Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, July 3, 2018

Tentulah idea untuk berjimat paling berkesan...

Kadang-kadang mahu sahaja saya katakan bahawa yang sebenarnya bukan parti kerajaanlah yang boleh buat kita hidup senang. Siapa pun kita pilih, siapa pun kita pangkah, akhirnya semuanya atas perangai kita juga yang menentukan kesenangan hidup kita.

Kita senang kerana kita mengikuti atau ambil peluang atas dasar yang dilaksanakan.

Maksud saya sebaik mana pun kerajaan dengan dasar-dasarnya, jika kita tidak mengambil peluang dan malas, kita tidak akan hidup senang. Tidak sesekali.

Terdapat pelajar saya yang percaya benar, mereka sangat percaya kuasa kerajaanlah yang menentukan kesenangan rakyat kerana kerajaan boleh mengawal segala-galanya. Dan mereka ini menganjurkan penukaran kerajaan memerintah sebagai jalan untuk menyelesaikan banyak masalah ekonomi yang melanda sekarang.

Fahaman yang dianuti oleh pelajar saya ini memanglah benar jika ia adalah suatu berkaitan dengan politik. Namun tentulah ia tidak semudah itu untuk mengharungi dunia ekonomi. dunia pengagihan sumber. Bertemu pula dengan dunia politik, iaitu dunia pergelukan dan perluasan kuasa.

Rakyat adalah kerajaan, namun dalam banyak keadaan sebenarnya, rakyat hanyalah sebagai pemilih, bukan pembuat kuasa ekonomi. maksud saya ahli politik dan kementerian yang membawa pembangunan, pelan dan rangka dasar pembangunan ekonomi.

Untuk rakyat biasa seperti kita, kta kena wajib berhemah dalam berbelanja. Kita mesti menabung dan berjimat. orang kata tiada guna menabung jika infalsi tinggi namun orang yang tetap menabung apabila inflasi tinggi itulah orang yang masih ada duit untuk membeli apabila harga barang itu semakin tinggi. masih mampu membeli walaupun dalam kuantiti dan kualiti yang menurun...

Dan mereka terus melakukan kelangsungan hidup, sebab mereka menabung...

Berjimat seolah sabar, buahnya kemudian...

Hasil carian imej untuk saving money

Dalam kita dok pung pang- pung pang berpolitik, sebagai ahli biasa, kita kena bersikap bijak. Tidak bolehlah apabila kita menyumbang kepada tabung harapan tetapi perangai kita masih di takluk lama sahaja.

Kita juga kena berubah, kena berjimat.

No comments:

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home