Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, November 12, 2018

64Langgar pagar, kisah cinta dan kumpulan Allycats (EDIT)


64Langgar pagar, kisah cinta dan allycats


20 November 2013


"Orang dalam percintaan rasa bahagia dan khayal seperti tidor yang tidak jaga-jaga. Jika ia terjaga juga, ia mungkin akan menderita selamanya”


Dari jauh ketika saya membelok masuk lorong yang menuju ke rumah saya (Lorong 65), saya lihat pintu pagar saya terbuka. Saya gembira kerana tidak perlu turun dari kereta untuk membuka pintu pagar tersebut. saya terus biarkan Sisijay membelok masuk ke dalam porch. Dan secepat kilat dia melanggar pintu pagar tersebut.

Ya allah.

Saya terus turun dari kereta dan melihat bahagian depan kereta saya. Saya lihat ada terkopak di bahagian depan belah kiri. Saya juga lihat sebelah pintu pagar (sebelah kiri) terpelenting jauh. Asalnya empat segi jadi lima segi.

Bumper kereta saya kemek belah pintu kiri pemandu. Saya cuba buka pintu tersebut tetapi gagal. Pintu tersebut tidak dapat dibuka. Mungkin hentaman kuat terhadap  bamper menyebabkan pintunya ke belakang dan menyebabkan tiada ruang untuk pintu terbuka. Saya menganalisisnya sendiri berdasarkan ilmu kereta yang sedikit.

Teruk juga bisik hati saya. 

Saya hairan macam mana saya boleh `nampak' pintu pagar tersebut `terbuka'. Mungkin iannya hanya terbuka di `fikiran' saya sahaja. Mungkin mata saya letih... Mungkin saya mengelamun...

Kuat juga rupanya kereta saya melanggar pintu pagar tersebut. Ya, sebab saya lihat jiran-jiran saya keluar dari rumah mereka untuk meninjau bunyi apakah yang mereka dengar.

saya duduk di kerusi batu. saya kena pulihkan diri. apa yang terjadi telah pun terjadi. Saya hantar gambar bamper yang terkopak kepada kawan-kawan. Kawan-kawan saya beritahu saya kena tukar bamper baharu. 

Mulalah berfikir berapa harga bumper tersebut dan berapa pula upahnya? Adakah mahal atau murah sahaja. Saya juga mula fikir tidak pakai bamper pun boleh sebab kereta memang masih boleh berjalan. Namun saya teringat status saya sebagai pensyarah.  

Saya menalifon kawan saya, Dr Amy. Beliau menyuruh saya bawa Sisijay ke rumahnya dulu. Kereta saya nanti akan diambil oleh pihak bengkel. Untuk saya ke tempat kerja, saya boleh menumpang keretanya.

Saya cepat panik apabila hal berkenaan dengan kereta sebab saya tidak tahu banyak hal.

Saya cuba ingat kembali apa yang berlaku sebelum kejadian saya melanggar pintu pagar tersebut...

Setelah saya lihat CD terbaharu Siri Nada Pesona, saya terus keluar dari Giant dan memang berhasray memandu pulang. Ya, saya ke Giant semata-mata mahu tengok sendiri dengan mata kepala saya cover album-album tersebut.  Cantik `cover' album tersebut, bisik hati saya.

Siri Nada Pesona merupakan album kompilasi yang dikeluarkan khas mengandungi lagu-lagu penyanyi ternama Malaysia. Saya beli CD Nada Pesona Sharifah Aini dan Sudirman.

Saya memandu pulang sambil mendengar radio. Sekoyang-koyangnya apabila saya tiba di selekoh masuk ke jalan menuju Pekan, tiba-tiba lagu kumpulan Allycast diputarkan. 

 Tiba-tiba Saya rasa sedih sangat.



Berarak mendung kelabu

mengekori langkahku
sepanjang kehidupan
penuh dugaan
namun aku tetap akur

Ku cuba dan terus mencuba
mencapai suria
walau membakar jiwa
walau aku dihina
namun aku tetap akur

Derita oh derita
engkau dimana-mana
walaupun jauh aku lari
mahupun berdiam diri

Namun indah mimpi dari realiti
hidupku tanpa arah
bagaikan layang-layang
terputus talinya

Derita oh derita
engkau dimana-mana
walaupun jauh aku lari
mahupun berdiam diri
namun indah mimpi dari realiti
tapi pasti di suatu hari
nanti sinar suriakan menjelma...


Kononnya lirik lagu tersebut `sebijik' dengan kisah hidup saya. Saya rasakan saya dari dahulu sampai sekarang hidup dalam ksedihan hati dan dugaan. 

Saya tidak tahu dari mana datang rasa sedih yang sebegini sedih. Biasanya apabila dengar lagu ini saya tidaklah sedih sebegini. Tiba-tiba  air mata saya mengalir. Saya kesat dengan lengan baju.

Saya terbayangkan kisah-kisah luka yang memahat jiwa saya. Saya rasa pengalaman pahit membunuh sebahagian dari diri saya. Membunuh sebahagian harapan dan definasi saya tentang sebuah kehidupan. 

Saya tersenyum tetapi tidak hati saya.  

Saya teringat bagamana dramatiknya saya meraung dalam hujan. saya sedih apabila mengingati kejadian itu. Saya kesiankan diri saya dan apa yang telah diri saya lalui. Peritnya pada masa itu hanya tuhan sahaja yang tahu. 

Pada mulanya saya kehilangan kepercayaan pada segalanya. Saya hilang harapan. Saya terbayangkan apa yang telah terjadi dan nasib malang yang menimpa saya. Sehingga saya tidak nampak pintu pagar rumah saya itu sebenarnya tertutup!.

Memang salah saya, bawa kereta sambil berkhayal!

Saya tersenyum sendiri di kerusi batu tersebut, air mata saya menitis lagi. sekali lagi saya mengesatnya dengan lengan baju.

Ah, hidup ini untuk orang yang kuat. Semuanya salah saya, jangan hendak menyalahkan sesiapa atas yang terjadi.

Saya beruntung kerana dalam usia 46 tahun masih lagi nampak muda. Masih ada emak ayah yang sihat. Ada adik beradik yang ambil berat dan ada kawan-kawan yang ambil tahu. 

Saya dapat anugerah pensyarah paling popular tahun lepas mengalahkan dekan. Apalagi yang saya hendak?

 Tidak baik saya berfikiran negetif. Kena positif dan bersyukur.

Lagipun tidak ada dalam sejarah dunia berlanggar dan salahkan sebuah lagu. Tidak ada. 

Semua salah saya, salah pilih orang untuk disayangi.

Kehidupan begitulah. Hanya lautan yang berombak ganas melahirkan kelasi yang hebat!



No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home