Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, November 27, 2019

Ulasan buku: Bukan Doktor Gugel, Shazeli Abdullah, etal


Tajuk: Bukan Doktor Gugel
Pengarang: Suhazeli Abdullah, etal. 
Penerbit: KATA PILAR
ISBN: 9789672014201
Tahun: 2017 (cetakan pertama)
Harga: RM
Bil Mukasurat: 300
Lokasi dibeli: Megamall, Kuantan.(30/9/17)



Saya beli buku ini pada tahun 2017. Dan sudah beberapa kali saya membacanya. Cuma saya tidak suka sebab buku ini kertasnya murah. Jadi kuning dimakan masa.


Ramai orang yang beritahu saya dengan pengambilan ubat darah tinggi yang berterusan boleh membuatkan buah pinggan saya rosak. Buku ini telah menjelaskan sebaliknya. Dan yang lebih penting ia ditulis oleh doktor-doktor yang bertauliah. 

Walaupun begitu saya ucap terima kasih kepada kawan-kawan saya yang perihatin atas kesihatan saya.

Saban hari banyak yang kita dengar berita kesihatan yang bersifat `urban legend' ni. Kita percaya bulat-bulat jea sebab orang yang beritahu kepada kita lebih berusia, jadi kolerasinya mereka lebih tahu, lebih betul. Tapi itu silaplah...

Dan dalam google juga macam-macam nasihat karut marut yang kita terima. Kita kena pergi pada pautan yang akademik dan disahkan. Namun ia merumitkan. Jadi buku ini amat berharga sekali sebab memberikan hanya kebenaran dan sambil duduk terlentang pun kita boleh baca.





Buku ini setebal 300 muka surat dan dibahagikan kepada 10 bab:

Bab1
salah faham berkenaan perkhidmatan kesihatan di klinik dan hospital

Bab 2
Salah faham dan mitos berkenaan pelbagai penyakit umum.

Bab 3
Salah faham dan mitos berkenaan penyakit kronik (Diabetes, hipertensi dan hiperkolestrol)

Bab 4
Salah faham dan mitos berkenaan kesihatan wanita dan isu penyusuan bayi dan kanak-kanak

Bab 5.
Salah faham dan mitos berkenaan psikiatri dan kesihatan mental

Bab 6
Salah faham dan mitos berkenaan kesihatan pergigian

Bab 7
Salah faham dan mitos berkenaan diet dan pemakanan

Bab 8
Salah faham dan mitos berkenaan kesihatan dan ibadat

Bab 9
Salah faham dan mitos tentang ubatan dan isu semasa

Bab 10
Salah faham dan mitos tentang vaksinisasi


Saya sarankan, dapatkanlah buku ini sebagai panduan kita sekeluarga. Duduk saja-saja pada main handpone tu baiklah lebih bagus kita baca buku ini. tidaklah kita dalam kesesatan.

Ia disampaikan secara menarik, (secara soal jawab macam sesetengah buku agama). Ada gambar karikatur yang menarik juga.

Tak rugi membeli dan membacanya.


Bintang: ****

Monday, November 25, 2019

Ulasan Buku: Politik Perkauman dan Prospek Keharmonian di Malaysia - Profesor Wong Tai-Chee






Tajuk: Politik Perkauman dan Prospek Keharmonian di Malaysia
Pengarang: Profesor Wong Tai-Chee
Penerbit: Gerak Budaya
ISBN: 9789670311395
Tahun: 2019
Harga: RM10
Bil Mukasurat: 79
Lokasi dibeli: Megamall, Kuantan.


Pada beberapa hujung minggu lepas saya ke Megamoll. Saya beli tiga buah buku. Salah satunya adalah buku di atas (rujuk gambar). Antara sebab (selain murah) mengapa saya membelinya kerana ia ditulis dalam bahasa Melayu. 

Sukar jumpa buku sebegini dalam bahasa Melayu. Rugi jika tidak membelinya.

Buku ini mengandungi 17 topik yang diambil dari  akhbar Sin Chew Daily. Akhbar ini terkenal bagi masyarakat Cina di Malaysia. Edarannya pada suatu masa dahulu (sebelum dikuasai media massa elektronik) adalah sekitar 400,000 sehari.







