Minggu lepas saya ke Marry Brong, saya lapar. Saya oder set ayam goreng yang ada nasi, juga ada acar. Saya pernah sekali makan set ini. Sedap.
Biasanya saya makan set ayam sahaja.
Deman-deman begini lidah rasa pahit. Saya tak menghabiskan makanan itu. Jamah sedikit sahaja sebab lidah pahit. Saya makan perlahan sebab badan tidak selesa. Seharian saya baring sahaja.
Saya terus insaf pada masa itu. Saya fikir jika tuhan mahu ambil sesuatu dari kita, dia boleh ambil sekejap sahaja. Maksud saya kita mungkin boleh jadi buta bila-bila masa sahaja. Begitulah jadi kepada lidah saya yang merasai pahit pada semua makanan.
Saya lihat di suatu sudut ada satu keluarga sedang makan. Macam biasa, si isteri makan sambil menyuap anak dan si suami makan seolah tiada esok baginya. Dan seperti biasa anak-anak mengacau pelanggan makan di meja berdekatan.
Saya makan sambil lihat sudah tiga kali anak dia keliling meja saya. Saya pegang sudu di tangan, senang nanti kalau apa-apa terjadi saya sudukan kepala budak tu, he he.
Alhamdulillah saya dapat kemas diri saya walaupun deman yang teruk. Saya pening juga. Selepas mandi dan pakai baju kerja saya tido sekejap. Habiskan pagi dengan tido sekejap.
Saya masak air panas, nak mandi air panas sebab pagi berpeluh dan sejuk. Dalam deman-deman saya masih boleh buat banyak kerja. Doktor tak beri MC. Mungkin deman saya tak teruk dan saya guna psikologi untuk atasinya.
Hidup sorang beginilah. Mungkin tuhan jaga saya...
Ujian hidup orang bujang dan tidak bujang sama sahaja. Sakit deman ada terjadi. Cuma mungkin lebih sakit hati jika ada pasangan tapi bila kita deman dia tak peduli...he he.
Saya tidak komplen banyak bila saya keseorangan sakit, saya percaya tuhan jaga saya. Saya percaya tuhan telah memberi terlalu banyak untuk orang berdosa banyak seperti saya... Saya tidak patut merungut.
Kehidupan adalah siri-siri ujian. Kertasnya berbeza, subjeknya berbeza...atas upaya kita...

No comments:
Post a Comment