Jeruk di dalam peti sejuk saya... |
Saya suka makan jeruk buahan. Daripada kecil sehingga dewasa saya suka buah jeruk. Semasa saya darjah lima ayah saya beli setabung jeruk pauh. Saya makan sehingga sakit perut. Ayah membawa saya ke klinik. Saya dicocock sejarum. Bila dicocok, rasa legi macam sakit tu dah ditohok buang.
Ayah saya kata harga secocok jarum lebih mahal dari setabung jeruk. Harga kena cocok itu adalah RM15 sejarum... He he he. Pada hari tu saya belajar satu perkara iaitu tidak semua yang sedap akan membawa bahagia...
Sampai kini saya masih lagi suka makan jeruk. Kebelakangan ini sentiasa ada jeruk dalam peti sejuk saya. Jeruk kelubi dan juga jeruk pauh. Dan saya beli juga jeruk mangga yang dibubuh asam masim dan lada. Jeruk ini sangat popular sekarang (dan berjaya meningkatkan harga manga).
saya tidak dapat gambarkan betapa sedapnya jeruk. Hanya penggemarnya sahaja yang tahu...
No comments:
Post a Comment