Buku ini dibahagikan kepada tiga bahagian:

Pertama: Politik Perkauman di Malaysia (6 topik)

Kedua: Isu-isu masyarakat dan Ekonomi Malaysia (7 topik)


Ketiga: Isu-isu kaum cina Malaysia. (4 topik)




Profesor Wong Tai-Chee menulisnya dengan mudah dan ringkas. Sesuai untuk bacaan khalayak separa akademik. Orang kampung, orang bandar, orang laut, orang darat semua boleh membacanya.

Buku ini tidaklah memuatkan atau mencerminkan 100% apa yang telah berlaku dalam masyarakat kita kerana buku ini hanya memuatkan beberapa isu yang berkaitan sahaja. Contohnya hanya 4 topik sahaja pada bahagian 3 yang mengetengahkan isu-isu kaum cina di Malaysia.



Artikel yang dipilih dari akhbar tersebut telah diterjemahkan kepada bahasa Melayu, maka dapatlah masyarakat dan kaum Melayu khususnya sedikit sebanyak memahami, mengetahui suara hati rakan Cina kita.

Buku murah ini `mahal' harganya jika dilihat kepada isu-isu yang dimuatkan sangat releven pada masa kini, yang membentuk masa hadapan perpaduan negara.

Dan buku yang nipis ini sebenarnya `tebal' dengan pengertian-pengertian, saranan dan harapan-harapan yang tersirat...

Bintang: ***


Bodekologi

Hasil carian imej untuk bodek



Ramai manusia suka membodek. Makin tak rasa malu (muka) seseorang itu makin tinggilah darjah kebodekkannya. Itulah yang saya perhatikan. Saya suka melihat tingkah-laku manusia, antara jenis haiwan yang kita tidak perlu ke zoo untuk melihatnya.

Kadang-kala bodek ini memualkan orang yang melihatnya. Orang yang melihatnya hanya akan berkata-kata dalam hati, namun awas lain pula di belakangnya. di belakang orang akan mengata dengan teruknya.

Namun bagi si pembodek, kata-kata buruk di belakang hanyalah lalat hijau baginya. Dan kata-kata tersebut bukanlah kudis baginya.

Namun saya tetap jengkel melihat telatahnya, barulah saya sedar benar kata-kata orang terhadapnya sebelum ini.

Saya semakin tidak menghormatinya...






Sesuatu tentang Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

Hasil carian imej untuk datuk seri najib dan rakyat tanjung pia


Dalam dunia politik, kadang-kala personaliti diri seseorang adalah senjata terbaik. Personaliti diri atau keperibadian dapat mengumpul pengaruh, menambah pengaruh dan memperkuatkan pengaruh yang sedia ada.

Dalam hentaman tuduhan-tuduhan yang menerpa, DSN masih lagi boleh kelihatan tenang dan meneruskan khidmat kepada masyarakat. Secara teorinya tidak banyak yang boleh beliau lakukan untuk rakyat kerana keputusan ekonomi dan politik sudah tidak ditangan beliau. Tetapi DSN kelihatan tetap melakukan apa yang mampu.

Semakin hari, sokongan semakin kuat. Tanpa meloncat atau berbaring (atau tidur) di jalanraya. Tanpa mencaci dan mengutuk di pentas ceramah, DSN tetap berpengaruh dan semakin berpengaruh.

Saya selalu melihat lawatan-lawatan yang beliau lakukan. Saya melihat di FBnya. Ramai yang gembira berjumpa DSN. Seolah DSN ada aura yang magik. Yang tiada pada kebanyakan pemimpin lain. 

Ada pemimpin yang kita tengok muka dia pun dah kusut masai, keruh di muara...He he he.

Dan saya dapati respon warganegara adalah terbahagi kepada dua.

Ramai yang memuji kerana beliau tetap berkhidmat, dan ada yang mengatakan `bila jatuh baru nak jumpa rakyat!'.

Kita boleh berfikir positif atau negatif tetapi DSN tetap begitu juga...tetap semakin berpengaruh...




Saya dan hati saya...

Saya biasa tidak menurut kata hati saya.

