Saya berpendapat peluang untuk kita hidup berjaya dan senang telah diberikan secara sama rata antara kita. Maksudnya kalau kita benar-benar rajin belajar dan bekerja, kita akan hidup senang. Dan jika lebih kuat lagi kita akan kaya.
Masa belajar, kita belajar rajin-rajin, ikut nasihat ayah ibu, guru-guru. Kita ambil faham apabila mereka kata tanpa pelajaran hidup susah. (Kita tak buat tak reti basa, kita tak buat ayahmak dan guru ahli bahas kita).
Bila bekerja juga kita jadi pekerja yang rajin, dan ada saja mencipta jalan untuk lebih produktiviti. (Kita tidak kerja gitu-gitu jea).
Saya tidak kaya, saya ok-ok sahaja. Saya ada ramai kawan yang berjaya dan kejayaan `hidup senang' mereka jauh meninggalkan saya. Mereka kaya raya. Saya rasa naif sangat apabila berada dengan mereka. Saya rasa segan bila mereka bertandang ke rumah saya walaupun sebenarnya saya tak perlu rasa begitu. (sebab rumah mereka besar tapi tak ada taste, he he he).
Namun saya tidak menyalahkan sesiapa atau pihak mana sebab saya tahu kawan-kawan saya tersebut layak dan terlebih layak berbanding saya sebab mereka lebih sangat rajin belajar dan berani menanggung risiko. Mereka manusia yang patut hidup lebih senang. Berfikiran terbuka, tak pernah sesekali menyalahkan pihak lain sama ada kerajaan, pembangkang, mak cik kantin, polis trafik, dan jauh sekali gabenor bank negara.
Oleh itulah amat pelik bagi saya apabila orang yang tidak rajin belajar suatu waktu dulu dan sekarang ini tidak rajin bekerja melaungkan akan kesusahan hidup yang mereka alami... menyalahkan orang di sekeliling mereka.
Tak kanlah mereka nak ada rumah besar, kereta besar dan bini cantik... mengarut!
Kalau kita senang-senang dahulu, tentulah susah dikemudiannya.
Tidak kah itu satu pembalasan...yang adil?
No comments:
Post a Comment