Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Tuesday, May 31, 2016

Yang kita akan hilang, yang kita akan sedar kemudian...

Semalam saya gagal lagi menguruskan kerja saya. pukul 6.30 petang baru saya pulang dari kerja. Saya bayangkan jika saya ada anak isteri, tentu kesian kepada mereka. balik lewat petang saya tidak sempat bersenam sebab lewat dan letih.

Emak saya yang pernah duduk sebulan di perumahan saya, pernah menyatakan kepada orang kampung bahawa kehidupan saya dan kawan-kawan saya benar-benar berkisarkan kerja sahaja. Turun pagi balik lewat petang.

Saya pensyarah biasa. bukan pensyarah kanan atau pensyarah yang miliki PHD. Jawatan saya pula hanya ketua unit subjek-subjek ekonomi. Namun saya dapati sudah terlalu banyak kerja yang saya kena lakukan. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana kawan-kawan saya yang berpangkat PHD dan berjawatan mengharungi kehidupan.

Mungkin setiap orang berbeza, ada yang tidak rasa tertekan dan dapat mengharunginya dengan baik. Maka saya tabik. Cuma...

Cuma saya pernah terfikir adalah agak sukar untuk bahagikan kehidupan antara keluarga dan kerjaya. Hampir mustahil bagi ramai orang dan mustahil bagi saya. 

Saya dapati ramai kawan saya mengutamakan kerjaya berbanding keluarga. Namun kalau tanya mereka, hidup balik mereka tak akan mengaku. Ya lah kan...tak ramai berani hadapi kenyataan hidup. 

Saya pernah mengutarakan isu ini, hasilnya saya menyesal seumur hidup. Kawan saya tersebut tidak mengaku walaupun akhirnya dia kata `apa yang kita buat sebenarnya iaitu kerja kita untuk keluarga kita juga..."

"Laaa bukan gitu caranya..." Terus hati kecil saya menjawab balas.

"Kita orang islam ini mengejar dunia siang malam, orang bukan islam dan orang barat dah lama tumpukan kepada keluarga dan kehidupan agar ada keseimbangan antara kerja dan kehidupan" Kata kawan saya yang suka balik awal. Maksud balik awal tersebut adalah balik pada tepat waktu, tetapi jadi balik awallah bila orang lain rata-rata balik lewat. He he he.


Ayah nak tambah budu?

Keluarga adalah harta yang sebenar... saya juga terlewat menyedarinya tetapi lebih baiklah terlewat menyedarinya daripada tak sedar-sedar langsung...

Suatu hari nanti apabila anak-anak tidak pedulikan kita, janganlah kita marah pula kerana kita sendiri gagal berada dengan anak-anak kita secara fizikal dan rohaniah semasa mereka perlukan kita. kita tidak ada dalam jiwa anak-anak kita, selain kerap kali berada di luar ruangan mata mereka.

Saya tergelak dalam hati bila kawan saya kata "Tak apa, bila dapat bonus saya bawa anak-abak makan angin...setiap tahun". Bagi saya ini bukan imbangan di atas sikap kita yang jarang bersama mereka, kita `upah' mereka, atau `bayar' mereka dengan pakage percutiaan. Saya rasa nak tergelak sebab kawan-kawan saya sebenarnya ada bodohnya juga. He he he.

Yang anak-anak kita perlukan adalah banyak masa dalam seharian dalam perjalanan hidup mereka, untuk kita berada di sisinya. Beri semangat dan panduan hidup...

Namun saya tidak akan menang bercakap, sebab kawan-kawan saya cerdik-cedik belaka, ada PHD. Tetapi mereka tidak sedar apa yang mereka akan hilang (kasih sayang). mereka akan sedar kemudian nanti bila mereka bersara, apabila mereka memerlukan kasih sayang anak-anak. Percayalah!.

Sekian...





Monday, May 30, 2016

How to set a proper table...(untuk mereka yang berkenaan...)




People have forgotten how to set a proper table. Teach your children.

I can see ghost 2016




Saya ke panggung lagi minggu lepas bersama dua orang anak saudara saya yang tidak pernah masuk panggung wayang. Anak saudara perempuan saya ini memang tidak pernah tengok wayang walaupun sudah besar. Kakaknya dah bersekolah menengah.

Seingat saya, saya sudah tengok wayang sebelum saya sekolah rendah lagi. Dan saya berterima kasih kepada emak dan ayah sebab bawa saya ke panggung wayang. Saya dapat lihat banyak kehidupan orang lain dari wayang. Saya dapat lihat banyak pengajaran dari wayang. Tidaklah hanya dari membaca buku dan melihat kisah rumahtangga kawan-kawan saya...he he he.

