berusia 20 tahun), (tahun asal dikeluarkan 1987, dikeluar lagi 2015). Reissue album perkara biasa di barat.

Album `Special Edition' ni ada la kelainan sikit sebab ada tambahan itu-ini.

Album ini kandung banyak isu-isu dan drama-drama berat dalam kehidupan. Bukannya setakat buat lagu dan lepaskan dipasaran. Contohnya; Kata MJ lagu `Bad' itu sendiri terilham dari cerita yang dia baca mengenai seorang pemuda miskin yang masuk kolej untuk ubah kehidupan tapi akhirnya mati dibunuh. Kira isu `poverty'lah ni.

Album ini best, lagu-lagunya dikeluarkan pada tahun 1987, ketika saya berusia remaja, 17 tahun. Ah bestnya muda! Pada masa tu rasa nak berjoget bila dengar lagu rancak. He he he. Hidup lepas bebas mak ayah tukang rungsing. Kita tak rungsing... (he he he).

Kini bila mendengarnya di sofa (sambil terbaring hirup air putih), teringat pula pasal KPI, lupa wasap tukang potong rumput, Krim malam anti-penuaan dah nak habis, barang-barang di Al Rahnu, duit raya untuk 2021, resit-resit LHDN, dan lain-lain. Tentulah berbeza dengar lagu ketika umur 17 tahun dan masa dengar lagu umur 51 tahun...

Apa-apa pun saya tetap suka album ini terutama lagu 'Man in the mirror', dan 'I cant stop loving you'.
Terima kasih tuhan untuk hidup sekejap ini, dan terima kasih juga Maikel. ... Ai love u.
Aaaa...huhu...auwwww. ooo ooo nana na nana na...yea, yeah. Oaaooh.

Ai jus kan stop loving u...
.

Saturday, February 20, 2021

Barang hiasan kayu untuk dijual


Barang perhiasan kayu berbentuk ikan ini saya beli di Bali, Indonesia semasa bercuti di sana.

Sisiknya diperbuat dari kulit telor


Sekarang saya mahu menjualnya RM70 sahaja.








 

Berminat wasap 019 920 0274

Thursday, February 18, 2021

Sahabat baik saya, dalam perjalanan hidup...



1. Masa jadi pelajar, tidak ada banyak masa untuk lepak-lepak. Tutorial Microekonomi sangat payah, saya lemah add maths. Tutor pula seolah makanan asasinya tebuan. 

2. Jadi bila dapat peluang lepak, jumpa kawan baik saya lepak sampai menyengeng tidak cukup satu kerusi.

3. Gambar masa muda ini dipukul di sisi Dewan Tunku Canselor UM, 1992.

4.Saya bersama Hasbullah sahabat baik, dia datang jengok saya belajar. Satu rasa berbesar hati sangat, tersemat di hati.

5. Di kampong kami bersahabat baik naik motor ke sana ke mari. Keliling Pengkalan Nyereh, Kuala Besut, Pata Air Tawar, Jerteh dan banyak tempat lagi. Pernah motor kami jatuh tergolek dalam selut, balik bersihkan baju seluar, sudahnya deman. Masa muda seronok sebab kita bebas tak ingat rumah. 

6. Dulu dunia sangat berlainan. Kehidupan tanpa handphone membuatkan jarak terasa sangat jauh dan luas. Janji esok nak jumpa lagi seolah sukanya macam esok nak ke Zoo Negara. 

7.Selepas habis belajar kami berpisah, setelah masing-masing bekerja kami berpisah giler. Meninggalkan kampung halaman. Kami masing-masing mulakan dengan kehidupan sendiri. Sibuk memanjang. Pejam celik-pejam celek.

8. Dia semakin hanya ada dalam ingatan...

9. Masa berlalu tanpa saya sedari, jatuh bangun saya, patah hati, hijrah bawa diri, meraung dalam hujan dan sebagainya. Namun saya tabah hadapinya (tahniah untuk diri). [(Tapi taklah sampai saya kena beri tepukan untuk diri sendiri. Nanti rasa entah apa-apa pula kan? He he)]

10. Masa terus berlalu, saya tidak sedar....sehinggalah beberapa semester lepas, selepas kuliah ada seorang pelajar perempuan yang tinggi lampai datang ke meja saya. Dia bertanya "Sir kenal tak ayah saya? Ayah saya kata sir sahabat baik ayah."

11. Nampaknya masa benar-benar berlalu...Terima kasih sahabat kerana pernah menemani kehidupan ini...

Nampaknya kita semakin sampai ke penghujungnya...doa restu untuk saya sama juga dengan doa restu untuk sahabat-sahabat saya juga.

