Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, December 27, 2016

Botol cuka dan botol kicap

Saya bertanya kepada adik saya adakah dia memberi `nasihat' kepada kawannya yang akan berkahwin dengan suami orang tersebut. Tidak bimbangkah nanti perkahwinan itu akan membawa penceraian kepada rumahtangga yang pertama tersebut? Dan banyak lagi pertanyaan lahir dari kegusaran hati saya.

Adik saya jawab sepatah, dia tidak mahu campur...kecuali kawannya mahu minta pandangannya.

Mungkin adik saya bimbang akan menjejaskan persahabatan dan mungkin juga adik saya berharap kawannya tersebut berkahwin juga...akhirnya. segalanya mungkin.

Sukar untuk kita yakin bahawa pasangan yang kita pilih tersebut adalah yang paling sesuai...(kecuali kita dah mabuk cinta). Kalau secara normal memanglah sangat sukar, seolah berjudi. Maka saya diam sahaja apabila adik saya menjawap `jawap sepatah' tersebut.

Dalam situasi kita, Kita juga sukar untuk memberi pendapat kepada kawan kita yang tengah `mabuk', he he he. Tapi tak apa, bila mereka meraung nanti, time tu kita boleh beri betul-betul. he he.

Hal peribadi orang jangan dicampur lainlah kalau mereka mahu mendengar pandangan kita. memang nak beri nasihat tak pandai dan tah berpengalaman, tetapi memberi pandangan bolehlah, kan?

Namun begitu kalau kita jumpa seseorang calon yang kita rasa adalah ok ...boleh kalau kita tanya pendapat kawan-kawan kita atau keluarga atau sesiapa.

Masalahnya kita tak tanya dan kita tak perasan yang pasangan kita itu mungkin ada udang galah di sebalik batu. He he he.

Tetapi itulah kehidupan, kita akan buat salah. lagi dan lagi.

Sebab tu ada pepatah, pinang tersalah belah! Dan kita tak dapa beza dah mana satu botol cuka, mana satu botol kicap.



He he he...

1 comment:

Angah said...

sekadar berkongsi, Angah ada kawan yg berkahwin dengan suami orang. Selepas berkahwin, cerita yang Angah dengar dari dia semua cerita negatif, sedih dan menyesal....sebagai kawan apa lagi yg boleh kita nasihat??? nak bagi dia cukup-cukup? tak gamak...kerana hari-harinya sudah penuh dengan 'kemendungan'

adalah lebih baik sebelum mereka berkahwin kita kasi dia cukup-cukup! sampai diaorang tak jadi kawin...boleh gitu?

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home