"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."
Setahun yang lalu, saya jumpa kawan saya. Namanya Sabaraiah (nama samaran), dia tidak segan silu menceritakan keburukan menantunya. Dan saya kenal menantunya itu.
Saya senyap sahaja sebab kawan saya ini lebih tua dari saya. kalau dengan orang yang lebih tua biasanya saya tidak banyak menyampok bila mereka bercakap. Lebih tua hanya dua tahun, tetapi nampak sangat tua. Mungkin sebab beranak setiap tahun, tak bersenam-makan sedap, atau memang jenis cepat tua....(salahkan DNA pulak, he he he).
Sepanjang dia luahkan perasaan saya senyap sahaja. Sepatah pun saya tidak berkata apa. Dia ceritakan menantunya selalu menyuruh anak lelakinya buat itu dan ini dalam rumah mereka. Bagi saya tidak ada salahnya suruh suami buat itu ini selagi dalam rumah rumahtangga mereka. Jangan buat itu ini dalam rumah orang lain sudahlah, nanti jadi cerita lain. He he he.
Saya malas nak dengar kisah mertua perempuan dan menantu perempuan. Ada-ada saja ceritanya. tetapi sebagai menghormati dia luahkan perasaan...saya terus tadah telinga. dan pada bahagian-bahagian dia tekankan sura beremosi, saya bulatkan mata...konon turut terkejut.
Saya kenal anaknya dan saya kenal menantunya. Kami tidak rapat tetapi lama juga kenal. Pernah jumpa di majlis-majlis. Apa yang dapat saya katakan pasangan itu secocok. Lelaki segak fisikal dan perempuan standard drama Melayu petang-petang dan pengukuran ukuran Melayu kita.
Dia gunakan bahasa yang kesat apabila melambangkan menantu perempuannya itu. saya terkejut. Terkejut kerana seorang ibu tidaklah boleh guna perkataan sekesat itu. Menantu seperti anak sendiri, tetapi tidak bagi Sabariah.
Daripada cerita-ceritannya, saya dapati dia masuk campur apabila ada masalah pada rumahtangga anaknya, dan menangkan anak lelaki kesayangannya itu. Jelas sangat dia bukan sahaja tidak suka kepada menantunya tetapi membencinya...
"Kalau begini lebih baik bercerai..." Tiba-tiba Sabariah mengeluh.
Tiba-tiba juga saya terkejut, namun saya masih tidak berkata apa-apa...
Here I Stand is the fifth studio album by American singer Usher, released on May 13, 2008 by LaFace Records. Inspired by love for his new wife—Tameka Foster—and son, Usher recorded many ballads for the album. Prior to the album's recording, Usher split with his mother, Jonnetta Patton, as manager and hired Benny Medina. Usher's estranged father died months before the release of Here I Stand; this also influenced themes of the album. It was originally to be titled "Measure of a Man", but Usher named it Here I Stand to mark "a new chapter in [his] life".[1]
“Bila memandu kereta, kereta
kita tidak semestinya membawa kita ke hadapan… kita juga kadang-kadang dibawanya ke belakang…”
Dalam kereta saya, pemain cekera padatnya rosak. Jadi bila bosan menerpa, saya buka radio.
Saya suka buka
Radio Klasik dan Sinar FM. Sebabnya mudah. Banyak lagu yang saya suka
diputarkan oleh station ini. Kebanyakannya lagu lama, atau lagu yang sangat lama. Saya bukan tidak suka lagu baru, tetapi kebanyaknya macam tahi.
Semalam saya dengar lagu
`Aku dan Kenangan’, nyanyian Kamal Halim dari kumpulan `The Brain
Connection’. Kumpulan ini terdiri dari
lapan anak muda, dan lagu ini dikeluarkan pada tahun 1980, pada masa saya darjah
empat.
setahu sayas empat buat satu album, lepas tuberpecah. Generasi sekarang mungkin tidak pernah kenal kumpulan ini.
Lirik lagu ini membawa saya
ke belakang…mengimbau kenangan lalu. Lagu ini puitis…;
Sunyi dan sepi...