Jika hati saya terdetik letih atau malas, saya teruskan juga melawan perasaan...

Namun kata hati saya yang masih mengingatinya, saya gagal melawan...

setiap hari saya mencuba, tahun demi tahun...

Tuesday, November 19, 2019

Pokok di tepi pantai...





Pokok yang tumbuh ditepi pantai akarnya lebih kuat, lebih besar dan lebih berceranggah.

Manusia yang selalu dalam kesusahan dan cubaan akan lebih kuat dalam menjalani kehidupan. Kesusahan besar bagi orang lain, tentu jadi kesusahan kecil sahaja baginya.

Saya beritahu kawan saya saya tidak boleh bekerja kerana saya lapar. Kawan saya beritahu dia sudah biasa lapar, dia tetap boleh buat kerja walaupun dia lapar, malah dalam keadaan lapar mungkin kerjanya lebih cemerlang. Katanya...

Saya cuba fahami falsafah ini.


Wednesday, November 13, 2019


Saya dan wayang




1. Saya suka tengok wayang, kalau ada cerita `besar' dan kalau berkesempatan masa saya akan menjengok panggung. Aktiviti ini membuatkan saya bertenaga, rasa muda dan urban.

2. Walaupun menanton seorang diri tidak menjadi masalah tapi kalau ada member ikut lagi `best'.

3. Namun tidak selalu saya berpeluang untuk menonton wayang. Saya selalu sibuk dan lara. Saya terikat dengan banyak komitmen lain selain beratur membeli tiket... Saya suka berkebun.

4. Saya tidaklah sangat memilih filem untuk ditonton, Saya suka cerita orang putih, kedua tamil, ketiga cerita cina. Saya suka cerita hantu, misteri dan cerita yang ada ala drama sikit. Cerita gocoh saya kurang minat.

5. Saya tidak menonton cerita Melayu kecuali kawan ajak, atau ada kawan bersama. Terakhir saya lihat filem Pulang. Saya dapati filem itu tidak menarik. Pemilihan pelakon utamanya tidak bersesuaian. Filem yang sepatutnya boleh menjadi hebat, menjadi sebaliknya. Saya tidak mengulas filem itu di FB sebab saya kesian, saya menarafkannya 2 bintang sahaja.

6. Saya melihat wayang bukan semata untuk berhibur semata, kalau nak berhibur saya boleh dengar lagu, lihat katelog tupperware, tengok cerita P Ramlee, membaca atau melihat barang-barang di supermarket.

7.Saya melihat filem juga kerana mahu melihat kehidupan orang lain, pemikiran dan gagasan yang dibawa dan apa yang terkesan di hati saya. Semua orang ada cerita. Pada skrin yang besar, ianya lebih meresap.

8.Namun semakin berusia saya semakin kurang menonton wayang. Kurang selesa beratur beli tiket dan kurang selesa dengan suasana `kemudaan' di sana.

9. Namun rekod saya tahun 2019 ini tetap cemerlang. Paling banyak saya tengok wayang dalam sehari adalah 4 filem. He he he.

10. Saya mula menonton wayang seusia umur tujuh tahun, cerita pertama saya tengok filem King Kong (1976) di bandar Jerteh, Besut (dulu ada panggung wayang). saya sangat teruja melihat king Kong sebesar bangunan, adik saya terkencing dalam panggung. Keluarga bawa saya, terima kasih emak dan ayah.

11. Saya pernah berimpian untuk memiliki mini pawagan di rumah saya, saya akan guna satu bilik khas. Dindingnya saya nak lekatkan dengan kulit telur, juga silingnya supaya kedap udara. Namun bilik itu sekarang sudah dipenuhi buku-buku. Rumah saya kecil sahaja.

12. Saya pernah berangan mahu buat sebuat filem. Namun saya batalkan kerana nanti akan ada banyak hati yang terguris dan terluka apabila menonton filem yang saya hasilkan. Tak apalah kan, orang setia masuk syurga, orang curang masuk neraka, he he he.

13. Dulu selalu juga keluar tengok wayang dengan kawan-kawan, Namun setelah mereka berumahtangga, mereka tidak lagi tengok wayang. Mereka buat wayang kot, he he he.

