Salam...

"Personal musing inspired by past and ongoing experiences of my life…depicting how I feel and what comes hereafter. However it may also revolves around my personal whishes, hopes and beliefs which I often in doubt and wondering... what is the meaning of life.."

Total Pageviews

Followers

Monday, September 29, 2014

The Swimmers (2014): Review


 
Semoga setiap manusia curang akan dihukum di atas dunia ini terus, biar mereka rasa! Huh!!!.
 
Hujung minggu lalu saya tengok wayang cerita seram The Swimmers. Selamba saya tanya budak penjual tiket kat kaunter cerita mana yang sedap. Dia beritahu cerita Swimmers. Saya tanya sebab saya tidak pernah dengar tentang filem ini.
 
Cerita seram ini berkisarkan cerita cinta tiga segi yang akhirnya membawa malapetaka kepada ke tiga-tiga segi tersebut (tiga orang). Seperti biasa pada beberapa adegan cerita saya tutup mata kerana seram sangat.
 
Cerita seram ini cerita serius, bukan macam cerita seram kita yang kebanyakannya jenaka. Emmm...
 
Cerita berkisarkan tiga remaja yang bernama Tan, Ice dan Perth. Jangan terkejut, kebanyakan adengan, mereka berpakaian renang di kolam renang ( tak kan di pasaraya atau sawah padi pulak). Cerita ini diklasifikasikan 18X.
 
Perth, Ice dan Tan
 
Tan adalah pemuda renang yang tersohor dan glamer di sekolahnya. Tan ni ada kekasih bernama Ice yang cantik jelita yang bukannya perenang. Tetapi Ice ini akhirnya curang di belakang Tan sebab asyik digoda oleh Perth (kawan Tan sendiri) yang juga perenang popular di sekolah tersebut. Cerita mula menyeramkan apabila Ice terjun ke dalam kolam yang kering dan mati. Disyaki bunuh diri...
 
Sebenarnya saya sudah syak mesti Ice bunuh diri kerana hamil anak Perth. Rupanya memang Ice hamil tetapi ceritanya lebih kompleks. Perth ni memang handsume dan tidor dengan perempuan adalah makanannya. Tidak hairanlah Ice meninggalkan Tan yang asyik berlatih renang jea 24 jam. Hati perempuan macam daun kayu...
 
 
Perth tak senang duduk sejak hari tu...
 
 
Seram sejuk dan `panas' saya melihat filem ini. Bila Ice hamil, kelam kabut jadinya...Perth beli ubat untuk keluarkan janin. Saya rasa ngeri sangat bila Perth letak janin yang masih bernyawa dalam kain dan perenyetkannya (atau ramaskan/tindihkan/hempap?) hingga mati... Eeee...
 
Tetapi pelik, sepanjang cerita saya kesian kepada Perth yang mendapat tekanan dan hukuman. Dan saya tak kesiankan langsung kepada Tan (sedangkan saya senasib dengan Tan...).
 
Akhirnya Perth belah perut dia sendiri untuk keluarkan janin yang makin membesar. Rupanya Ice telah bersumpah kepada Perth untuk merasai bagaimana rasanya mengandung dan terpaksa sembunyikan kandungan tersebut. Kesian Perth sampai pakai bekung...kawan-kawan ejek perut dia bulat. He he he.
 
Moral dan pengajaran cerita dari filem ini. Pada saya la...
 
1. Perempuan janganlah murah sangat.
 
2. Berlatihlah renang waktu siang kerana bila malam seram semacam jea.
 
3. Jangan bunuh diri di pintu, sukar orang nak lalu lalang.
 
4. Dalam bercinta kena curiga, kawan baik sendiri pun kita kena berwaspada.
 
5. Bila kita buat salah tentulah kita rasa berdosa.
 
6. Jangan guna password computer kita nama atau tarikh lahir kekasih kita.
 
 
Sekian...

Thursday, September 25, 2014

Majlis Pelancaran Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam [AKTA 672] : Pahang Tenggara

Dengan kata yang ringkas dan tepat Akta adalah undang-undang yang dibuat dan dilulusakan oleh parlimen. Bukannya undang-undang yang kerajaan negeri atau kerajaan tempatan yang buat. Bukan juga undang-undang mak bapak kita buat. Haaa..
 