Tiada bintang yang berkelipan di langit yang biru
Tiada kawan untuk ku berkata-kata dan bersenda
Ku nanti dikau...
Dengan harapan yang penuh kasih tak ternilai rasa
Akhirnya...
Yang aku nantikan tak kunjung tiba... oh...
Tiada kata tiada pesanan untuk ku
Yang engkau tinggalkan sayang...
Menghilangkan diri tanpa pesan
Ku ditinggal...
Pada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada kasih...
Tiada kata tiada pesanan untuk ku
Yang engkau tinggalkan sayang
Menghilangkan diri tanpa pesan
Ku ditinggal...
Kepada siapa harus ku bertanya
Pada bulan atau angin lalu
Di manakah kini kau berada kasih...
Tersenyum aku...
Sambil menitiskan airmata mengenangkan dikau
Yang tinggal...
Hanya gambar jua tandamata dan kenangan
Tiada terduga...
Yang ini harus akan terjadi di malam begini
Mungkinkah... Kitakan bersua lagi...
Lirik yang baik akan
memberi kesan dan makna dalam jiwa kita. Namun kadang-kadang lagu yang baik, tidaklah pula liriknya perlu 100% mengambarkan
kehidupan kita, atau apa yang kita alami dalam kehidupan. Namun tetap kita layan...
Petang semalam sudah lewat
benar baru saya bertolak ke 1000 Mawar. Petang jumaat itu sepatutnya saya bertolak pukul
lima petang tetapi pukul enam lebih barulah saya dapat siapkan kerja. Hujung
minggu saya perlu jengok rumah saya, dan rehat di sana. Sangat perlu.
Walaupun sudah agak lewat petang, saya tetap memandu
secara perlahan kerana tidak perlu terges. Tidak ada perkara yang penting
atau ada orang menunggu saya di sana. Lewat tidak semestinya kita kena pecut macam kereta formula one. Jalanraya bukannya litar lumba.
Bila lewat petang, suasana redup, dan saya memandu dalam keadaan perlahan, saya buka radio. Banyak lagu yang diputarkan...,
tiba-tiba lagu `Aku dan kenangan’ diputarkan. Bila mendengarnya teragut jantung saya, jiwa saya rasa separuh hidup. Saya rasa sedih. Rasai terdetik syahdu di tangkai hati. Bertangkai-tangkai. tapi tak nampak buahnya. He he he.
Dalam sebuah lagu ada
cerita, ada kisah yang hendak disampaikan. Dan lagu `aku dan kenngan' ini betul-betul kisah orang yang mengimbau kenangan lama.
Kehebatan lagu ini juga dari segi susunan musik yang melahirkan rasa pilu di hati. Perlahan melodinya. Ia bukan lagu rancak.
Dan dengan nyanyian bersahaja Kamal Halim dengan penghayatan yang baik. lagu ni guna not rendah, dinyanyikan secara perlahan sahaja. Kalau kita nyanyi tentu orang bosan dengar. he he he. Namun Kamal Halim berjaya menyanyikannya dan menjadikan lagu ini salah
satu lagu malar segar Malaysaia. Bagi saya inilah yang dikatakan lagu. Bukannya menjerit-jerit terpekit terlolong konon rancak, atau hembus-hembus perlahan stail orang putih, konon syahdu.
Tiada perasaan yang berlebihan-lebih dalam lagu ini. Hanya ada sunyi dan sepi. Kosong...
Maka lagu ini masih relevan di telinga saya.
Memandu seorang membuatkan
fikiran kita melayang jauh. Jauh ke hadapan dan mungkin juga jauh ke hadapan. Ada yang fikir tentang apa yang telah berlaku dalam hidup mereka. Dan apa yang akan berlaku. Dari mana hendak ke mana arah tujuannya?. Ada yang memikirkan masalah keluarga dan kewangan. Contohnya duit tidak berapa cukup nak beli pampers bayi.