Tuesday, February 16, 2021

Biskut Susu Bintang Mudah Giler




1. Apabila saya buka peti sejuk, saya terlihat ada susu pekat. Memang dah agak lama, rasanya dah dekat 2 bulan. Memang tak akan habis punya sebab saya sedang jaga pemakanan. Susu pekat tersebut tidak baik untuk kesihatan, bukan susu sebenar pun. Kelapa sawit semata, khabarnya.

2. Terlintas di hati, "Baik aku buat biskut susu, boleh beri ke jaga keselamatan kawasan perumahan". 

3. Cara-caranya: Bubuh 500 gram tepung jagung dalam bekas tipuware (kalau ada bekas Tupperware lebih baik, tahan seumur hidup). Kemudian bubuh pula 250 gram mentega (memang kalau kita beli seketul tu 250 gram) dan akhir sekali bubuh setengah tin susu pekat manis yang sebek dalam peti sejuk tu.

4. Boleh guna apa-apa jenama susu pekat. Saya guna susu cap Junjung, mahal sikit tapi "Apa la nak berkira sangat dengan orang yang kita sayang...".  Memetik kata mak saya (ketika saya komplen susu cap junjung mahal...he he he).

5. Gaul biar/sampai rata guna spatula, bila lenguh guna tangan jealah...uli. Uli bersungguh-sungguh, bayangkan wajah manusia yang kita geram. (Yang hadir dalam hidup kita sekadar beri pengajaran yang pahit)

6. Ambil belakang dulang (ganti papan penerap, sebab tak jumpa cari dalam tong Toyogo yang mana satu, lama tak guna. Itulah masalahnya bila tak label) letak atas meja makan. Senang buat atas meja makan, luas. Dapur saya sempit.

7. Bahan uli yang dah jadi dosh tu sebenarnya boleh diuli bentuk bulat2 kecil dengan tangan jea. Namun sebab ada acuang terap, maka saya gunalah acuan berbentuk bintang. Saya cantikkan penampilan fizikalnya. Untuk jadi nampak comel, tabur hiasan gula yang berwarna. (Tak letak pun tak apa. Lawa juga bila masak, jadi putih seputihnya).

8. Namun setelah beberapa lama dan rasa malas datang, saya bulatkan dengan tangan, tekan dengan garpu... Arwah nenek saya buat dengan tangan jea, bentuk bulat-bulat. 

9. Panaskan oven terlebih dahulu selama 10 minit, jangan sudah letak tray dalam oven baru nak panaskan. Oh yea jangan lupa pastikan tak ada handpon atau apa2 atas oven tu. Nanti masak dengan handpone2 sekali.

10. Bakar dengan suhu 180'C, selama 30 minit. Sementara menunggu boleh terap lagi untuk pembakaran seterusnya. Nak menerap kena sabar, duduk bangun, duduk bangun. Lenguh. Sakit belakang, kita bukannya muda lagi.


11. Bila masak, biarkan ia sejuk. Hidangkan dalam balang yang dibeli di SOGO. Namun bekas yang dibeli di Tunas Manja/Nirwana pun tak apa... Saya terpaksa guna balang yang dibeli di SOGO tu, khabarnya kalau kita tak guna duduk sebek dalam almari, di akhirat nanti akan dihisab juga adanya. Menakutkan tu...

12. Akhir sekali jangan lupa letak dalam istageram, FB dan sebagainya.

Selamat mencuba puan-puan, dan tuan-tuan. Boleh makan apabila menonton Neflik atau ketika melihat bintang di langit kelama






 

Sunday, February 14, 2021

Sup Ikan Tenggiri Campak-campak




 

1. Saya berhajat untuk kurangkan makan ayam, saya nak kurangkan jumlah asid urik yang ada dalam badan. Bulan satu lalu jumpa doketor dia kata asid urik dah 900 lebih, dah lebih dari sekali ganda (paras normal 400). Jumpa awal bulan 2 hari tu, alhamdulillah dah turun ke 600. Jadi misi untuk normalkan kepada 400 bermula lagi.

2. Kena jaga badan, kena jaga kesihatan. Tak naklah pukul 2 pagi bangun menangis macam budak bila kena gaut. Sakit giler.

3.Dan misi beralih menu kepada ikan bermula. Ikan pun ada yang pantang, ikan kembung tak boleh sangat sebab kandung purin banyak, boleh bawa kepada gaut juga. Jadi saya berhajat masak sup ikan tenggiri sekali sekala. Khabarnya, sup ikan Tenggiri juga baik untuk ibu-ibu yang mengandung. (Namun pastilah baik juga untuk ibu dan ayah yang tidak mengandung).

4. Cara-caranya: Pergi ke supermaket, setelah terkejut lihat harga ikan tenggiri yang berjumlah RM42 sekilo. Saya ambil dua keping sahaja. Surgia diingatkan sejak PKP, harga ikan naik antara 4% hingga 10%. Apa nak dikata...

