Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, November 17, 2014

Menjaga nenek yang Alzheimer

Semalam semasa saya sedang membeli sabun mandi dan sos chili di pasaraya Giant Kuantan, hati saya tersentuh apabila melihat seorang tua. Terketar-ketar dia mahu mengambil sardine di rak. Terus ingatan saya terimbau akan arwah nenek saya. pertama tergambar difikiran saya ialah kecantikan yang nenek miliki. Ahli keluarga selalu menjadikan nenek sebagai standard kecantikan wanita dalam keluarga kami. Sampai tua saya masih berpeluang melihat kecantikan nenek yang semakin luntur. Namun saya boleh ingat bentuk hidungnya mancung, rambut panjang dan tinggi. Yang penting nenek tidak obess sebagaimana majority keluarga kami.
 
Namun kecantikan ini tidak diDNAkan dalam keturunan kami. Semua hidung pesek sahaja, macam Ajai.
 
Tetapi ini bukan cerita pasal hidung nenek yang cantik atau Ajai.  Cerita ini adalah bagaimana saya menjaga nenek saya di saat-saat dia menuju nyanyuk dan seterusnya nyanyuk sesempurnanya. Syukur kepada tuhan kerana memberi pengalaman menjaga orang sakit. Ia mengajar saya banyak perkara. Terima kasih tuhan.
 
Saya menjaga nenek kerana saya sayangkan nenek saya. Dialah yang selalu menjaga makan saya sebelum saya ke sekolah. saya sekolah petang. Pada masa itu rumah kami sudah tidak ada orang gaji.
 
Kalau orang bercakap mengenai susah senang menjaga orang tua, saya sudah merasainya. Malah menjaga orang tua yang nyanyuk. Jaga bukan sahaja makan minum, atau tidor dan jaganya, tetapi juga urusan mandi dan mencuci najisnya... Payah untuk saya ceritakannya kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi dan dalam pada masa yang sama saya pula akan menempuhi peperiksaan STPM.
 
Alzheimer merujuk kepada sejenis penyakit penurunan fungsi saraf otak. Daya ingatan seseorang merosot dengan teruknya. Sehinggakan pada satu tahap pengidapnya tidak mampu mengurus diri sendiri. Penyakit Alzheimer bukannya sekadar satu proses penuaan. Ramai orang yang tua tapi tidak nyanyuk pun, malah bertenaga. Contoh Kak Nita dan Tun Dr Mahathir kita. Haaa...
 
Jangan sesekali kaitkan bila tua kita akan nyanyuk... namun tentulah kita bimbang kalau kita nyanyuk.
 
Otak Alzheimer...kecut kan?
 
Tentulah kita bimbang sebab kita tidak mahu menyusahkan anak-anak. Dan saya apatah lagi yang tidak ada anak-anak. Di longkang manakah akhirnya hidup saya? Sedihkan? Namun kawan saya kata untuk saya ada satu episode yang indah sebab tuhan sayangi saya. Entah apa kawan saya cakap untuk sedapkan hati saya. He he he. Tapi dia berjaya.
 
Alois Alzheimer
 
Penyakit ini ditemui oleh Dr. Alois Alzheimer pada 1907, dinamakan Alzheimer, bersempena nama beliau. Kalu doktor tu nama Minah, Minahlah agaknya nama penyakit ini. Memang lumrah bagi nama begitu.
 
Saya dapati penyakit ini tidak sepopular kencing manis atau darah tinggi. Mungkin kerana ada alat untuk mengukur darah tinggi dan kencing manis tetapi tidak ada alat mengukur Alzheimer.
 
Nenek saya tidaklah terus nyyanyuk. Ianya bermula dengan selalu lupa di mana dia letakan duitnya. Dia juga lupa dia sudah makan atau minum. Dia selalu tanya saya adakah dia sudah sembahyang?. Dan adakalanya nenek nampak `sesuatu' yang menyebabkan saya jadi seram. Nenek juga merayau-rayau bila malam. Dia asyik terjaga. Sampai suatu masa saya dapat rasakan nenek sebenarnya sudah `tiada'. Dia sudah tidak kenal saya.
 
Namun nenek selalu bertanya `Siapakah bini kau nanti yea?". He he he. Pada masa itu tentulah saya tidak terfikir lagi mahu berbini sebab saya tengah belajar. Saya bukannya seperti pelajar sekarang.
 
Kadang-kadang apa yang datang dalam hidup kita, kita tidak berupaya menghalangnya kan?
 
 
Abang Jan: begitu juga dengan yang pergi...
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2 comments:

Lan LoloQ said...

senator tan sri jins shamsuddin juga mengidap alzhemier..katanya disebabkan semasa sihatnya seluruh hidup ditumpukan pada kerjaya...

Jankaulu said...

yup...

perkara yang paling payah sekali kita nak cari...rehat.

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home