Ada yang memikirkan masa hadapan yang samar-samar... sebab lagu-lagu sebegini membawa kita pada rasa syahdu, dan rasa syahdu membawa pula kita kepada sedih. Itulah kolerasinya.
Biasanya, apabila
mendengar lagu lama, kenangan lama akan menjelma. Hidup ini sorang-sorang.
Itulah hakikatnya. Maksud saya bukanlah kita boleh hidup sorang diri tanpa
orang lain. Untuk kuburkan kita pun, kita perlukan orang lain. Maksud saya sampai mati. Dalam membuat keputusan hala tuju hidup dan apa yang kita lalui, kitalah yang
laluinya. Kita tidak laluinya dua orang, atau tiga orang. Atau berombongan. He he he.
Kadang-kadang saya rasa mahu ke stesyen radio berjabat tangan dengan penyampai dan penerbit rancangan. Sebabnya ada lagu-lagu indah yang diselitkan. Kadang-kadang saya ada juga terdengar dengar rancangan `Aku dia dan lagu' (ADILA). Saya mendengarnya dalam kereta juga.
Kadang-kadang saya rasa mahu talipon
stesen radio untuk ucapkan terima kasih atas lagu lagu lama. Contohnya lagu `aku dan kenangan' ini. Ia membawa saya ke zaman kecil, kawan-kawan di
sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti.
Dan lagu ini juga membawa saya
kepada kenangan cinta iaitu beberapa orang yang pernah singgah dalam hidup ini.
Terima kasih banyak2. Mereka bawa duka dan bahagia. Semoga mereka juga tidak bahagia. Ha ha ha. Haaa tepuk!
Kalau kenangan itu boleh
disahut, saya akan sahut dari sini… (baca dengan nada syahdu)
Zaman sekarang banyak
stesion radio. Banyak lagu yang diputarkan di radio. Ada ramai penyampai radio
yang bagus-bagus. Lagu-lagu juga banyak dikeluarkan. Berbanding zaman dulu
segalanya terhad. Namun zaman lampau jangan dipandang remeh, jangan dipandang rendah.
Sehebat lagu sekarang, hebat lagi lagu dulu... Lagu dulu telah diuji zaman, diuji telinga. Apabila mendengarnya kita akan tertanya-tanya...;
Walking down 29th and Park I saw you in another's arms Only a month we've been apart You look happier
Saw you walk inside a bar He said something to make you laugh I saw that both your smiles were twice as wide as ours Yeah, you look happier, you do
Ain't nobody hurt you like I hurt you But ain't nobody love you like I do Promise that I will not take it personal, baby If you're moving on with someone new
'Cause baby you look happier, you do My friends told me one day I'll feel it too And until then I'll smile to hide the truth But I know I was happier with you
Sat on the corner of the room Everything's reminding me of you Nursing an empty bottle and telling myself you're happier Aren't you?
Kebahagian itu sesuatu yang tidak dapat kita ukur. Dan biasanya kita rasa selepas ia terjadi, atau selepas ia berlalu.
Sekarang saya faham kenapa orang yang terluka menjadi diam. Mereka ini sebenarnya tidak sembuh...mereka hanya diam.
Walaupun begitu tiada kebahagian yang sebenar-sebenarnya jika dibina atas kesedihan orang lain... Akhirnya bunga rose yang merah itu menjadi biru. dan dilupakan..
“Kita boleh lihat karetor
dan personaliti seseorang melalui apa yang ada dalam keretanya...emmm.”
Kotak tisu, pewangi kereta,
tempat letak air (disangkut di kepala kerusi kereta), dan besen kecil.
Besen kecil
biasanya diletakan di dalam bonet kereta. ayah saya beritahu senang nanti
kalau mahu beli ikan. Boleh letakan ikan tersebut dalam besen ini. Maka tidak
basahlah kereta. Kalau basah, berbau pula.
Ada juga plastik untuk
letak sampah. Senang mahu buang sampah jika ada sisa-sisa sampah. Mungkin bekas
plastik makanan atau minuman? Apa lagi yang ada dalam sesebuah kereta? Yang
mungkin ada?
