sALAM aNGAH,
Semoga berada dalam keadaan sihat sejahtera. Terima kasih kerana sudi menulis. Saya hargainya. Kita boleh saling berkongsi pendapat.
Dalam riwayat saya (rekod), saya ada nasihat dua orang perempuan yang mahu berkahwin dengan suami orang.
Pertama dengan seriusnya saya beritahu banyak buruk dari baiknya. Saya siap beritahu kemungkinan akan berlaku penceraian dalam perkahwinan lelaki tersebut. Dan bolehkah kebahagian itu dibina atas kesusahan hidup orang lain? (sambil saya bulatkan mata...,pada masa itu saya bekerja di sebuah kolej di Kuantan)
Dah kemaruk, dah tak dengar nasihat... |
Dan akhirnya saya ditempelak dengan kata-kata "Sebab itulah sampai sekarang awak tak kawin-kawin, awak lebih mementingkan perasaan orang lain berbanding awak...".
Dan betul tekaan saya, penceraian berlaku...kesian saya tengok bekas isteri dan anak-anaknya.
Kedua, pada kawan saya yang juga mahu kawin dengan seorang orang iaitu lelaki (suami orang). Yang sudah stabil kewangannya. Namun saya tak beria menasihatinya cuma saya selamba kata "Ingat senang ke jadi bini nombor dua? Silap-silap you banyak berendam air mata, masyarakat memanglah mencemoh". Selamba saya sembur sambil menenyehkan popia ke piring sebelum popia itu menuju ke mulut saya.
Dan tak lama kemudian dia tidak pula jadi berkahwin dengan suami orang yang digilainya itu... (Dia tak betul-betul gila la tu...he he he).
Pertanyaan Angah itu bergantung kepada keberanian Angah dan pendapat Angah. Mungkin kita boleh bagi cukup-cukup tetapi kita kena tanggung risikolah kerana kita mungkin dicop negatif kerana mereka/masyarakat memandang ia adalah suatu pembinaan `masjid'. Kita dikatakan `penyibuk', Macam saya ni lagilah teruk kena sembur sebab saya sendiri tiada berpasangan. Adanya.
Namun begitu bagus juga kalau kita betul-betul sahabat beliau, kita akan beri pandangan kita agar kita boleh pengaruhinya. Agar dia tidak tersilap langkah dan menanggung akibat. kita luah apa yang kita rasa...
Sebenarnya saya sensitif terhadap suami atau isteri yang ambil mudah apabila mereka sudah berpasangan. Tidak mahulah melihat kawan kita sama ada lelaki atau perempuan tersebut berada dalam duka. Sebab itulah kita saling menegur walaupun risikonya kita mungkin kehilangannya (sahabat tersebut).
Namun saya faham jika kebanyakan orang tidak mahu masuk campur...
Sekian jumpa lagi.
Abang Jan: Tapi ingat `real men can't be stoleng..."

Yang perlu anda lakukan jika kawan anda jatuh cinta dengan suami orang... |
Namun begitu bagus juga kalau kita betul-betul sahabat beliau, kita akan beri pandangan kita agar kita boleh pengaruhinya. Agar dia tidak tersilap langkah dan menanggung akibat. kita luah apa yang kita rasa...
Sebenarnya saya sensitif terhadap suami atau isteri yang ambil mudah apabila mereka sudah berpasangan. Tidak mahulah melihat kawan kita sama ada lelaki atau perempuan tersebut berada dalam duka. Sebab itulah kita saling menegur walaupun risikonya kita mungkin kehilangannya (sahabat tersebut).
Namun saya faham jika kebanyakan orang tidak mahu masuk campur...
Sekian jumpa lagi.
Abang Jan: Tapi ingat `real men can't be stoleng..."
Inggatkan till jannah, rupanya until jahanam... |
No comments:
Post a Comment