Kawan saya ada memberitahu mengenai isu baju kelawar. Saya tidak menduga baju kelawar boleh menjadi satu isu besar dalam rumahtangga. Namun kata allhyarham Tan Sri P Ramlee `kisah rumah tangga ada-ada sahaja...". He he.
Saya menadah telinga...
Saya tidak tahu kenapa perempuan suka pakai baju kelawar kerana baju kelawar tidak cantik, tidak menampakan curve kat badan seorang perempuan. Bentuk badan seorang perempuan sangat penting, malah dalam banyak pemerhatian saya dapati lelaki tetap menerima seorang perempuan walaupun muka setakat biasa-biasa semata-mata perempuan itu mempunyai bentuk badan yang mantap. Dan saya juga ada ramai kawan perempuan yang berusia tetapi tiada pasangan, bentuk badannya tidak terbentuk elok walaupun muka ala Che Ta. Saya mula membuat teori lelaki melihat dengan mata, perempuan dengan hati dan telinga.
Kebanyakan lelaki tidak mengambil faktor menutup aurat sebagai faktor untuk jatuh hati...
Kebanyakan lelaki tidak mengambil faktor menutup aurat sebagai faktor untuk jatuh hati...
Kita kembali kepada isu baju kelawar. Mungkin baju kelawar sangat sesuai dipakai di rumah kerana ianya selesa dan mudah dipakai. Namun dengan 24 jam berbaju kelawar, ia membuatkan si suami terasa tawar. Haaa...
Orang lelaki otak dia lain dari perempuan. Namun tidak perlulah mempersoalkannya sebab kita sudah berkawin dengan mereka. Dan perkara otak tersebut telah terbentuk secara evolusi beribu tahun dahulu. Mereka bukanlah makhluk yang mudah difahami. Ada dalam beberapa kes kita lebih berupaya memahami tingkahlaku monyet. Jangan marah. He he he.
Saya ambil contoh. Bila suami balik rumah, mati hidup balik mereka nak lihat rumah tersusun rapi dan isteri berdandang cantik (walaupun mereka tak sebut). Mati hidup balik mereka nak lihat anak-anak berbedak berbaju cantik, juga isteri mereka. Mereka tidak faham akan kerja kita yang bertimbung-timbung di rumah. "Mereka tidak faham kita juga bekerja dan tidak ada orang gaji! Mereka sepsis yang payah difahami dan memahami..." Luah kawan saya.
Saya terus bersetuju...
Kita sebagai seorang isteri sukar untuk memahamkan mereka akan situasi ini. Mungkin mereka akan beritahu mereka faham tetapi kepala otak mereka akan tetap inginkan kesempurnaan.
Berbalik pada isu baju kelawar. Saya rasa kelakar...
Namun demi allah (unsur agama, hari jumaat) saudara saya ada beritahu saya beberapa tahun lepas suaminya memberitahu "awak pakai baju kelawar tak cantik, baju untuk orang pemalas...".
Si suami melihat dan merasai dengan mata... Dan kata-kata si suami amat penting bagi isteri...(selain dari kata-kata jiran-jiran, he he he).
"Kalau kita sampai tahap nak berbalah supaya suami kita faham...alamatnya sampai kiamatlah..." Kata kawan saya lagi..
Abang Jan: Tidak suka orang pukul gambar kalau tak bersedia......
No comments:
Post a Comment