Dan memanglah hidup ini perlukan undang-undang sebab bukan semua manusia bijaksana, waras dan setia.
 
 
Selepas meroticanaikan diri, pagi tadi saya dan Adnan ke tapak pelancaran Majlis Pelancaran Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam. Kami luang masa sekejap sahaja melawat tapak gerai.
 






Belon

Adnan terjumpa kawannya
 
Bagus juga Bandar Muadzam ini, ada la juga aktiviti yang memeriahkan suasana bandar sambil menyalurkan maklumat untuk masyarakat setempat.

Wednesday, September 24, 2014

Aku, dia dan lagu...

Semalam itu kami asyik bercinta
mengira satu matahari, satu bulan dan beribu bintang
Kami tidak tahu berapa penuh jumlahnya
kerana hati kami penuh
setidaknya hati saya...(dipenuhi bunga)

Dia hanya perlu senyum dan setia...
dan dunia ini saya yang punya
dengarlah lagu apa-apa pun
kerana resah itu saya
kerana rindu itu kami
Dia hanya perlu tersenyum dan tiada lagi Megamoll dan Kuantan Perade. Pasu-pasu.

Kami tiada lagu cinta...
Kerana ketika kami bercinta kami tidak sedar...(kerana kami bercinta)
Semua lagu adalah cinta
Tanpa cinta tidak akan ada satu pun lagu...percayalah
Semua lagu indah...(walaupun Nd La la yang nyanyi, he he he)

Cuma pada malam itu aku menujukan sebuah lagu padanya;
Lagu `Jangan ada benci" nyanyian Cassey.
Dia tidak puas hati kerana tidak akan ada perpisahan antara kami...(dia sangat yakin)
Dia memulangkan lagu itu dan aku melemparkannya dari jendela kereta...
Aku tidak akan membenciimu atas segala sebab...(aku sangat yakin)

Tetapi semalam itu telah lama aku tinggalkan, sudah bertahun abab
dan dia entah mana menghilang...

Yang hanya ada lagu sumpah-sumpah yang tegar
"Pabila dia menyentuh sekumtun bunga...
bunga itu akan terus hitam!"

Have a nice day... Bon Jovi (2005)

Semalam selepas memeriksa kertas jawapan, saya duduk sebentar merokok dan mendengar lagu Bon Jovi. Album ini sudah lama saya beli. Saya jarang mendengarnya walaupun ada beberapa lagu saya suka.

 
 
 
Saya jarang membeli album inggeris berbanding dengan album Melayu. Bukan kerana lagu inggeris tidak sedap di telinga saya (banyak lagu yang sedap didengar) tetapi lagu Melayu lebih dekat di jiwa saya. Haaa...
 
 
Zamang muda
 
 
Banyak lagu inggeris yang sedap didengar. Saya mula minat Bon Jovi semasa saya berada di UM. Apabila saya mendengar lagu `Always', saya terus jatuh cinta dengan lagu tersebut dan menjadi lagu kegemaran saya di walkan saya. Saya juga suka lagu `Its my life" dan "Livin on a prayer",
 
Salah satu album yang saya miliki adalah album `Have a nice day' keluaran tahun 2005. Tempo lagu ni cepat. Sangat sesuai di dengar pada pagi hari bila nak gi kerja.
 
ini Cd nya
 
 
belakang cd

 
Sekarang mereka sudah berumur tetapi masih mantap...




Kalau kita beli Cd ini kita dapat juga DVDnya.

Siap dengan buku kecil ada lirik...


Cover

Secara keseluruhan saya beri 8/10 untuk album ini. Tidak rugi membelinya sebab memang kebanyakan lagu sedap didengar membuatkan kita rasa muda dan banyak perkara yang kita belum terokai di dunia ini...Adanya.


Tuesday, September 23, 2014

Operasi penyediaan dan pengendalian soalan UPSR

Kebocoran soalan peperiksaan boleh berlaku di mana-mana, di semua peringkat jika manusia tidak amanah. Kewujudan sistem dan alatan yang canggih tidak dapat melawan sifat manusia yang tidak amanah, pentingkan diri dan menyusahkan orang. Golongan ini akan kebal pada mana-mana sistem.
 