14. Saya tidak kisah nonton wayang di panggung yang kecil bercampur dengan pelbagai jenis masyarakat. Cuma saya tidak suka orang bawa anak yang buas ke pawagam, kalau jinak tak apa...

15. Namun kesanggupan mereka membawa anak tersebut juga boleh dilihat dari segi positif, mereka masih lagi tahu filem memberi kebahagiaan. dan nak beri juga ke anak mereka.

16. Dan sebenarnya cerita selepas tengok filem itu pun best!. Pergi jalan-jalan, makan-makan, terai baju di Pakson (tapi tak muat). Dan pernah hampir kena pau di tempat parking. He he he.

17. Kita akan buat apa yang kita suka kan? itu kehidupan...

18 Sekian.
Gambar hanyalah hiasan..

E-Day 4.0 COBA


Hari ini adalah hari E-Day. Ramai pelajar yang menjual makanan yang mereka usahakan. aktiviti ini dianjurkan oleh pensyarah-pensyarah bahagian Pemasaran.

Saya lawati banyak gerai. Saya berpeluang melawat Gerai Krispy Mag.


Sebenarnya saya tidak suka makanan-makanan modern ni, tapi saya rasa juga. Ada yang sedap dan ada yang saya tidak boleh terima he he he. Namun Krispy Mag ini boleh diterima kerana ia sedap dan boleh mengenyangkan. namun tentulah tak boleh lawan kenyang nasi. He he he




Baguslah kalau ada aktiviti sebegini, tidaklah bosan. Pelajar mesti ambil peluang untuk mengembangkan idea dan buat sehabis baik untuk memajukan gerai-gerai mereka.




Dari gerai-gerai tersebut kita boleh lihat secara langsung isaha mereka dalam menjayakan jualan di gerai mereka.

Tidaklah boleh melepas batuk di tangga. Namun saya dapati aktiviti ini makin bertambah bagus dari satu semester kepada semester yang lain.


Sebenarnya ia adalah maggie!


Dalam penyediaan makanan di tempat sebegini, jauh dari dapur dekat dengan orang ramai, kita patutlah pakai sarung tangan dalam menyediakan makanan.

Sekian.

Thursday, November 7, 2019

Ulasan Buku: JohorROR - Dr Kamarul Ariffin




Tajuk: Johorror
Pengarang: Kamal ariffin (Dr)
Penerbit: WhiteCoat
ISBN: 9789671495681
Tahun: 2019 (cetakan pertama)
Harga: RM35
Bil Mukasurat: 350
Lokasi dibeli: Kawan hadiahkan.


Buku ini mengandungi lebih dari 20 koleksi cerita-cerita seram yang berlaku di negeri Johor. Kata belakang buku ini, kisah-kisah ini popular di Johor. Oleh kerana saya bukan orang Johor, maka saya tidak tahulah ianya popular atau sengaja dikata popular.

Namun yang lebih penting ialah penulisnya (Dr Kamal Ariffin) pandai menulis. Secara peribadi saya puas hati dengan teknik penulisannya. Dan juga jalan cerita `cerita-cerita' di dalamnya. Saya juga ada membeli novelnya `Ghospital'. Best jugak!

Sebagai peminat cerita seram, saya akan baca lagi buku ini jika ada masa terluang.Buku ini menghiburkan dalam masa yang sama menyeramkan.

Saya membacanya dengan tekun. Dalam beberapa keadaan saya rasa sangat takut lalu pergi membacanya di sebelah anak saudara saya (yang sedang main handphone dalam keadaan separuh bogel).

Keistimewaan buku ini adalah ianya tidak meleret...dan  boleh baca dan berhenti bila dah habis satu kisah. Boleh pergi buat air ke, ke tandas ke dan buat kerja-kerja lain sekejap.

Kisah yang paling saya suka antaranya ialah `Tangki air Kolej Matrikulasi Johor' "Pasar Karat Renggit' dan "Sekolah menengah sains Kota Tinggi'.