Mungkin ada pihak mempersoalkan kewajaran saya membawa anak-anak saudara saya mengenali dunia wayang. Namun saya tidak peduli.

Saya memilih cerita hantu. Dan akibatnya selain kami bertiga, hanya ada dua orang lain lagi yang tengok cerita tersebut. Tapi saya rasa dua orang lagi tersebut yang duduk di belakang `main wayang'; mereka sendiri... Saya rasa ini contoh terbaik orang yang tidak baik buat perkara yang tidak baik di panggong wayang.

Cerita ini tidak sedap. Mungkin ini jawapan kenapa tidak ramai menengoknya. Tidak ada apa-apa yang istimewa bagi saya. Jadi sila ambil perhatian bahawa bukan semua filem seram Thailand sedap. Namun kami terhibur jugalah sebab ada lawak-lawak bodoh sama seperti dalam filem-filem  Melayu kita yang bertemakan hantu. Cerita ini mungkin grene komidi seram. Entahlah...

Kisah sekumpulan anak muda mahu buat klip video dan menyewa rumah yang berhantu... Ada roh sesat, ada perempuan cantik, hero jambu, ada cinta dan tamat.

Saya teringat filem Nang Nak... antara filem seram terbaik pernah saya tengok... cerita ini mengajar saya banyak perkara terutama `cinta tidak semudah/semurah yang kita lafazkan'...(pulak)


Saya percaya cinta yang kuat ada mempunyai tenaga. Namun bila kita mati, tenaga itu ke mana yea?




Hanya ada satu cara sahaja untuk selamatkan rumahtangga dia...

PADA pendapat saya hanya satu cara sahaja jalan untuk selamatkan/mempertahankan rumahtangga kawan saya. Caranya ialah si isteri kena faham (buat pekak dan bodoh) dan terima suaminya yang tak faham-faham dan payah nak terima pendapat orang tersebut (walaupun pendapat isterinya sendiri).

Rupa-rupanya pada zaman sekarang menjadi seorang isteri lebih sukar secara praktikalnya walaupun sebenarnya secara teori menjadi suamilah lebih sukar tanggungjawabnya. Dengan kata lain dengan banyaknya lahir lelaki yang bodoh dan tidak bertanggungjawab menyebabkan hidup perempuan lebih sukar.

Kalau ada la wartawan gedik yang tanya saya apakah cabaran terbesar dalam kehidupan seseorang wanita dewasa ini? Saya akan jawab `Lelaki!".

Sudah 11 tahun saya kenal suami dia. Saya rasa suaminya `fail' dalam banyak perkara. Sebut saja perkara apa, tentu ukurannya `fail' atau kalau saya greadkan dia dapat `F'. Tetapi itu nasib malang kawan saya, saya tidak boleh masuk campur. Cuma saya bagi nasihat, sebab katanya saya ni memahami dan bijak... Emm...

Mungkin bagi perempuan lebih baik hidup tak bahagia daripada menjadi janda. Atau saja nak sedap cakap ...dia definasikan kebahagian itu adalah bila ada pasangan, biarlah dengan `beruk' pun.




Abang Jan: Dah tak ada jalan dah untuk kita bersatu...hu hu hu













Cantik tak?

Rekaan pakaian tema islamik yang sangat pelik

Hujung minggu lepas saya ke panggung wayang melihat filem `I can see ghost'. Namun posting ini bukannya mengenai filem Thailand tersebut tetapi mengenai sesuatu yang sedikit menganggu atau mengusik emosi saya.

Saya lihat sepasang dewasa memakai pakaian yang sedondong. Saya lihat pakaian si lelaki sangat pelik. Hendak dikatakan baju Melayu, bukan baju Melayu (sebab dalam buku sejarah melayu, baju Melayu dilonggarkan sehingga ke hujung lenggang), nak di katakan jubah, bukannya jubah. Baju tersebut potongannya mengikut `body' sasa si lelaki. Maksud saya seperti pakai baju Melayu tetapi potongannya nampak susuk badan. Nampak pinggang yang ramping. Nampak betis kaki...He

Saya rasa pelik tetapi saya tidak menceritakannya kepada kawan-kawan di sekeliling. Bimbang nanti mereka kata "Biarlah, lelaki boleh pakai apa sahaja...". Ramai juga kawan saya begitu, mereka tidak mahu berfikir panjang, mereka biarkan sahaja semuanya berlalu begitu. Mereka tidak peka terhadap perubahan masyarakat selagi tidak mengusik jumlah gaji mereka. 

Tetapi tak apalah, bukan semua kawan saya cerdik walaupun berpelajaran tinggi...

