Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Wednesday, July 11, 2018

Manusia, pertumbuhan ekonomi negara bersama indek-indek yang ada dan monyet

Orang kata tidak bagus merungut tetapi hati saya tetap berbisik `Hari ni letih sangat...'.

Mungkin kerana apabila semakin berusia seseorang itu, mereka akan cepat letih. Tua dan cepat letih adalah suatu hubungan. Tidak ada kuasa yang boleh menghalang kolerasi. Tidak ada dan tidak akan ada. Wahima sebuah mesen atau robot jika digunakan berterusan hampir 50 tahun, tentu tidak lancar dan harus diperbaiki sana sini. 

Namun apabila diperbaiki ia tidaklah pula ianya akan menjadi baru.

Negatif sungguh fikiran saya kan? Mungkin akibat letih dan kerja banyak...hari ini.

Pertumbuhan ekonomi menyebabkan pembangunan ekonomi yang pesat berlaku. Saya perhatikan pembangunan ekonomi yang pesat pula membuatkan manusia menjadi semakin tidak tentu hala.  Manusia seolah jadi semakin pelik. Kerjaya perguruan contohnya menjadi semakin rumit dan entah apa. Tugas sekarang tidak sama seperti tugas dahulu. saya berharap sangat tugas mengajar dikembalikan semula kepada guru-guru supaya mereka boleh mengajar dengan aman damai. Bahagia.

Guru dahulu berbeza dengan guru sekarang. Tolong jangan hairan dengan apa yang terjadi pada dunia perguruan kita, dan anak-anak kita sekarang.

Begitu juga dengan kerjaya peguam, penyanyi, orang sarkas, pelukis, pemandu teksi, doktor haiwan wahima doktor bukan haiwan (doktor manusia), dan kerja-kerja lain. Ia menjadi semakin kompleks memakan bukan sahaja banyak masa tetapi juga memakan tubuh badan dan kerohanian manusia.

Ketika makan ubi goreng pada petang yang tidak hening tadi saya terfikir... Apalah guna kemajuan jika kita tidak dapat mengecapinya?. Apalah guna pertumbuhan ekonomi yang pesat bila si ibu hanya mampu jumpa anak 6 jam sehari, suami jumpa si isteri 6 jam sehari dan anak-anak jumpa ibubapa  mereka hanya 6 jam dalam seharian jam yang ada.

Adakah ini kemajuan yang kita cari? saya bagai ahli falsafah pua, he he he. sambil makan jemput dan kueh pulut. Maklumlah letih jadi lapar.

Dalam masa yang sama manusia yang maju tersebut sibuk dengan Human Development Index, Happiness Index, Global Index, Global Index Peace, dan indek-indek yang lain. Mereka suka dan sibuk benar kaji ini, kaji itu. Mereka seolah-olah seperti Pak Kaduk yang menari, menyanyi dan bercanang sana sini tetapi tidak menyedari baju kertasnya terkoyak. Generasinya rabak.

Namun manusia tetap menjadi haiwan yang paling cerdik di mukabumi ini...

Pelik.

Abang Jan: Teringat filem `Planet of The Apes'...






Hasil carian imej untuk busy with work and family
Add caption

1 comment:

Unknown said...

Salam tuan, blh email contact no ke email sy x... ada bnda nk tanya... mohdrafiqali@gmail.com

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home