Buatlah sistem atau aliran kerja gajah rimau pun, ia sesen tidak berguna jika kepala otak manusia sudah korap.
 
 
 
 
 
Abang Jan percaya dengan sistem yang ringkas dan alatan yang kuno tetapi dengan sifat amanah yang tinggi, peristiwa kebocoran yang memalukan ini tidak akan terjadi. Kita semua patut rasa malu dan terduduk. Kita patut rasa malu kerana wujudnya segolongan masyarakat yang bukan sahaja tidak dapat menyenangkan masyarakat lain tetapi menyusahkan pula.
 
Dengan hanya membaiki dan mengemaskinikan sistem tanpa `membaiki' manusia, ia adalah usaha yang jangka pendek dan tidak akan berjaya untuk selamanya.
 
Persoalan yang lebih besar bukannya sistem tetapi bagaimanakah mahu memupuk dan mewujudkan sifat amanah pada rakyat Malaysia? Pada peringkat mana dan dalam bentuk apa?
 
Abang Jan: Suka tengok monyet dekat Pantai Teluk Cempedak
 
 
 
 


Monday, September 22, 2014

Bukan semua cikgu teruk...

Seperti juga bidang kerjaya yang lain, bidang perguruan juga berkemungkinan memiliki pekerja yang negatif. Adalah suatu yang tidak rasional untuk menuduh guru sekarang tidak berintergriti.

Tentulah dalam hampir setengah juta jumlah guru tersebut (yang kita miliki) ada yang tidak amanah, sakit jiwa, cuai dan sebagainya. Begitu juga dalam bidang lain...

Bilangan Sekolah

RendahMenengahJumlah
7,7332,33310,066

Bilangan Murid (Enrolmen)

Prasekolah188,192
Rendah2,814,681
Menengah2,301,328
Jumlah5,304,201

Bilangan Guru

 LelakiPerempuan
Rendah72,266164,047
Menengah55,155121,252
Jumlah127,421285,299
Data dikemaskini pada 26 Dec 2012 (dari Laman web KPM)


Entah mengapa bila para guru dikecam, saya terasa hati. Saya pernah menjadi guru. Mengajar pelajar SPM dan STPM. Saya pernah berkawan dengan ramai guru. Hampir kesemuanya saya senangi dan kagumi. Bukan senang hendak mengajar orang yang tidak mahu belajar dan tak sedar diri (dalam sesetengah kes la, he he he).

Untuk mencari guru yang sempurna amatlah sukar (samalah juga mencari pasangan yang sempurna, rujuk pasangan kita. he he he), sama juga dengan mencarinya dalam bidang lain. Pendek kata kalau kita sendiri haprak, apa saja kerja akan tidak menjadi.

Cikgu sekolah rendah ada yang basuh berak muridnya, cikgu sekolah menengah selalu juga bergegas ke klinik jika ada muridnya sakit. Seolah-olah keluarga melepaskan kepada guru pula. He he he.

Setelah soalan UPSR bocor, ramai yang meragui para guru. Namun pesan saya hanya pendek dan ringkas sahaja. Guru yang baik tetap baik...guru yang tak baik tak baiklah perbuatannya.

Abang Jan: Bak bapak murid baik sangat ke? huh!





 

Thursday, September 18, 2014

Kertas UPSR bocor: Kesan buruk daripada KPI?

Dahulu saya pernah berfikir negatif  adakah selama ini kecemerlangan keputusan di kalangan pelajar kita (yang selalu dicanang akhbar) saban tahun adalah hasil daripada `pandai'nya guru mereka `menggambarkan', dan `meneka'  soalan yang akan mucul, dan bukannya bersedianya pelajar kita ke atas segala bentuk soalan yang akan muncul. Emm...
 
Namun sekarang terfikir pula adakah selama ini soalan tersebut  memang bocor tetapi pada tahap ciput,  terkawal dan dirahsiakan di kalangan pihak tertentu. Maksud `tertentu' saya mereka adalah guru-guru atau sekolah-sekolah yang mendapat soalan. Ini bukan satu tuduhan tetapi hanya menyatakan suatu kemungkinan.
 