Berbalik kepada baju tersebut...baju itu sangat ketat sehingga saya nampak ia carik di bahagian ketiak. Tak lah nampak besar carikya tetapi sebagai pemerhati, saya dapat lihat carik tersebut kerana saya berjalan di belakangnya. saya sengaja ekori pasangan tersebut. Lagipun kaunter aiskrim Mek Donal tutup selama 15 minit. Boleh saya gi jalan-jalan dulu.

Di sebelah lelaki dewasa itu ada perempuan yang dewasa. Maaf cakap saya nampak tergedik-gedik sedikit. Tudung perempuan itu juga agak pelik, agak pelik berlapis-lapis dan besar macam pokok krismas. Boleh gantung kad raya...(tetapi raya lambat lagi...).

Baju perempuan tersebut seakan-akan jubah jubah juga tapi saya rasa ketat dan nampak seksi. Gelagat gediknya sangat mesra alam dengan lelaki tersebut. Saya lihat muka perempuan itu disolek tebal (tapi taklah cantik sangat). Mungkin mereka buat pertunjukan fesyen islamik sempena menyambut ramadan kot...he he he.

Saya tak dapat kata apa-apa apabila baju kononnya rekaan islamik sebegini menjadi bertambah aneh sejak akhir-akhir ini. Sebab nanti kawan-kawan saya kata `asal tutup aurat'. Namun bukankah menarik perhatian itu juga harus diambil kira selain menutup aurat?... Entahlah.

Abang Jan: Pakai jeans sahaja...baju T'shirt.



Ada juga fesyen jubah yang tak ketat tapi masih agak pelik bagi saya, adakah saya sudah ketinggalan fesyen?


Thursday, May 26, 2016

Langkah berjimat di bulan puasa...



Ramadhan semakin hampir, banyak azam saya menjelang ramadhan. Antaranya saya mahu berjimat dan bersederhana.

Saya sudah semakin berjimat pada ramadhan yang lalu, maka saya bercadang mahu teruskan berjimat di bulan ramadhan. mahu bersederhana. Oleh kerana sekarang saya tidak makan nasi, saya bercadang mahu berbuka dengan makanan ala kadar sahaja.

Sebenarnya berjimat juga bermaksud mengelakan kecuaian. Maksud berjimat saya itu contohnya jika kita terbeli barang tamat tarikh luput maka kita kena beli lagi untuk menggantikannya semula. Bermakna kecuaian kita tersebut terpaksa kita `bayar' dengan wang ringgit.

Jadi kita mesti elak dari terbeli berlebihan... Jika kita pandai membeli maknanya kita sudah dapat elak kecuaian ...elak berbelanja lebih. Kita beli cukup-cukup untuk anak-anak dan isteri.

Rata-rata berbuka mengikut nafsu, seolah tiada esok lagi. Sedangkan kita mahu rasai bagaimana orang yang tidak ada makanan merasai kehidupan ini... agar kita insaf. Tetapi kita apabila berbuka akan hilanglah ingatan...

Kalau hidup membazir tentulah tidak mendapat keberkatan tuhan, kita cuma bangga dapat berpuasa di bulan ramadhan tetapi nampak gayanya kita dapat lapar jealah...he he he.

Saya percaya ramai yang hanya dapat lapar sahaja...


Senator Adila - Khadijah Hasyim


Gambar dari internate...



Novel ini hilang dari koleksi saya semasa saya belajar di universiti. Saya suka novel ini sebab ia lain daripada yang lain. Watak wanitanya positif dan tidak seperti watak wanita dalam novel lain yang berebut jantan je kerjanya. Novel ini boleh dijadikan drama...

Senator Adila
Novel Senator Adila mendedahkan perilaku orang politik Malaysia hari ini. Pendedahan itu memperlihatkan betapa hebatnya percaturan merebut tempat dalam politik. Meskipun penulis menyentuh politik secara sambil lewa sahaja menerusi novelnya ini, namun cara dia memaparkan hal itu menunjukkan kematangannya. Pengarang berjaya membongkar taktik sesetengah calon dalam usaha memancing undi. Senator Adila dalam novel ini menggambarkan watak ideal wanita moden yang ingin berjaya dalam dunia korporat, politik, dan rumah tangga. Dalam masa yang sama, beliau menghadapi masalah politik wang, rasuah, dan ego seorang suami. Realiti inilah yang cuba digambarkan oleh penulis yang pasti menyedari tentang perubahan kedudukan wanita dalam dimensi sosial tahun 1990-an ini.



