MINGGU lepas dengan bergayanya saya ke supermarket besar Capital Moll khas untuk mencari Treadmiil.
Kepada adik kakak yang tak tahu apa itu treadmill (ada ke?), ia adalah satu alat berlari yang mahal tetapi apabila kita berlari tak sampai-sampai. Atau dengan kata lain, lari setempat.
Kepada adik kakak yang tak tahu apa itu treadmill (ada ke?), ia adalah satu alat berlari yang mahal tetapi apabila kita berlari tak sampai-sampai. Atau dengan kata lain, lari setempat.
Treadmill |
Sebenarnya minggu sebelumnya saya juga ada meninjau treadmill di Megamoll bersama jurulatih saya, Adnan. Adnan menanyakan perihal fungsi treadmill kepada jurujual, saya tersenyum sahaja di sebelahnya, angguk-angguk konon faham. Macam seleberiti bodoh. He he he.
Sebenarnya saya cemburu kepada Adnan sebab dia nampak muda belia semasa dia singgah di gerai pamiran pendidikan di mana tempat saya bertugas. Dia mencuri perhatian. saya tengok ramai orang tengok kepada dia berbanding saya. Pada masa tu puas saya buat mengada tetapi gagal menarik perhatian pengunjung kepada gerai saya. Saya dah tak ada nilai niaga...Emmm.
Apabila saya duduk di sebelahnya saya rasa amat hodoh sebab tua dan stopok. Sedangkan dia nampak muda belia siap pakai beg sandang lagi. Sedangkan dia sudah 40an...tapi nampak macam bukan 40an. Sedangkan saya nampak macam 40an walaupun sebenarnya memang saya 40an...
Saya nampak lebih tua dari Adnan walaupun sebenarnya memang saya lebih tua dari Adnan. pelik ayat ini tapi itulah perasaan saya...
Ikhlas cakap saya mahu beli treadmill bukannya demi kesihatan semata-mata. Saya susudah sihat cuma saya mahu badan saya terbentuk semula, maksud saya berat badan saya ideal. Saya dah puas hidup dalam dunia stopok. banyak perkara yang tidak selesa, contohnya, saya terpaksa tidak bernafas dengan sejahtera bila pukul gambar (bergambar). Saya juga sudah puas pose mengiring bila pukul gambar,...(untuk nampak tak macam pintu).
Dalam keluarga saya isu stopok (gemuk) selalu timbul, dalam keluarga saya isu stopok seolah merupakan satu jenayah berat. Mujurlah dalam keluarga saya, bukanlah saya yang paling gemuk. Satu lagi isu yang selalu timbul dalam keluarga saya ialah kami selalu lupa angkat hand break kereta. He he he. Mungkin dah ada dalam gen kami.
Bila stopok sangat sukar untuk saya memilih pakaian yang saya suka. Sehingga kini ada beberapa helai baju yang saya beli di Genting Highland semasa tengok konset El Divo (kena cerita ke ni?) yang masih saya tak mampu pakai walaupun baju itu sudah dua tahun lebih tersangkut. He he he. Mak saya suruh sedekahkan, berdosa kata mak saya.
Bila kurus tak pakai stoken pun tak apa? |
Satu lagi apabila melalui bahagian pakaian lelaki saya rasa terpukul... Huh! Saya mampu beli tapi tak ada saiz yang sesuai. Dulu ketika badan saya macam Faizal Hussin, duit pulak tak ada... Kini duit ada, badan pula macam guni penuh...
Pernah saya tertarik kepada sepasang pakaian yang patung pakai di Pakson. Saya terus beli seluar, baju dan kasutnya sekali. apabila balik ke rumah dan mengenakannya di hadapan cermin... saya kelihatan macam barut nangka.

Harga treadmill mak datuk mahal macam rantai emas padu. Ada yang hampir RM15K (boleh buat hantaran ni, he he he). Namun saya bertekad nak beli juga yang paling murah. Tu pun saya akan guna kad kredit... Tak apalah demi `comeback' (saja pujuk hati).
Saya mahu buat `comeback' pada hari raya ini. Saya mahu hadirin, sepupu sepapat saya yang lain termasuk tok bilal terkesima memandang saya. Bila saya turun dengan body yang mantap dari kereta Honda Civik (generasi ke 10) nanti, semua orang terpana. Mak cik, pak cik, ipai duai akan terkeshima. Burung-burung pun turut menyanyikan lagu riang...sanak saudara yang ada turut rasa gembira...berangan betul saya kan? he he he.

"Tak mahulah kita ni bujang tapi body macam orang dah ada empat anak. Tak ada beza dengan yang dah kawin. Kata-kata semangat dari sahabat saya.
Ni bukan saya yea! |
Adnan adalah satu-satunya sahabat saya yang sangat memberi semangat kepada saya. Mungkin sebab dia sudah nampak saya akan lebih handsum bila saya kurus. (Pulak dah...)
Saya berharap treadmill ini tak akan bertukar fungsi kepada alat tempat saya sangkut kain tuala yang mahal. He he he..
Sekian.
No comments:
Post a Comment