Bintang: **** (4/5)

Monday, November 4, 2019

Ulasan filem Maleficent: Mistress of Evil; Kisah mertua jahat



1. Saya menonton filem ini pada minggu kedua tayangannya, namun tidak berkesempatan untuk menulis ulasan terlebih awal. Sibuk memanjang, selsema, batuk dan berair hidung.

2. Perlu difahami, ulasan filem ini bercampur aduk dengan cerita harian saya dan juga beberapa pegangan falsafah hidup saya. (Pandangan tentang kehidupan daripada kacamata saya).

3. Orang kata dapat mertua yang baik adalah rezeki dan sebaliknya... bala. (selisih malaikat 44)

4. Kisah ni bermula selepas lima tahun dari kejadian filem pertama. Sleeping beauty dan jadi anak dara dan dah gatal nak berkahwin.

5. Maknya (Maleficient) tak setuju sebab dia kenal perangai bakal birasnya itu. Namun demi anak, seorang ibu sanggup buat apa sahaja.

6. Saya terkilan apabila Arora (sleeping beauty) memberi selendang kepada Maleficient untuk tutup tanduknya apabila dia dijemput ke istana berjumpa bakal ibu mertuanya.

7. Sepatutnya terimalah seadanya mak kita. Walaupun bukan mak sebenar tetapi orang yang cara makan minum kita, keselamatan kita, takut kita lapar, sejuk tu...itulah sebenarnya mak kita. Dengan hanya melahirkan tapi tidak pelihara, ia bukannya mak. Cuma mak biologi.

8. Punyalah jahat emak Philips tersebut. watak itu dilakunkan oleh Michelle Pfeiffer, yang terkenal dengan filem cat women dulu. Jahat sama taraf dengan jahatnya Mak Dara dalam filem Ibu Mertuaku. Dia tidak suka pari-pari. Dia nak bunuh semua.

9. Ada banyak adegan, ia bermula apabila Malificient dituduh menyumpah laki birasnya, Arora ambil side belah bakal ibu mertuanya dan tinggal di istana. Dia benci kepada Maleficient.

10. Tinggal di istana barulah dia rasa ada yang tak kena dengan bakal ibu mertuanya dan mula merindui Maleficient.

11. Meleficient datang semula untuk selamatkan pari-pari yang akan dibunuh pada masa majlis perkahwinan yang dirancang. Berlaku peperangan antara Maleficient dan bakal birasnya itu.

12 Dan akhirnya ibu mertua yang jahat itu disumpah menjadi seekor kambing. Pada masa itu saya rasa puas hati sangat... Saya suka melihat orang yang jahat mendapat balasan. (jahat kah saya?)

13. Secara peribadi saya lebih suka filem pertama, Saya mampu beri 3 bintang untuk filem ini walaupun pelakon dan lakonannya hebat dan kesan khas yang gempak dan halus.

14. Sebenarnya saya tidak melihat keperluan untuk filem ini disambung tetapi kerana Angelina Joli, saya ke panggung, he he he.

15. Moral filem ini banyak, antaranya.
a) Kita mungkin boleh pilih pasangan kita tetapi bukan ibu mertua kita. Hadap jea lah...
b) Ibu mertua lebih banyak bawa masalah berbanding bapa mertua yang kebanyakannya cool jea.
c) “Love doesn’t always end well' pesan Maleficient.
d) Kalau ada banyak baju dan perhiasan yang mahal dan lawa, buat satu bilik khas untuknya.
e) Bila kita dengar cerita seseorang itu jahat, jangan terus percaya kerana biasanya ada cerita sebenar di sebaliknya.
f) Manusia memang makhluk yang menakjubkan.
g) Tidak semestinya maknya jahat, anaknya jahat.
h) Jangan rasa kita boleh hidup sorang tanpa keluarga, saudara mara dan kawan-kawan. Kita makhluk sosial.
i) Senang sahaja pemerintah/pemimpin nak kencing kita bila kita dah taksub.

16. Saya keluar panggung dengan gembira. Filem ini tetap menghiburkan... Saya berhajat mahu lihat Joker, tetapi saya sibuk sangat.

14. Sehingga kini saya masih tertanya-tanya apa yang tidak kena dengan filem ini... mungkin cerita tidak kemas, dialog longgar...

15. Sekian.


Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home