Khadijah Hashim
Novel-novel beliau:

Badai Semalam, Singapura: Pustaka Nasional, 1968, 201 halaman.
Jalan ke Kubur, Singapura: Pustaka Nasional, 1969, 139 halaman.
Pelangi pagi, Johor Baru, Penerbitan Penamas Malaysia, 1971, 133 halaman.
Merpati Putih Terbang lagi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1972, 289 halaman.
Belum Masanya, Kuala Lumpur: Penerbitan Utusan Melayu (M) Bhd., 1976, 96 halaman.
Di Tengah Kabus, Singapura: Pustaka Nasional, 1980, 123 halaman.
Bila dan di Mana, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 199 halaman.
Mira Edora, Kuala Lumpur: K Publishing Sdn Bhd, 1984
Dekat Disayang Jauh Dikenang,  Jaya: `K’ Publishing & Distibutors Sdn. Bhd., 1984, 133 halaman.
Laila Azwa Gadisku, Kuala Lumpur: `K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1986, 144 halaman.
Cinta Kedua, Kuala Lumpur: `K’ Publishing & Distributors Sdn. Bhd., 1989
Alun Hidup, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1990, 217 halaman.
Di Ruangmu Aku di Sini, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1992
Ke Mana Kasih Hendak Dibawa, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1993, 133 halaman.
Melawan Arus, ‘K’ Publishing & Distributors, 1993, 229 halaman.
Senator Adila,Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors 1993
Langkah Pertama, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1994, 126 halaman.
Fasa Kedua, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1995
Mencari Azizah, Kuala Lumpur: ‘K’ Publishing & Distributors, 1998

Sisi negatif kaum perempuan dalam drama Melayu

Saya bukan peminat drama Melayu petang-petang. Saya bukan anti drama Melayu atau cerita Melayu atau filem Melayu, cuma saya tidak suka lihat terlalu banyak unsur negetif yang diserapkan kepada minda masyarakat. 

Ada masyarakat yang sedar dan mula menjauhi drama Melayu, namun majoritinya tak sedar-sedar...

Perempuan Melayu direndahkan martabat dan maruahnya dalam drama-drama tersebut. Sekali tengok kita tidak perasan namun bila kita lihat dengan akalbudi, kita nampak bahayanya pembentukan watak wanita sebegitu.

Tidak kiralah wanita yang bertudung atau yang free hair, semuanya bergedik kejar jantan, berebut-rebut lapar jantan. Jantannya pula alaihai...digambarkan sangat rendah kecedikannya, hanya banyak harta dan bergaya.

Cerita-cerita sebeginilah yang selalu disogokkan dalam minda masyarakat kita. Asal watak perempuan jea, mesti berebut jantan. 

Drama-drama sampah sebegini khabarnya mendapat rating yang tinggi, jadi nampak sangat masyarakat kita secara terang-terangan adalah masyarakat yang sakit. Kita tidak boleh salahkan mana-mana pihak jika rating terus tinggi.

Sedangkan dalam realitinya semakin ramai kaum perempuan yang cerdik, berjaya, rela berkorban dan tidak semata-mata menjadi objek seks masyarakat.

Saya teringat dengan Khatijah Hasyim, banyak novelnya mengangkat kaum wanita ke tempat yang positif. Begitu juga filem-filem Datuk Sarimah yang cerdik memartabatkan kaum wanita. Cuba lihat cerita `Dia ibuku', `Detik 12 malam' dan `Sepi itu indah' (sekadar menyebut beberapa cerita).

Bila terlihat drama petang-petang, rasa sayu pula...


 

Wednesday, May 25, 2016

Bekelah di Homestay 79: Siri 2


Ombak besar dari lautan,
Berhempas pulas tuju daratan;
Kasih sayang anugerah tuhan, 
Jadi kenangan sepanjang jalan.


SEBENARNYA sudah beberapa kali Kak Sal mengajak saya berkunjung ke homestaynya tapi saya menolak dengan baik dengan alasan kononnya sibuk. Sebenarnya saya tolak kerana saya sendiri sudah ada rumah apabila berkunjung ke Kuantan. Homestay juga tu bagi saya, he he he.

Namun akhirnya tertakdir juga saya tidor di homestay tersebut. Saya juga tidak lagi bimbang untuk muncul di tengah-tengah kawan-kawan sebab saya sudah kurus sedikit. Tentu tak nampak stopok sangat bila bergambar.

Saya tersengeh gembira
Saya rasa gembira sebab mereka (kawan yang hadir) adalah antara kumpulan kawan-kawal terawal saya di negeri Pahang. saya difahamkan ramai lagi mahu hadir tetapi tidak berkesempatan. Tidak dapat saya nafikan kini saya miliki lebih banyak kawan di Pahang berbanding dengan kawan-kawan di negeri sendiri.




Sebelum itu saya sangat sibuk dengan kerja. Seminggu sebelumnya saya pergi melawat pelajar praktikal di mereta tempat. Sehingga beberapa kali saya tersilap kereta...sebab sibuk. Dan beberapa minggu lalu saya langgar pintu pagar rumah sebab terlalu sibuk sampai tak sempat turun buka pintu pagar rumah. He he he.

