Saya sudah kurang ambil tahu tentang rumahtangga kawan-kawan saya. Saya sudah buat simpul mati mereka sebenarnya bukan bahagia sangat. Nampak luaran sahaja bahagia gabam. Pun begitu ada kawan saya yang saya percaya mengecap bahagia dalam rumahtangga kerana perangai mereka saling memahami, sabar dan bertolak ansur. Anak-anak nampak terdidik bukannya nampak seperti terlebih gula, he he he.
Dan saling memahami, sabar dan bertolak ansur tersebut diaplikasikan juga dalam hubungan sesama manusia yang lain.
"Teruk la siapa jadi laki dia", itu kata-kata seoarang kawan saya merujuk kepada seorang kawan kami. Memang kawan seorang ini agak mementingkan diri. Namun dalam banyak hal lain dia bukanlah teruk sangat. Saya tidaklah baik sangat dengan kawan yang sorang ini. Biasa-biasa sahaja.
Sebenarnya kalau kita tidak `mabuk', kita akan dapat membuat penilaian yang baik. Seorang lelaki yang `mabuk' kepada seorang gadis biasanya tidak dapat melihat dan membuat penilaian terbaik. Bila jadi isteri barulah si suami sedar boleh makan `albo' sahaja. Memasak, mengemas rumah, jaga anak tak pandai.
Begitu juga dengan perempuan. Namun dalam situasi sebegini perempuan lebih mencabar. Dalam keadaan tidak `mabuk' pun mereka berisiko tinggi untuk memilih pasangan, apatahlagi kalau dalam keadaan `mabuk'. Bukan kita tidak pernah dengar perempuan berkahwin dengan penagih dadah (walaupun mereka tahu bakal suami mereka itu penagih). Dan perempuan yang berkahwin dengan suami orang (walaupun mereka tahu rumahtangga suaminya mungkin runtuh bercerai berai).
Saling memahami, sabar dan bertolak ansur adalah unsur yang penting dalam sesuatu hubungan. Walaupun dalam masyarakat kita biasanya si isterilah yang lebih memahami, sabar dan bertolak ansur...ia tidak mencukupi untuk menjaga rumahtangga jika si suami pula tidak saling memahami, tidak sabar dan tidak bertolak ansur.
Kalau satu tangan kudung, nak angkat barang susah. Boleh angkat tapi mungkin jatuh dan hancur...
Ermmm...
No comments:
Post a Comment