Pada zaman dahulu kala agak aneh jika seseorang itu mahu terkenal. Terkenal bukanlah suatu perkara yang sangat berguna pada masa tersebut. Tidak langsung berguna untuk memudahkan kita berurusan di pejabat sebab pada masa itu tidak ada pejabat. Dan pada masa itu `terkenal' juga tidak memudahkan kita untuk mendapat peluang pekerjaan kerana pada masa dahulu pekerjaan yang ada hanyalah bercucuk tanam, memunggut buah, beranak-pinak dan memburu babi atau monyet (hanya menyebut beberapa nama binatang).
Tetapi lainnya sekarang. Terkenal atau `orang kenal' kita, sangat memudahkan urusan kita. Pengalaman saya mengajar hal ini. Saya bukanlah terkenal sangat seperti pelakon kayu atau penyanyi katak kita tetapi rupanya `terkenal' juga di hati sanubari beberapa orang yang saya tidak kenal... (perasan lebih ni...he he he).
Peristiwa di salah sebuah bank baru-baru ini mengajar saya. Saya yang selalu sibuk mahu menukar kad ATM saya. Sudah agak terlewat kerana sudah akhir tahun. Saya lihat ramai pelanggang bank (nama bank dirahsiakan) beratur hingga sampai ke luar bank. Di pendekan cerita kerana saya `terkenal', sekejap sahaja saya mendapatkan kad ATM tersebut. Sehingga saya rasa bersalah kepada pelanggang lain yang harus beratur. Memang saya cuba menolak tetapi saya lihat beliau bersungguh-sungguhan mendahulukan saya.
Saya memang tidak mengenalinya...
Orang kenal kita sebab mereka kawan kita, namun orang kenal kita juga kerana kita kawan kepada kawan dia tersebut.
Orang kenal kita sebab ada sebab. Sebab baik atau sebab buruk?
Tetapi dia panggil saya `Abg Jan',
Abg Jan: Masih rasa bersalah hingga kini...he he he
No comments:
Post a Comment