Yang nyata masyarakat menjadi semakin punah. Sistem yang selalu diperbaharui rupanya mewujudkan lompang yang besar untuk individu meraih keuntungan diri atau pihak sendiri. Guru dan pihak sekolah terdesak untuk muncul sebagai sekolah cemerlang dengan memiliki pelajar yang memiliki banyak A dalam setiap subjek. Banyak A dan cemerlang adalah penting supaya sekolah menerima status Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) manakala bagi guru pula ianya penting untuk memenuhi KPI peribadi agar mendapat habuan kenaikan pangkat.
 
Baguskah kita bila berkiblatkan KPI semata-mata?
 
 
 


 
 Abang Jan: Masyarakat jenis apakah yang kita mahu lahirkan? Huh!

Hukuman apa yang paling setimpal untuk pembocor soalan UPSR?

"Mak rasa hukuman apa yang paling setimpal untuk pembocor-pembocor soalan UPSR tu?"  Tanya saya kepada emak apabila kami melihat isu tersebut di berita perdana TV3, saban hari.

"Biar mereka menyesal betul-betul sebab menyusahkan ramai orang di seluruh Malaysia". Tambah saya sambil mencapai piring roti berlauk.
 
"Mereka ni pengkhianat mak, tak ada semangat patriotic langsung!" Tambah saya sambil menyumbat roti berlauk ke mulut. Memang mak saya ada buat roti berlauk. Roti berlauk ni macam murtabak tetapi jauh lebih simple sebab guna kunyit, lada hitam, garam, gula dan telur sahaja. Sejak mak ada berat badan saya dah bertambah 3 kilogram. Kadang mak buat bubur kacang, kadang mak buat jemput pisang, nasi lemak dan sebagainya.
 
"Penjara 10 tahun". Jawab mak saya sepatah.

"Tapi kesian jugak tengok mereka ni..." Jawab mak saya pulak bila lihat kepala tertuduh diserkup dengan kain. Sarung bantal kot.
 
Beberapa hari ini saya asyik bertanyakan orang di sekeliling mengenai apa hukuman yang setimpal. Sebabnya saya tak yakin hukuman yang akan diberikan setimpal. Contohnya di Malaysia (yang kononnya beradab dan tebakl nilai ketimuran) ni, jika rakyatnya berbogel di khalayak, hukumannya RM400 sahaja.
 
Ada kawan saya sarankan lima tahun. Ada yang juga sarankan penjara lapan tahun...


 
 

Wednesday, September 17, 2014

Kadir Jasin backs Dr M on ‘lazy Malays’ remark

Datuk A. Kadir Jasin

Veteran editor Datuk A. Kadir Jasin (pic) has come to the defence of Tun Dr Mahathir Mohamad who had received flak for saying Malays are lazy, adding that some Malays did live in misery due to their own attitudes.
 
While noting that not all Malays were like that, the former editor-in-chief of English daily New Straits Times also cited examples of those who took the easy way out.
 
He mentioned those who were given subisidised fertiliser for their own farms, but they sold it in order to fund gambling and other activities.
 
He said they racked up debts by buying Honda, Yamaha and Suzuki vehicles and then became Mat Rempits to participate in illegal races “until they die”.
 
"I want to ask again, what kind of Malays we want to strenghten the economy?" he wrote in his popular blog today.
 
Last week, Dr Mahathir had lamented that Malays no longer felt ashamed of failure.
 
Malaysia's longest serving prime minister said he had failed to change the mentality of the Malays in his 22 years of helming the nation.
 
"I spent 22 years trying to change the Malays, but I admit I failed. However, there are a few success stories," he said in his remarks after launching a book by Anas Zubedy on Thursday.
 
"If anyone asks me today, I would have to say Malays are lazy," he had said.
 
Yesterday, Dr Mahathir defended his criticism of Malays, admitting that he was ashamed that they had been left behind by the forward-thinking Chinese community.
 
The statesman had said the Malays were still lazy, citing the gender imbalance at institutions of higher learning where the majority was women.
 