Dan selepas itu bersiap untuk semester baru pula. Malah ada ketikanya saya rasa tidak dapat bersama mereka. Kini setelah saya balik dari berkelah di homestay tersebut barulah saya sedar jika saya tidak bersama mereka, ia adalah satu kerugian besar. Wang ringgit boleh dicari kasih sayang tidak boleh dibeli...


Saya lihat kawan-kawan saya masih seperti dahulu persahabatannya. Masih akrab dan bersahaja. Mereka tidak sombong dan masih menerima saya yang kadang-kadang terover ini. Melayan saya macam dahulu juga. Saya juga suka melihat gelagat mereka yang bersepakat.

Kadang-kadang mereka lucu. sangat lucu. Tapi mereka tak sedar...he he he.




Pada hari pertama berkelah, ramai yang datang. Cuma belah petang ada yang kena balik kerana ada kerja. Dan dalam masa yang sama bilik sudah penuh. Sudah tidak ada bilik kosong lagi. Homestay Kak Sal ini tidak ada banyak bilik sebab ia homestay bukannya hotel. He he he.


Pasangan paling romantis..

Oleh sebab asyik makan-makan, menjelang malam saya tidor awal. Sebelum itu kononnya nak buat kopi dan berbual-bual sambil setiap orang masing-masing membuka rahsia sendiri tetapi rancangan itu tidak dapat direalisasikan. Mungkin kami penat dengan aktiviti makan-makan-makan dan aktiviti naik turun naik tangga homestay tersebut dan ke tepi laut... jadi letih. Malam masuk tidor bilik masing-masing...

Namun ada yang tengok tv cerita lama Andy Lau masa muda. Kak Z beritahu dia minat sangat Andy lau, dulu Kak Z selalu tengok ceritanya. Saya tengok gitu-gitu jea sebab sibuk lihat FB kawan-kawan yang segeng kumpul pyrex. He he he.

Badan saya empok, budak suka peluk...



Kawan-kawan saya bercadang, jika ada masa dan kesempatan lagi, mereka akan berkumpul lagi. kali ini diwajibkan bermalam pulak.

Saya ikut sahaja cadangan kawan-kawan saya sebab mereka mampu memeriahkan hidup saya. Saya bukannya ada anak bini, malah jauh dari keluarga di kampung. Kehadiran mereka sudah seribu rahmat. Seribu mawar.

Di celahan ombak petang itu saya teringat kepada seseorang... ingatkah dia pada saya...?




Tuesday, May 24, 2016

Berkelah di Homestay 79: Siri 1

Yang pakai treak biru tu namanya Din, ketua program.

Hujung minggu lepas seramai 36 orang telah berkampung di Homestay 79 yang letaknya di Kuala Pahang, Pekan.  Tujuannya adalah suka-suka kita untuk berjumpa kawan-kawan lama. Temanya Poklak dan berbeku.

Ia dianjurkan oleh kawan-kawan lama saya di tempat kerja majikan saya yang dulu.

Walaupun telah hampir 10 tahun berpisah, kami masih seperti dahulu keakrabannya. Ini kerana kami selalu juga berkumpul untuk poklak dan berkelah-kelah sebelum ini.

Ini saya tersengeh mencelah. Di belakang Puan Ma Pekan,  Puan Mek Zue dan Puan Wahida

Jumpa kawan lama seronok. Boleh lupa sekejap kerja yang bertimbun-timbun...yang tak akan habis walaupun kita mati. He he he. Kita ambil peluang rehatkan minda.

Kawan-kawan saya bawa banyak makanan. saya hanya bawa roti dan sekaya sahaja. dan juga teh dari Hotel Zenith. Teh ni berharga RM400 he he he. Itu harga sewa bilik dia...saya ambil teh dan gula ini dari bilik hotel, he he. 


Ini Puan Z dan Puan Azniza bersama nak  mereka

Kami berhimpun secara tidak formal...maka tidak adalah acara yang macam kita pergi seminar atau bengkel. Tentatifnya ringkas dan mudah ianya cuma makan, makan, makan... rehat-rehat, makan lagi... Bakar apa yang boleh dibakar. Berbeku.

Bergambar di tangga Homestay

Sebahagiannya bermalam di homestay tersebut. Homestay tersebut juga adalah dimiliki oleh kawan saya iaitu Kak Sal. Ini adalah Homestay sebenar-benar homestay sebab Kak Sal tinggal di rumah ini juga.

Disertakan sedikit gambar sebagai kenag-kenangan.

Malam hari pasang pelita,
Cahaya bersinar nampak bayang;
Kenangan baru selalu tercipta,
Kenangan lalu dibuang jangang...

