Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, July 10, 2018

Jamuan Raya dan rumah terbuka dan hantu raya.

"...Jamuan Raya dan rumah terbuka seronok Man, tetapi tentulah sesuatu yang berlebihan tidak menyeronokan..."

Kata kawan saya sambil menyuap satey dan tangannya menyudu kuah dan nasi impit. Daripada tadi saya dapati dia telah makan 8 macok satey, dengan lahapnya. Hantu rayakah dia? 

Saya mendengar sahaja sambil memerhati dua tiga orang budak berlari di ruang tamu. Bimbang pulak jika budak-budak tersebut terlangar LED tuan rumah. Tetapi biasalah kata kawan saya, budak-budak memang berlari.

Kawan saya masih lagi bercakap tidak berhenti. Dan makan tidak berhenti. 

Saya tumpukan semula kepada butir tuturnya.

"Ni ni Man, kali ke 12 dah saya hadiri rumah terbuka dan jamuan raya. Tempat kerja saya sendiri pun dah empak kali sebab semua jabatan mahu buat." Katanya sambil mengambil batang satey yang ke 11.

Mungkin dia sengaja kosongkan perut. Atau mungkin dia sebenarnya hantu raya! He he he.

Saya pun letih juga menghadiri jamuan raya yang formal. saya lebih suka makan-makan dengan kawan-kawan yang saya kenali sahaja. Yang saya rapat.

" Jamuan raya bagus tetapi sesuatu yang berlebihan tidak bagus..."

saya teringat kata-kata kawan saya tadi...

Betul juga kan?


10 Tanda Orang Yang Membela Hantu Raya Yang Wajib Tahu
Google




No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home