"The Malays are lazy. They are not interested in studying and revising. If we go to the universities, 70% of the students are women. Where are the men?"
 
"They prefer to become Mat Rempit, that is why I said they are lazy," Dr Mahathir told Umno mouthpiece Utusan Malaysia in an exclusive interview published on Sunday.
 
Dr Mahathir's comments raised a storm although the Selangor chapter of Malay rights group Perkasa had termed it as "fatherly advice".
 
Kadir Jasin said today people should not be upset or sulk over Dr Mahathir's remarks as not all Malays are lazy. Some are hardworking and excel in what they do.
 
"Give them a crutch and they will turn it into a paddle and a pillar," he said.
 
He noted that there are those from the community who had made a name for themselves and live well all over the world.
 
Citing legendary Malaccan warrior Hang Tuah’s famous rallying cry that Malays will not vanish from the world, Kadir Jasin said the Malays are rulers and made up the bulk of the civil service, such as the police force, Customs and Immigration department, as well as the teaching profession.
 
However, he said the majority of those arrested for corruption and cheating are also from the Malay community.
 
"The Malays who take bribes are jailed. Nothing happened to the Chinese and Indians who give bribes. If there are any, it is only one or two," he said.
 
The Malaysian Insider – Mon, Sep 15, 2014

Enrique iglesias greatest hits (2008)

Covernya muka sedih, entah kenapa...

CD ini keluaran tahun 2008. Saya membelinya setelah saya dapati (mengikuti perkembangan albumnya) banyak jugak lagu sedap yang dinyanyikan oleh Enrique. Saya hanya beli Cd kompilasinya sahaja. saya tak beli album studionya.

Dan bila kita beli CD ini kita dapat juga DVD yang memuatkan 11 lagu yang ada video klip. Tak berkelip mata melihat ada antara video klipnya yang seksi habis.

Muka belakang...
 
Saya jarang membeli CD lagu inggeris. kebanyakan koleksi saya lagu Melayu. lagu melayu unik dan mewakili perasaan saya, pun begitu saya ada juga beli album inggeris kalau saya dapati lagunya boleh saya terima...
 
Lagu yang paling saya suka pastilah HERO. Kalau ada orang yang rela mati kerana kita, maknanya dia sangat mencintai kita. Ada ke? Cuba tanya pasangan masing-masing... Tanya dengan ikhlas. He he he.

Setelah lapan kali kecewa, saya sudah tidak percaya kepada cinta. namun tidaklah pula saya menafikan adanya cinta sejati...he he.
 
Ini liriknya:



 
Ada juga lagunya dengan Kak Wit (Whitney Houston). Lagu ini mempunyai rentak yang memberahikan jiwa. Tajuk dia, Could I have this kiss forever.


Bersama mendiang Kak Wit
 
sekian...
 
 


Evil has a Beginning...

Hari jumaat minggu depan (19/9/2014) mak saya akan balik kampung. Saya sudah mengisi borang cuti dengan alas an mahu balik kampong,  mahu hantar emak.
 
Dalam dunia ini ada lebih 6 billion manusia, saya yakin mak sayalah yang paling sayangkan saya. Mak saya terima saya seadanya. Termasuk kekurangan dan kelemahan saya. Dia sayangi saya tanpa sebab yang munasabah. Saya telah cuba cari, jawapannya mungkin saya adalah anaknya. Satu jawapan yang logik.
 
Mak sudah dua minggu duduk di rumah saya. Mak saya kata saya sudah tidak seperti dulu (dulu saya selalu juga termenung), kini saya semakin ceria. Saya menyatakan semuanya sudah berlalu... Ya, saya menipu emak saya. Ya allah maafkanlah saya.
 
Seperti yang saya pernah kata. Saya tidak akan pernah sembuh. Saya hanya berjaya kawal diri dan terus menyusuri kehidupan ini sehingga akhir hayat. Bukan semua orang boleh bangkit...dan saya memang tidak boleh bangkit lagi...saya hanya menerusi satu perjalanan.
 
Sumpahan saya tak akan dapat saya tarik balik. Tiada kuasa yang boleh menawarkannya... Saya bersumpah dia menyesal seumur hidup. Saya bersumpah pada setiap matahari terbit tiada kasih sayang sejati akan menghampirnya...
 