5. Okey sekarang letak bekas atas dapur (selepas balik dari supermarket tersebut), tumiskan bawang putih 3 ulas dengan seinci halia. Saya campak juga bunga cengkeh, bunga lawang dan kayu manis (tiga beradik). Apa yang ada di dapur campak jea, he he he. Macam biasa, panaskan sehingga berbau sedap.

6. Selepas itu bubuh air. Saya tunggu bila gelegak, saya campak ikan tenggiri tersebut. Campak pula tomato, lada hidup dan batang sup. Akhir sekali bila dah masak bubuh garam dan daun sup. Saya nampak berleming sedikit, itu tandanya terlebih minyak masa tumis tadi. (over).

7. Setelah gelegak 10 minit, masaklah tu. Lihat gambar. Tapi dalam gambar nampak kepingan ikan tu seakan besar. Jangan tertipu Lazada, sebenarnya bekas Corningware tu yang kecil. He he he.

Nak manis ke, nak masim ke, masam ke, nak tawar ke boleh belaka ikut citarasa sendiri. Itulah keistimewaan bila masak sendiri sebab kita sorang jea nak makan. Kita bebas ikut tekok kita.

Sekian sahaja kali ini. Jumpa di lain masakan. Lepas masak jangan lupa kemas balik dapur. Itulah yang leceh. He he he.

Saturday, February 13, 2021

Biskut Telor Rebus 2021

Biskut Telur Rebus


1. Dah 10 tahun lebih tak bakar biskut dan kek. Tiba-tiba rasa nak buat biskut. Mungkin sebab PKP kot.

2. Biskut Telur rebus ni dipilih sebab bahan-bahannya senang. Dan sebab kalau tak jadi, taklah rugi sangat kan.

3. Bahan-bahan, 4 biji telur ayam rebus. Ambil yang kuning, yang putih kerat kecil-kecil boleh bubuh dalam sup sawi.

3. 1 cawan mejerin, 2 cawan tepung gandung, 2 cawan tepung jagung, 2 cawan gula. Sedikit perasa vanila. (sukatan cawan, sukatan mak-mak dulu-dulu) 

4. Ambil bekas bacuhan... ayak tepung gandung  bersama tepung jagung, gaul. Campur gula dan telur rebus yang sudah dilenyek. Gaul.

5. Bubuh mejerin sedikit demi sedikit, gaul lagi sambil lihat berita Tv tentang covid. Bangladesh dah mula program vaksinnya... Kenapa kita lambat?

6. Bila bahan uli dah tak melekat di jari dan bekas, maknanya phase menerap boleh dimulakan. Boleh pilih bentuk, bebas.

7. Saya pilih bentuk hati dan bulan. Bentuk hati melambangkan rindu di hati saya yang tak berkesudahan manakala bentuk bulan sabit melambangkan ramainya ahli politik Malaysia yang disabitkan dengan kes-kes mahkamah.

8. Selepas rasa lenguh dan pinggan rasa macam kena tetas barulah siap menerap... Remeh dan terasa malas, he he he.

9. Oh yea, pecahkan sebiji telur, ambil kuningnya saja dan sapu pada permukaan biskut tadi. Jangan sampai meleleh nanti biskut akan lekat di bekas, payah nak tanggalkan biskut, payah nak basuh tray tu...

Sapu kuning telur di permukaan biskut


10. Bakar dengan suhu 150c.  Tapi bergantung kepada masing-masing ketuhar. 

11. Kena acap tengok. Bila nampak kuning telur di permukaan tu dah masak perang, tanda masaklah biskut tu. Kalau nak ranggup bakar lagi selama lebih kurang 5 minit ke, biar biskut tu pun turut sama jadi warna perang...😁

12. Selamat mencuba...jangan lupa kongsi di media masa.

P/s: Saya buat tambah gula, nak manis sikit sebab kehidupan saya penuh kepahitan...he he he.



Contoh sapuan kuning telur yang tak rata, nak jimat tu...



 

Wednesday, February 3, 2021

Datuk Jamali Shadat: Yang kekal jasa dan ingatan…


 1. Saya membesar dengan lawak-lawaknya pada tahun-tahun 70an.

2. Keletah 'Atan', budak lelaki yang sering membuli datuknya tersemat diingatan.

3. Arwah juga boleh meniru pelbagai dialek/stail seperti Mandarin, Jawa, Tamil dan `orang putih’.

4. Waktu kanak-kanak,  selain P Ramlee beliaulah pelawak yang saya kenal. Selepas itulah saya mengenali AR Badul, Param dan Hamid Gurka.