Thursday, May 19, 2016

Putus kawan?

Image result for fake people


Dunia semakin pelik. Saya sudah tidak dapat hadam banyak perkara...

Pagi tadi saya bercerita mengenai perihal kawan saya yang tidak membayar hutang saya (sudah lima tahun). Bukan sahaja tidak membayar hutang saya tetapi juga tidak hubungi saya. Saya rasa dia sudah tidak berniat mahu membayar hutang saya.

Lalu sahabat saya juga menceritakan satu kisah di mana seorang yang berhutang tiba-tiba naik marah apabila hutang itu dituntut. Dan apabila membayarnya guna duit siling dan not RM1. Sebagai tanda protes dan tidak puas hati. 

Pelik kan, masa meminjam bukan main lagi manis mulut.

Dalam kes saya, saya sudah tidak mengharap dia membayar balik sebab harapan tinggal harapan. Dia bukannya tidak dapat hubungi saya tetapi bila saya jumpa dia buat tak tahu.

Sebenarnya dalam kes sebegini, saya juga salahkan saya sebab beria-ia benar nak menolong kawan dalam kesusahan. Dan sekarang sudah putus kawan sebab dia asyik `lari' daripada saya. Dia seolah mahu putus kawan...

Akan datang suatu masa menolong binatang lebih baik daripada menolong orang...

sekian...


Bahaya `menghadiahkan' tablet PC kepada anak-anak kecil...

"Apabila tidak boleh bercakap, maka otak akan berkembang dengan cepat sebab otak juga mengambil peranan `melafazkan' apa yang dilihat oleh bayi dan anak-anak kecil kita. Dan adakah otak akan berkembang ke arah yang sihat jika imput yang dilihat tidak semula jadi...tidak sihat" Kata kawan saya.

Sebab itulah dia saya tidak memberikan tablet PC kepada anak kecilnya. Dia percaya ia lebih banyak bawa keburukan daripada kebaikan. Saya hanya mendengar sahaja sebab dia beria-ia menceritakan keburukan tablet terrhadap anak-anak kecil.

Katanya lagi dia ada baca dalam majalah yang kajian-kajian menunjukan yang bayi lebih suka lihat wajah-wajah manusia berbanding dengan imej atau corak-corak.

Dan katanya lagi jika didedahkan sejak kecil, generasi akan terkesan dari segi psyikologi dan fizikal. Dia juga ada beritahu lama-kelamaan anak tidak mendengar kata, tidak suka bersosial dan mungkin gemuk..

Emm...sampai begitu sekali yea jika kita berfikir...

Jika kita tak berfikir?

Haaaa....

Image result for effect tablets to children
Gambar hanya hiasan...


Kalau perempuan tak cantik jadi gemuk dia akan jadi hodoh?

Saya dapati (dari pemerhatian saya), kawan-kawan perempuan saya yang tak cantik apabila berkahwin jika mereka jadi gemuk mereka akhirnya jadi hodoh. Namun kawan-kawan perempuan saya yang cantik bila mereka kawin dan jadi gemuk, mereka jadi comel.

Saya dapati juga kawan-kawan perempuan saya lebih gemuk berbanding kawan-kawan lelaki saya apabila mereka berkahwin dan ada anak.

Kadang-kadang bila lihat dalam FB, saya terkejut.

Contoh isteri yang menjadi gemuk tetapi comel...

Apabila berkahwin perempuan membesar bagai johan. Lain sedikit dari lelaki yang biasanya johan bahagian perut (jadi buncit). Maknanya jika mereka jaga pemakanan kaum lelaki tidak akan jadi macam tapir sebab dari keding (badan kurus tak mantap) badan mereka boleh berubah jadi bertambah mantap (walaupun tak berketuk-ketul).

Kembali kepada kisah perempuan. Bukan semua tetapi  kebanyakan kawan perempuan saya bagai dipam-pam apabila selepas bersalin. Mungkin sebab itulah ada istilah pantang...

Sama ada kita perempuan atau lelaki, tidak ramai orang dapat mengawal nafsu makan. Ia lebih sukar daripada mengawal nafsu seks. Percayalah saya...

Walaupun cantik itu adalah suatu yang subjektif, saya rasa ramai orang perempuan mahu kelihatan cantik berbanding lelaki.

Saya rasa naluri untuk kelihatan cantik adalah suatu yang positif. Seseorang perempuan itu terus akan jadi automatik hodoh bila dia percaya dia tidak perlu lakukan apa-apa untuk kelihatan cantik. Maknanya nafsu untuk kelihatan cantik sudah `mati'.

Abang Jan: Pernah dilarang oleh seorang sahabat perempuan supaya jangan melawatnya  di ward. Katanya dia tak mahu saya lihat dia dalam keadaan sakit dan hodoh!.