Ya, hati saya tidak sebaik dahulu...
 
 

Makna merdeka berbeza bagi setiap orang...dan kisah jerawat saya.

DALAM erti kata lain, merdeka boleh dirujuk kepada `bebas'. Apabila Tunku melaungkannya, ia membawa seribu jalan ke arah bebasnya kita membentuk sendiri negara yang kita cintai. Taklah kita cintai bumi yang milik kita tapi dikuasai orang lain (orang putih). Semangat ini berkobar-kobar bagi generasi lama. Ya, bukan generasi kita yang lahir selepas merdeka.
 
Jujur kata, bagi warganegara Malaysia erti kemerdekaan adalah berbeza. Tambahan lagi kita sudah mencapai kemerdekaan (dan lebih separuh daripada kita memang lahir selepas kemerdekaan). Bila sebut merdeka, tidak semua akan merujuk kepada terjajahnya kita pada suatu masa dahulu.
 
Skop kemerdekaan bagi kita telah semakin luas dan besar. Erti kemerdekaan tidak merujuk kepada dijajah lagi. Bagi seorang suami, pulangnya ibu mertua yang mahu mengatur cara kehidupan keluarganya merupakan satu keadaan merdeka. Rasa berbekam dalam dada berganti lega. Apa tidaknya dating bertunggu rumah di rumah kita dan serba serbi dia nak masuk campur.

Begitu juga bagi si isteri bila mak mertuanya sakit atau mati. Tidak adalah lagi yang akan komplin rasa lauk tawar la, kena diet la... Anak lelaki dia suka ni la, suka tu la. Huh! kita jea kena jaga anak lelaki dia. Kita ni sebagai isteri macam mana pula? Sapa nak jaga? Huh!

Bagi remaja, mereka rasa merdeka sebab mak bapak tidak melihat buku kerja sekolah mereka, tidak bertanya dengan jantan/betina mana mereka ke hulu hilir, dan seumpamanya. He he he.

Bagi pelajar UPSR dan gurunya, mereka masih lagi tidak merdeka, he he he.
 
Mungkin bagi sesetengah orang, mereka mahu merdeka daripada keadaan miskin. Tidak lagi mahu tak cukup makan dan pakai.

Mungkin juga apabila jerawat yang bertepek tamu di ruang muka hilang kita rasa merdeka?. Sebab kita tidak lagi rasa dikuasai. Kita boleh bebas ke sana ke mari dengan selesa.  Walaupun saya sudah berumur, saya dapati jerawat masih lagi galak tumbuh di muka saya. Saya bukanlah handsum (certainly not by Malaysian standards), saya bimbang sudahlah tidak handsum tetapi berjerawat pulak.

Soal sekecil itu menjadi besar bagi saya...

Monday, September 15, 2014

Saya masih lagi membeli CD

Saya dapati generasi yang lebih terkemudian sudah amat berbeza dengan generasi saya. Beberapa perkara termasuk cara hidup sudah amat berbeza, (itu bukan lagi dibandingkan dengan pemikiran).

Salah satunya saya masih membeli CD. Membeli CD masih merupakan aktiviti bagi saya. Saya pernah keluar rumah semata-mata mahu cari CD Datuk Sharifah Aini. Saya bukannya jenis yang kunjungi kedai CD sebagai aktiviti sambilan bila ke Bandar atau pasar raya.

Pernah juga saya ke Giant Kuantan semata-mata nak ke kedai CD.

Saya memang berniat untuk ke kedai untuk membeli CD. Saya akan ke kedai membelek-belek CD lain juga. dan kadang-kadang saya dapati ada CD terbaru bagi beberapa orang artis yang saya kenal. Walaupun saya menyampah gila dengan juru jual yang bertanya saya mahu cari CD apa?, saya tetap ke kedai membeli CD.

Kesimpulannya, saya masih lagi membeli CD, saya tidak dipengaruhi oleh keadaan ekonomi semasa dan sebagainya (termasuk peredaran zaman). Saya masih ke kedai CD untuk membeli lagu-lagu yang saya mahu dengar.
 