Orang perempuan biasanya
letak dua biji bantal di atas dash board belakang dan di
tengahnya ada bunga hiasan. Saya nak tergelak. Tetapi tak jadi. Sebab setiap
orang ada citarasanya sendiri. Jangan gelakan orang, apa yang ada pada diri
kita juga mungkin pelik di mata orang. Orang mungkin tergelak dalam hati mereka
juga.
Dan kalau kita gelakan
orang, jangan marah kalau orang gelakan kita.
Namun apa yang ada dalam
Sisijay (CCJ 8824)?
“Ada tisu tak mMan?”
Pertanyaan sebegini selalu
saya dapat, dan saya jawab dengan sebuah senyuman sahaja. Senyuman jenis
separuh senyuman. Tetapi cukup tepat memberitahu bahawasanya dalam kereta saya
ini tiada tisu.
Bila masuk kereta orang
lain. Masuk kereta orang sesuatu yang jarang terjadi apabila saya sudah miliki
kereta. Tetapi dahulu saya ada melihat apa yang ada di dalam kereta kawan-kawan
saya. Memang ada yang kemas dan ada yang tidak kemas. Secara umum dapat saya
simpulkan. (Kira macam kesimpulan karangan darjah enam, he he he). Dapat saya
simpulan di sini kereta lelaki lebih kemas berbanding dengan kereta perempuan.
Secara amnya perempuan suka letakan banyak barang di kereta mereka. Seperti
mereka letak macam-macam barang di dalam beg tangan mereka.
Pada suatu hari, jari saya
berdarah kena stepler. Tidaklah teruk, tetapi saya perlukan seletop. saya minta
di pejabat. Pejabat tidak ada. Sekoyang-koyannya kawan perempuan saya yang
terdengat pertanyaan saya tentang soletep itu buka beng tangannya dan keluarkan
seletep!.
Perempuan mungkin begitu.
Kalau boleh mahu letak langsir di kereta. Tetapi tidaklah semua… Dewasa ini
kebanyakan perempuan lebih `cool'. ada terlebih `cool' berbanding lelaki. He he
he.
Dalam bahagian depan kereta
saya tidak ada banyak barang kecuali CD-CD, duit siling dan resit-reset. Ada
juga buku-buku dan majalah. Tidak ada banyak barang yang ada dalam ini tetapi
Sisijay tidak kemas juga.
Di bahagian belakang ada
banyak barang. Dan barang-barang ini mengikut masa dan keadaan. Kadang-kadang
ada alatan berkebun apabila saya galak ke nursery. Siap ada baja yang
berhari-hari duduk dalam Sisijay. Bila mahu gunakannya baru saya keluarkan
semua barang-barang kebun tersebut.
Kadang-kadang ada bungkusan
barang yang saya beli. Berhari-hari atau berminggu-minggu duduk dalam Sisijay.
Nampak sangat saya tidak benar-benar perlukan barang-barang tersebut. Ia suatu
pembelian yang boleh dijadikan isu kewanagan.
Dan kadang-kadang terdapat
majalah dan buku-buku. Entah mengapa bila singgah di kereta, duduknya lama.
“Ada tisu tak Man?.”
Saya sepatutnya ada sekotak
tisu. Semalam kawan saya beritahu sepatutnya kena ada kotak tisu. Dan pada masa
itu saya tidak tahu hendak cakap apa sebab saya pun rasa dia sepatutnya tidak
makan dalam kereta saya. He he he.
"Sepatutnya ada
sekotak tisu dalam kereta..." Katanya lagi.
Rasa ini (rasanya
sepatutnya ada sekotak tisu dalam kereta saya) sudah lama menginap di hati
saya. Sejak hari pertama beli kereta. Tetapi praktikalnya tidak pernah dibuat.
Sepatutnya ada tisu kerana
saya sering juga makan dalam kereta. Kalau nak cepat biasanya saya makan dalam
kereta, contohntya makan burger. Atau apabila tidak sabar, contohnya apabila
saya beli pisang goreng di gerai. Gerai sederet di tepi jalan belah kiri sebelum
masuk kawasan perumahan saya. Gerai-gerai ini banyak jual makanan dan minuman.