He he he.


Wednesday, May 18, 2016

Tonight I Wanna Cry- Keith Urban -

Taman Tamadun Islam... (Islamic Civilization Park)

Ini kali pertama saya ke Taman Tamadun Islam di Kuala Terengganu. Biasanya saya hanya melihat gambar dari kawan-kawan yang berkunjung ke sana. Saya akui ia sebuah tempat yang berbaloi untuk dikunjungi oleh orang seperti saya.

Orang seperti saya? He he he.

Seperti biasa saya tidak berlama-lama di sini sebab banyak lagi tempat menarik yang saya ingin kunjungi. Saya rasa lain kali saya perlu ambil cuti yang lebih lama untuk berehat di Kuala Terengganu.

Saya sempat rehatkan diri di satu gazebo. Saya berfikir alangkah indahnya hidup saya jika saya tidak bekerja dan dapat duit beribu-ribu sebulan. Tentu saya akan melancong sana sini. Namun tak lama kemudian saya sedar manusia seharusnya bekerja untuk hidup. 

Kita bukan binatang...

2015 Promotion.jpg

Klik siniTaman Tamadun Islam

Satu peristiwa hitam di TTI (Taman Tamadun Islam)

Saya tidak dilayan dengan baik di salah sebuah kedai semasa saya berkunjung di Taman Tamadun Islam, Kuala terengganu. Saya rasa terhina sebab itulah saya tidak berlama-lama di kedai tersebut. Memang baju-baju batik tersebut sangat mahal namun apa salahnya menegur dan mempromosikan kedai supaya adalah cerita `manis' yang saya bawa kepada kawan-kawan saya sekembalinya nanti...

Dalam agama islam pun kita disaran membentuk silaturahim. Apa salahnya bertanya khabar sebab tidak ada ramai yang masuk ke kedai tersebut. Saya pula ketika itu sangat kagum dengan batik Terengganu yang mereka buat. Sangat halus dan moden... Saya tergedik-gedik di situ boleh dibuatnya tak perasan...

Image result for taman tamadun islam terengganu


"Mungkin awak bukan pembeli yang berpotensi"  kata kawan saya yang suka membeli pakaian mahal-mahal.

"Mungkin sebab dia nampak awak pakai Myvi..." Kata kawan saya seorang lagi apabila saya menceritakan kisah `buruk' saya di Taman Tamadun Islam, Kuala Terengganu.

"Entahlah, mungkin dia tengah sibuk. Lagi pun saya bukannya mahu membeli sangat... kecuali berkenan" Saya membela gadis penjual tersebut.

Sebenarnya saya berpendapat sama ada beli atau tidak, ia perkara kedua tetapi pekedai di situ harus tahu mereka bukan penjual di kedai biasa tetapi turut mempromosi negeri Terengganu sebagai negeri `Cantik budaya menarik'.

Saya hidup pada fasa budaya ketimuran semakin tinggal namanya sahaja...menyedihkan sekali... Dan saya hidup di persekitaran ramai yang mula tidak menghargai nilai kehidupan yang hakiki.

Selepas itu saya terus ke kedai Payang membeli batik. penjualnya sangar ramah tamah walaupun harganya tak la berapa ramah. He he he.

Abang Jan: Budi bahasa kan amalan mulia...

Wednesday, May 11, 2016

Dulu dan sekarang...

Dulu:

Mengamuk nak motor, kalau tak bagi tak mahu sekolah....ayah bagi pelempang free.


Sekarang:

Mengamuk nak motor, kalau tak bagi tak mahu sekolah...ayah bagi motor.

Penceraian seorang profesor...

Orangnya badan terbentuk, cantik dan cerdik. Satu kombinasi yang sukar ada pada manusia bernama perempuan. Walaupun sudah berusia, tampak cantik dan bertenaga macam Kak Nita (Anita Sarawak).

Sangat terkenal dalam bidangnya, sehingga ke peringkat antarabangsa. Dia bukan jenis profesor kangkung yang pernah disebut oleh para akademik suatu waktu dulu [profesor kangkung merujuk kepada cepatnya dan ramainya pensyarah mendapat gelaran profesor tanpa memberikan sumbangan akademik yang cemerlang dan terbilang]. 

Dia jadi profesor kerana dialah terbaik dalam bidang itu. Buku-buku kajiannya dilancarkan oleh menteri.

Tetapi apa pentingnya penceraian tersebut pada kita? Itu kan hal orang? Mengapa kita kena ambil tahu? Kena mendengar?

