Sudah 37 hari saya tidak makan nasi.
Saya bukannya diet, saya cuma tidak makan nasi tetapi saya baham semua makanan lain. Semua seperti KFC, mee goreng mamak, ais krem, kek buah (saya suka) dan pelbagai makanan lagi.
Saya percaya nasi antara punca utama saya gemuk dan cepat letih. Saya percaya untuk cergaskan diri dan mendapatkan timbangan badan yg ideal, saya kena kurangkan nasi atau tidak makan nasi langsung. Saya tidak perduli pendapat pakar pemakanan Dr XYZ sebab tubuh saya tentulah saya yang lebih tahu, fahami kelemahan atau keunikannya. Ada PHD tidak menyelesaikan semua perkara. He he he.
Saya tidak suka bersenam, malah bagi saya ia adalah suatu yang mengelirukan. Bersenam hanya satu unsur kecil untuk mendapatkan kesihatan yang bagus. Saya juga tidak mahu menahan makan KFC dan sebagainya.
Saya cuma tidak makan nasi. Kadang-kadang rindu juga tetapi saya semakin biasa...
Kawan dan keluarga di sekeliling banyak yang bersifat negatif terhadap tindakan saya tidak makan nasi. Tetapi saya tidak hiraukan mereka. Saya pegang kepada apa yang saya percaya. Ada kawan saya beritahu jika saya kurus kerana tak makan nasi dia akan hadiahkan saya perfume versace.
Saya beritahu kawan saya saya mahu berat badan yang memuaskan (kerana saya sudah dalam kategori obesiti), bukannya saya mahu kurus.
Saya beritahu kawan saya saya mahu berat badan yang memuaskan (kerana saya sudah dalam kategori obesiti), bukannya saya mahu kurus.
Saya mampu beli perfume tersebut, namun saya bersetuju bertaruh dengannya... Saya sahut cabarannya sebab dia beria benar. Dan saya tambah jika pada masa tersebut saya masih lagi gemuk, saya hadiahkan perfume minyak atar kepada dia.
Walaupun perjanjian tersebut berat sebelah, saya suka!
No comments:
Post a Comment