Biasanya saya beli goreng pisang, atau kerepok.
Biasanya sebelum sampai
rumah saya akan cuba rasa dua tiga keping, sambil pegang stereng. Jadi bila
makan dalam kereta pastilah kena kena lap menggunakan tisu. Selalunya apabila
sampai depan pintu pagar rumah, hanya tinggal plastik kosong sahaja.
Dalam Sisijay juga ada CD
lagu-lagu Kak Pah (Datuk Sharifah Aini). Ada dua tiga keping biasanya. Dan
CD-CD ini bertukar apabila mood atau suasana bertukar. Contohnya apabila
menjelang Ramadhan saya pasang alagu-lagu nasyid dan ketuhanan. Contohnya dari
album `Bukan Cinta Biasa' terdapat banyak lagu dakwah dan kemanusiaan dari Kak
Pah. Ada juga alunan suara Kak Pah mengaji. Syahdu. Siap dengan terjemahan dari
Kak Pah. Syahdu bila dengar.
Bila teringat kekasih lama
yang jahat dan pentingkan diri dan tidak bertimbangrasa (tidak hargai
pengorbanan dan segalanya), hati rasa sedih. Jadi saya sediakan CD yang
bertajuk Sentimental Emas Sharifah Aini. Layaan...
Terbaru dalam kereta saya
ada kasut sukan. Saya letak di dalam kereta supaya senang apabila balik kerja
saya terus berjalan-jalan di tasik. berjalan menyihatkan badan. saya
terpengaruh dengan kawan-kawan dengan `Fun Run'. Saya cuba dan ia menyeronokan.
Pertama kali masuk di Pantai Sepat, larian sejauh tujuh kilometer. Larian ini
bukanlah larian bersungguh-sungguh seperti dalam Tv. ia hanya lari suka-suka.
saya lari dan berhenti, lari dan berhenti...dan kebanyakannya sepanjang perjalanan,
saya berjalan jea. He he he.
Saya tidak pedulikan sangat
tempat duduk di kawasan belakang kereta saya. Mungkin saya tahu saya tidak akan
pernah menggunakannya. Jadi saya tidak mengambil berat akan kekemasannya.
Kadang-kadang saya letak sahaja barang-barang. Saya tidak anggap ia sebagai
tempat duduk.
Cuma apabila balik kampung,
saya `bersih'kan dalam kerata saya ini. Biar lapan sedikit. Senang mahu bawa
emak dan sahabat baiknya. Senang saya mahu anak-anak sedara dan lain-lain. Di
kampung lainlah pulak. Dalam kereta lebih kemas.
Namun saya mengaku, saya
malu untuk parking kereta saya di sebelah kereta kawan-kawan saya. Saya malu
kerana jika mereka menjengok ke dalam kereta saya, ia Nampak tidak kemas dan
kotor. Ada banyak barang. Tetapi tentulah kereta juga berfungsi untuk angkut
barang, bukan angkut manusia sahaja. Ada kereta banyak menolong kita. Tidak perlu
saya mahu panjang lebarkannya. Memang penting.
Cuma kehadiran
barang-barang yang menetap lebih lama di dalam kereta itulah kadang-kadang
menyakitkan hati kita. Tetapi berani buat, berani tanggunglah. He he he.
Saya berpuas hati dengan
Sisijay saya. Jika hendak letak barang yang lebih besar, saya boleh selaraskan tempat
duduk belakang jadi mendatar. Dan kalau
nak letak barang yang lebih besar tentulah saya harus beli lori. He he he.
Note: The estimates for those ever born apply only to live births; still births are not counted. Source: Toshiko Kaneda and Genevieve Dupuis, 2017 World Population Data Sheet (Washington, DC: Population Reference Bureau, 2017); United Nations Population Division,World Population Prospects: The 2017 Revision(New York: United Nations, 2017).