Saya kenal dia. saya pernah dipuji handsum olehnya pada suatu masa dulu. Pada masa itu saya hanya mampu pakai kream fair and lovely sahaja, pas tu sapu dengan bedak sejuk RM2.50 dibeli di pasar malam. (Dulu saya pakai juga benda murah-murah ni).

Setiap kali jumpa beliau, saya rasa nak ambil PHD. Tetapi rasa tu hilang dua, tiga hari kemudian. He he he.

Tapi ini bukan posting pasal cerita saya, ini posting pasal penceraian seorang profesor... Kisah pasal suami isteri. Atau dengan kata lain kisah rumahtangga...

Mengikut orang gajinya, prof tersebut tak `lekat' di rumah. Pukul 10 malam pun masih lagi keluar rumah untuk bekerja. Balik sekejap sahaja. Dan suaminya juga begitu. Jenis tak `lekat' di rumah.

Macam kisah rumahtangga yang lain juga...akhirnya suaminya berkahwin lain dengan budak perempuan muda yang bergetah.

Di kolam mandi rumahnyalah (setelah mandi kolam dan rehat-rehat) dia minta cerai dari suaminya pada suatu pagi ahad yang biasa. Dan profesor itu dapat apa yang dia minta.

Sejak hari itulah saya tertanya-tanya adakah KPI* juga antara punca penceraian di kalangan cerdik pandai kita?

Perlukah perempuan bekerja bersungguh-sungguh? Bagaimanakah dengan keluarganya? Tidak bolehkah perempuan berjaya dalam keluarga dan kerjaya secara seimbang?

-----XXXX----

*KPI = Key Perfomance Indicator


Image result for educated women problems
Gambar hanya hiasan...


Tuesday, May 10, 2016

...orang yang pernah disayang...

"Berhati-hati di jalanraya, pandu cermat jiwa selamat. Ingat orang tersayang...(dan orang yang pernah kita sayang?)"

He he he...

Gabenor bank negara kita...

ibrahim_600x400, Gabenor Bank Negara baru
Selamat datang...


zeti_600x400
Bekas gabenor Bank Negara Malaysia (2000-2016), wanita yang cukup disegani dan diiktiraf diperingkat antarabangsa
  • Ijazah Sarjana Muda dalam Ekonomi, Universiti Malaya (UM)
  • Ijazah Sarjana dalam Ekonomi, University of Pennsylvania (Penn State)
  • Doktor Falsafah dalam Kewangan dan Ekonomi Antarabangsa, University of Pennsylvania (Penn State)

Monday, May 9, 2016

Hadiah hari jadi...





Antara sebab-sebab saya tidak boleh menjadi jahat ialah, selalnya ada unsur-unsur baik di dalam hidup saya. Yang memberi senyum dan jemput ceria.

Terima kasih yang tidak terhingga, semoga pengirimnya dilimpahi kebahagian hidup dunia akhirat.

Sekarang musim panas di Malaysia, keluar dari kereta atau rumah atau bangunan, terasa kepanasannya.

Terima kasih atas kipas tersebut... he he he. Juga selipar dan baju...

Hari ini baru saya berkesempatan membuka hadiah dari kawan-kawan. Namun hadiah hari jadi ini amat mengejutkan...

Terima kasih sekali lagi...


Sebab penyokong kerajaan tak `main' internat

Image result for media sosial internet

Kata anak saudara saya kalau dilihat pada media massa terutamanya dalam internate, seolah BN akan kalah di Sarawak pada pilihanraya lalu. Katanya pembangkang memang juara dalam berinternate berbanding parti pemerintah yang lesu dan selalu `dibelasah' di internate'. 

Malah parti pemerintah yang raja menggunakn media arus perdana juga dibelasah di internate, tidak melawan balik di internate (media sosial).

Kata anak saudara saya lagi situasi ini memang berlaku di negara-negara yang sedang membangun . Anatra sebab-sebanya ialah parti pemerintah sibuk buat kerja untuk membangukan masyarakat dan negara. Sibuk dengan projek masa kini dan akan datang. Tak ada masa nak `lawan' balik dan tak mahu buang masa `layan' tomahan di internate yang bagai arus air mengalir tak henti-henti...

Kata anak saudara saya, lihat sahaja ada saja jea projek dan plan pembangunan yang tidak henti-henti... Seolah pokok walaupun dilontar batu diberikan juga buah...

Dan bila mereka (orang pemerintah yang buat dasar dan jalankan dasar dan orang politik) rehat, mereka tak main internate. Mereka benar-benar nak berehat minda dan fizikal, pergi bercuti contohnya. Sebab itulah tidak banyak penyokong kerajaan berinternate...

Saya setuju juga, ada benarnya kata-kata anak saudara saya tersebut... 

Saya harap dia dapat masuk universiti...(yang ni tak ada kena mengena dengan posting ini...)


Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home