5. Method pelawak dulu berbeza dengan pelawak sekarang, bagai langit dengan bumi, bagai lipan dengar ular atau Bagai PN dengan BN.

6. Arwah Jamali banyak membudayakan lawak keharmonian hubungan antara kaum malah menyatukan mereka dalam jenakanya.

7. Dalam menyusuri kehidupan kita akan berjumpa dengan ramai orang. Ada yang menghiburkan kita walaupun hanya mengenalinya dari jauh. Jangan rendahkan nilai hiburan, ia juga memberi kebahagian dan menunjuk jalan kehidupan.

8. (Orang yang bawa kedukaan dalam hidup kita tu, biarkanlah. Biarkan…)

9. Saya berdoa semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Amin.



Tuesday, February 2, 2021

Piring untuk dijual: Baba dan Nyonya Kuning

 

RM25 satu



Pada mulanya saya berhajat untuk menyimpan koleksi Baba dan Nyonya  Kuning ini. Namun akibat kesuntukan masa dan dan kesibukan. Saya berhajat menjualnya.

Saya mahu fokus kepada koleksi Baba dan Nyonya Kuning sahaja.


Bandingan saiz dengan sudu dan bekas telor

Barang Hiasan: Tempurung kelapa

 

Barang peribadi untuk di `let go'.
Masih elok dan utuh
...it a craft...dari Bali.

Untuk dijual, RM50 sepasang termasuk pos.
Berminat: 019 920 0274.



 
Masih utuh...

Sepasang cawan Pyrex Autum Glory untuk dijual

 Saya berniat mahu menjual lebihan sepasang cawan Pyrex Autum Glory. Mungkin ada yang berminat untuk cukupkan koleksi mereka. 


Koleksi Jankaulu

Untuk dijual


Item: Sepasang cawan
Corak: Autum Glory
Made in the 1960's

RM89.95 satu tak masuk pos
Kalau ada yang berhajat sila
Wasap 019 920 024


 

Sudu Baba dan Nyonya untuk dijual: Warna merah (banyak kerawang)

 





 
Item: Sudu Baba dan Nyonya (ada 6 biji sudu)
(tinggal 4 biji sudu)

RM35 satu

Kot-kot ada yang berminat untuk cukupkan koleksi mereka...

Sudu Bunga Kangkung untuk dijual

 


 

Item: Sudu Bunga Kangkung

RM20 satu tak masuk pos

( ada 6 biji lagi) 

(tinggal 5 biji sudu lagi) 

 

Kalau ada yang berhajat sila
Wasap 019 920 024

Pyrex Chelsea untuk dijual: Piring bujur

 Ini PML koleksi peribadi saya, pada mulanya saya tidak juga berhajat untuk menjualnya. Namun sebab saya mahu berkonsepkan minimalis maka saya berhasrat menjualnya.

Item: Pingan
Corak:  Chelsea
Made in the 1960's

RM150 satu tak termasuk pos

Kalau berminat sila wasap
019 920 0274










 Hasrat untuk menjualnya saya akan menjualnya secara sedikit-sedikit kerana sayang masih menebal...he he he.




PML dan minimalis saya

1. Keputusan saya pada tahun lepas rupanya sangat membantu saya pada tahun ini. Tahun lepas saya sudah berniat untuk hanya mengumpul Pyrex corak Chelsea dan Autum Glory sahaja. Dan saya hanya akan membeli jika ia benar-benar murah. (iaitu suatu keadaan yang hampir mustahil)

2. Dalam menjadi minimalis pemula, saya mesti berhati-hati. Pada tahap pemula ini saya tidak boleh beria kurangkan barang, nanti tidak menjadi...saya kecewa. Kasih sayang terhadap barang-barang masih menebal.

3. Bagi saya 'suasana' dalam dunia PML ini sudah banyak berubah, harga PML semakin mahal. Saya sudah lama tidak membeli PML. Contohnya saya beli dulu pingan makan Pyrex cuma RM18 kini sudah jadi RM60.

4. Saya sudah tidak aktif membeli dan ada juga PML saya yang lebih, saya menjualnya di internate. Saya ada miliki satu blog untuk saya jual barang-barang peribadi saya (termasuk juga buku-buku saya). Kalau berminat boleh ke http://jankaulujual.blogspot.com

5. Jualan saya tidaklah sangat laku,  tetapi setidaknya saya sudah terbuka hati untuk menjualnya... mengurangkan barang-barang. Ada juga sedikit yang sudah terjual.

6. Setakat ni memang masih banyak di bawah katil dan di bawah meja masih dipenuhi dengan PML. Saya akan kurangkannya dengan menjual secara perlahan-lahan.

7. Biarlah perlahan, lama-lama kuranglah ia...




Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home