1. Minggu lepas buat pertama kalinya saya ke panggong untuk sesi 2020. Pada mulanya saya mahu tonton filem seram M4M4 atau Perempuan Tanah Jahanam (Indonesia), namun akhirnya saya memilih untuk tidak rasa seram. Saya mahu rasa gembira.
2. Daripada zaman kanak-kanak (hinggalah dewasa), saya suka filem Jackie Chan kerana ianya mudah. Filem dia lucu dan seni `kung-Fu'nya juga lucu. Kali ini saya memilih komedi.
3. Filem komedi ini mengisahkan pegawai polis gemuk (Donnie Yen) yang kerja di bahagian operasi membentras gengster. beliau seorang pegawai polis yang terkenal dan menjadi kebanggaan. menjadi contoh untuk pegawai polis yang lain. Permulaan cerita ada ditunjukkan akan kehebatannya membentras penjenayah.
Donnie Yen |
4. Namun dalam satu operasi beliau telah ditukarkan ke jabatan lain untuk lakukan kerja dalaman pejabat. Di sinilah dia mula menjadi bosan, dan menjadi kuat makan dan akhirnya stopok (gemuk).
5. Beliau juga ditinggalkan kekasih kerana asyik sibuk dengan kerja-kerja-kerja 24 jam. Dalam satu adegan selepas mereka berpisah, bekas kekasihnya hampir tidak mengenalinya apabila mereka terserempak di dalam kapal terbang. Bekas kekasihnya itu kelihatan bahagia bersama lelaki handsome dan kaya raya. Bagaimana yea jika saya terserempak dengan bekas kekasih? (Oh... saya harap dia tak bahagia. He he he.)
6. Saya dapati lakonan Donnie Yen berbeza dengan siri filem seriusnya `IP Man`. Rupanya dia ada bakat lakonan komedi dan cerita serius. Memanglah dia handal berlakon, sebab itulah ditawarkan berlakon dalam filem Star Wars: Rogue One (2016). (Saya tidak tengok sebarang cerita Star Wars, maka tidak boleh saya ulas).
7. Saya dapati apabila menjadi gemuk beliau nampak tidak handsum. Saya juga dapati penampilan `menjadi gemuk' itu agak `tidak halus' dalam filem ini. Make-upnya tidak setanding dengan cerita Hollywood. Namun ia tidaklah mencacatkan filem ini.
8. Saya berpendapat apabila kita menjadi gemuk (tambah pula muka kita selalu masam), kita bukan saja menjadi tidak menarik tetapi juga hodoh atau kembar zombie. Justeru itu kita kena selalu senyum walaupun sebenarnya terasa langit dan awan bagai nak runtuh atas bahu kita. (Namun dalam cerita ini dia tidak pula menjadi hodoh tetapi hanya kurang menarik).
9. Pada akhir cerita bekas kekasihya (yang ada rupa, badan terbentuk) masih sanggup menerimanya semula walaupun dia gemuk dan selalu sibuk... (perempuan memang pelik)
10. Filem ini bergerak cepat dan tidak meleret. Tak ada adegan rives kereta atau duduk berbual di dapur bersama emak, mak saudara atau jiran. Filem ini banyak adegan kelakarnya namun ia disusuli dengan adegan berkelahi... (adegan yang biasanya kita dapat lihat dalam filem Jackie Chan dan sewaktu dengannya).
11. Seperti biasa, setiap cerita ada moral dan pengajarannya.
(a) Kerja pegawai polis adalah kerja 24 jam, kita bertanggungjawab kepada semua orang dan semua keadaan. Kalau kita ada jodoh dengan pegawai polis, kena fahamlah. (Kalau tak ada jodoh?, senyap jealah. He he he).
(b) Perempuan selalu nak bertepek-wek dengan lelaki, tetapi lelaki pula selalunya sibuk kerja dan cool sahaja. (He he he).
(c) Tidak semestinya ketua kita hebat, mungkin dia hebat akibat keadaan dan kehebatan orang bawahannya. Kita mungkin jauh lebih hebat.
(d) Kalau jenis gayat tak payahlah nak jadi pegawai polis atau ahli bomba. (atau kerja di sarkas)
(e) Makanan ringan memang memberatkan timbangan badan kita.
(f) Lelaki cintanya lahir dari mata -- (melihat-lihat perempuan cantik terus cair), manakala perempuan cintanya lahir dari telinga -- (mendengar - dengar kata manis, janji-janji dan sumpah setia - terus cair).
(g) Orang jahat selalu akan menerima balasan. (seperti kata cikgu sekolah rendah yang didik kita dulu)
(f) Lelaki cintanya lahir dari mata -- (melihat-lihat perempuan cantik terus cair), manakala perempuan cintanya lahir dari telinga -- (mendengar - dengar kata manis, janji-janji dan sumpah setia - terus cair).
(g) Orang jahat selalu akan menerima balasan. (seperti kata cikgu sekolah rendah yang didik kita dulu)
12. Donnie Yen dah berlakon lebih dari 70 buah filem, yang terbaru nanti filem Mulan (bulam Mac). Jangan lupa tengok. Khabarnya hebat.
Saya terhibur, saya beri filem ini 3.5/5 bintang. Sekian.
Mulan |
Saya terhibur, saya beri filem ini 3.5/5 bintang. Sekian.
No comments:
Post a Comment