Saya bukan jenis `download' dari internat...

Sekian...

Friday, September 12, 2014

Fauziah Latif No 1




 
Suara Fauziah Latif tidaklah sesedap mana di telinga saya tetapi beberapa buah lagunya berjaya meresap masuk ke sanubari saya. Itulah kuasa muzik.

Banyak juga lagu dendangannya tentu lebih sedap jika orang lain yang nyanyikannya...he he he.
 
Saya tidak pernah membeli album nyanyian Fauziah Latif kerana kekuatan vokalnya tidaklah sekuat mana dalam 2.8 sahaja,  tetapi entah kenapa pada masa tersebut saya telah membelinya di Giant Speedy.
 
Namun berbaloi jugalah kerana boleh laaa dengar sambil tarik kain selimut.

Apa nak jadi dengan saya? Sejak Kak Pah tiada...tak tahu nak beli CD apa...
 

Thursday, September 11, 2014

Pensyarah saya menulis: Undang-undang dan pertumbuhan ekonomi




Oleh: Prof Datuk Dr Norma Mansur

Sistem undang-undang di Malaysia sudah beberapa kali menjalani transformasi sejajar perkembangan norma masyarakat dan keperluan tempatan. Kedaulatan undang-undang adalah konsep multi dimensi yang mencerminkan pelbagai perspektif yang berakar umbi daripada budaya, politik, institusi dan konsep keadilan masyarakat. Namun, bagi mencapai pertumbuhan ekonomi, kerajaan mengakui betapa pentingnya kedaulatan undang-undang.
 
Undang-undang ialah apa juga peraturan, piawaian dan norma bertujuan memastikan keadilan. Keadilan penting untuk kebajikan masyarakat dan mewujudkan persekitaran kondusif untuk pembangunan ekonomi dan kemajuan negara.
 
Kedaulatan undang-undang penting untuk pembangunan kerana ia memastikan keselamatan diri melalui sistem sosial dan ekonomi yang adil, menjamin keselamatan harta dan penguatkuasaan kontrak, melalui sistem yang mengimbangi kuasa dengan mengukuhkan akauntabiliti serta memastikan tadbir urus yang baik.
 Ia juga menggalakkan pertumbuhan ekonomi melalui penghapusan rasuah dan tindakan pihak swasta mengaut keuntungan sewenangnya dengan mengetepikan kebajikan pengguna. Dengan kata lain supaya pengagihan sumber dan perkhidmatan adil dan saksama.
 
Kekalkan undang-undang
 
Fokus utama kedaulatan undang-undang untuk mengekalkan undang-undang dengan mencegah, mengurangkan dan menghalang konflik, jenayah dan keganasan bagi membolehkan pertumbuhan ekonomi. Untuk memastikan pembangunan mapan, kedaulatan undang-undang perlu diperluaskan kepada perlindungan alam sekitar dan sumber semula jadi.
 
Namun, amat penting untuk memastikan undang-undang dan peraturan adalah jelas, relevan dan dikuatkuasakan dengan berkesan. Sebagai sebuah ekonomi terbuka, peranan undang-undang menjadi lebih penting. Kita mesti memastikan sistem undang-undang kita berkesan untuk persaingan adil dan saksama. Ia bagi memelihara integriti pasaran untuk mengukuhkan kelebihan daya saing perniagaan.
Kerajaan hanya ada satu medium untuk memastikan kestabilan terjamin, iaitu penguatkuasaan undang-undang dan peraturannya. Apabila kerajaan campur tangan dalam pasaran, ia perlu mengimbangi keperluan mengawal dan memastikan pematuhan, di samping memberi ruang atau fleksibiliti bagi membolehkan perniagaan berkembang. Mewujudkan struktur undang-undang yang mengambil kira kepentingan kedua belah pihak ini adalah amat mencabar.
 
Dalam keghairahan memastikan wujudnya peraturan, kerajaan memperkenalkan pelbagai undang-undang bertujuan memandu dan mengarahkan cara menjalankan kehidupan dan usaha ekonomi. Ada kalanya undang-undang dan peraturan diperkenalkan boleh menyekat kreativiti dan motivasi.
 
