Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, February 11, 2020

"Semuanya pinjaman tuhan..." -Edit terbaru


Saya tersenyum, dan kembali melihat emak saya. Emak saya kelihatan selesa duduk sebelah saya di dalam Myvi buruk saya. Emak merenung jauh ke hadapan.
Beberapa bulan lalu emak sakit berat. Emak dimasukan ke hospital Jerteh, kemudiannya ke hospital besar Kuala Terengganu. Setiap minggu saya balik kampong. Hati saya tidak tenteram, saya nampak awam mendung. Saya tidak boleh menikmati TV dan dengar lagu. Cuma bila masuk kuliah saya tetap ceria untuk pelajar saya...
Mata saya kembali menumpukan perhatian pada jalanraya. Musim hujan begini saya harus lebih berhati-hati dalam memandu. Dan kemudian kembali pula saya berpaling sekejap melihat emak.
Emak masih lagi merenung ke hadapan. Mak tidak menyedari saya memerhatikannya... Saya tidak tahu apa yang berligar di fikiran emak. Mungkin pasal ayah.
Dari pandangan sisi, saya lihat garis kedut di bawah mata emak. Kedut itu bertambah kasar, namun emak masih cantik seperti dulu... Orang cantik kalau tua pun nampak cantik. Itu pendapat saya.
Emak saya bukan sahaja perempuan yang paling saya sayang di dunia ini tetapi juga hidupan yang paling saya sayang di dunia ini. Tiada tara, tiada tolak banding. Saya mahu menangis, Saya mahu mengalirkan air mata. Tetapi saya tahan... Saya tidak mahu mak saya lihat saya sedih.
Saya teringat pada suatu masa dahulu apabila saya hilang keyakinan terhadap kehidupan, emak sayalah yang datang jadi `hero’ memahamkan saya episod kehidupan. Emak menjadi kekuatan. Emak saya beritahu:
"Abang, dalam dunia ini lebih banyak orang baik berbanding orang jahat..." Kata emak.
Kasih sayang emak berikan pada saya seolah saya masih lagi berumur lapan tahun, selamanya… Mungkin begitulah hati emak kita. Di hatinya kita tidak membesar.
Sambil memandu saya berdoa tuhan ampunkan semua dosa-dosa emak saya, dan dosa-dosa emak orang lain juga. Saya tahu emak saya manusia biasa tentu ada dosa, namun saya mahu tuhan berkompromi dan ampunkan segala dosa emak.
Sebenarnya hati saya sudah menangis, saya takut apabila menghadapi saat kehilangan emak. Saya pernah beritahu emak, saya takut hadapi bila tibanya hari itu… Namun emak beritahu "Semuanya pinjaman tuhan..."
Ya allah ampunilah emak...
Saya diserang rasa sayu...


No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home