MENJADI DIRI SENDIRI
Add caption |
KEPUTUSAN SAYA UNTUK TIDAK MENGAMBIL MATA PELAJARAN MATEMATIK TAMBAHAN dalam SPM tersebut adalah kerana saya sangat yakin saya lebih meminati seni lukis daripada `seni kira'. Saya tidak suka sesuatu yang sukar dan sesuatu yang saya terpaksa buat banyak kali (latihan matematik tambahan, he heh).
Kalau kita perhatikan dalam kehidupan seseorang manusia, kerap-kali mereka berada dalam dilema untuk memilih. Ini terjadi kerana semakin pesat pembangunan, semakin banyak pilihan yang harus kita lakukan. Contohnya dulu hanya ada RTM1 dan RTM2 sahaja. Kita tidak ada pilihan seperti `banyaknya' pilihan pada masa sekarang.
Bukan senang untuk kita memilih jika kita tidak menjadi diri sendiri. Maksud saya terikut-ikut dengan keadaan sekeliling tanpa bertanyakan hati nurani kita. Kita letak diri kita kepada tempat kedua. Kita biarkan ayah dan ibu kita, cikgu kita, kerajaan kita, kawan-kawan kita dan lain-lain apa-apa saja yang berada di sekeliling kita untuk membuat keputusan. Mendengar dari mereka tanpa melihat ke dalam diri kita, adalah suatu perkara yang tidak membawa kita ke mana-mana. Namun jika nasihat itu bersesuaian dengan kita sebab mereka lebih dulu `makan garam', bodohlah kita jika tidak mengikuti nasihat dan panduan itu.
Tentu banyak kali dalam kehidupan kita, kita khuatir keputusan yang kita buat ini `diperkatakan' orang, sama ada oleh keluarga kita, kawan-kawan kita atau masyarakat sekeliling.
Walaupun kadang-kadang kita rasakan apa yang kita `berpendapat' adalah paling tepat, kita masih lagi mendiamkan diri kerana keadaan di sekitar kita adalah sebaliknya. Kita bimbang mereka tidak boleh menerima pendapat kita atau keputusan kita yang berlainan tersebut...(walhal gaji kita dan kehandsomen kita lebih dari mereka, he he he).
Di sekeliling saya tidak ramai yang menjadi diri mereka yang sebenarnya. Mengapa saya tahu hal ini? Kenalkah saya kepada mereka? Saya tidak mengenali mereka tetapi saya hanya lihat mereka terlalu banyak persamaan. Sekapal belaka pemikiran dan penampilan. Tentulah ini suatu perkara yang mustahil!.
Sebab itulah saya memiliki kawan yang agak berlainan sifatnya. Ada yang sangat unik. Namun kebanyakan kawan saya tidak dilahirkan mempunyai personaliti. Mereka berkelakuan sekapal sahaja... Sebab itulah apabila mendapat kawan yang `pelik' dan berbeza, saya sangat menghargainya...
Namun dalam beberapa hal, saya juga tidak menjadi `be youreelf', he he he.
Inilah yang dikatakan kehidupan...
No comments:
Post a Comment