Ia juga boleh membebankan rejim pengawalseliaan dan berlakunya pertindihan kerana setiap pihak berkuasa ingin menjaga sempadan kuasa masing-masing. Keadaan bertambah buruk jika peraturan tidak telus dan kurang jelas. Akibatnya tafsiran adalah mengikut budi bicara dan memberi ruang kepada mengelakkan pematuhan. Undang-undang hampir sama dan kadang-kadang bercanggah pula boleh melemahkan penguatkuasaan, sekali gus menimbulkan keraguan mengenai keberkesanan kerajaan.
 
Kurangkan peraturan
 
Kerajaan sudah mengambil langkah mengurangkan peraturan dan menyedari pentingnya peraturan dan undang-undang mesra pasaran. Namun, peraturan dan ketetapan undang-undang boleh menyediakan rangka kerja tertentu dan telus bagi urusan perniagaan. Ia juga menggalakkan akauntabiliti dalam urusan perniagaan.
 
Undang-undang dan peraturan hanya berkesan jika ia dapat dipatuhi semua pihak. Pelaksana undang-undang dan peraturan mesti dilatih, dilengkapi pengetahuan dan sikap yang betul. Mereka perlu arif bukan sahaja yang tersurat tetapi juga yang tersirat. Ini bagi memastikan mereka tahu tugas mereka. Jika pelaksana kurang arif dan berlaku kesilapan dalam penguatkuasaan undang-undang, kesannya adalah reputasi dan kredibiliti kerajaan.
 
Tindakan pantas ke atas pihak yang melanggar undang-undang juga adalah mustahak. Jika ada persepsi, ada yang boleh terlepas daripada undang-undang, ia seolah-olah memberi isyarat melanggar peraturan boleh diterima. Ia juga bermakna kerajaan tidak serius undang-undang yang diperkenalkannya.
 
Bagaimana pula dengan organisasi dan entiti perniagaan? Sering kita dengar undang-undang bagi mereka amat membebankan dan rumit untuk dipatuhi.
 
Undang-undang digubal untuk memelihara dan melindungi kepentingan semua. Ramai yang mematuhi peraturan, tetapi kerap juga yang cuba mengelakkan pematuhan atau dengan harapan tidak ditangkap oleh penguat kuasa.
 
Peraturan keselamatan, tidak kira orang awam atau pekerja adalah sesuatu yang tidak boleh diabaikan. Adalah tidak melampau jika dikatakan mematuhi undang-undang dan peraturan adalah manifestasi semangat patriotisme dan cintakan negara. Selamat musim Kemerdekaan!
 
Sumber: Berita Harian
 
* Penulis ialah Profesor di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya.

Tuesday, September 9, 2014

Jemput mak di Kuantan, Amar mahu ikut


Kakak dan Abang ipar saya.


Pada minggu lepas, saya ke rumah kakak di Damansara, Kuantan. Saya mahu menjemput emak ke Muadzam. Sebenarnya mak sudah beberapa hari bermalam di rumah kakak. Memang janji hujung minggu saya akan jemput mak.
 
Seminggu saya menunggu hujung minggu, hati tak sabar jumpa mak. Saya ambik mak, untuk bermalam di rumah saya dulu di Indera Sempurna. Dan anak saudara saya Amar yang sedang berbogel pada ketika itu terus pakai baju mahu mengikut saya juga.
 
Gambar ini bernilai nanti, he he he
 
Amar sudah siap sedia mengikut saya...
 
Pada masa lalu abang Amar iaiatu Azlan rapat dengan saya tetapi kini dia sibuk dengan kelas tuisengnya untuk hadapai SPM tahun ini. Kalau tidak Azlan yang selalu ikut saya.
 
Saya bawa Amar dan mak ke Giant
 
Amar
 

Monday, September 8, 2014

Saya tidak mesra nombor

Kelmarin semasa saya  sedang memandu kereta dari tempat kerja pulang ke rumah, saya cuba mengingati berapa jumlah gaji saya yang setepat-tepatnya. Namun saya gagal sebab saya memang tidak dapat ingat jumlahnya.

Saya cuba mengingatinya sebab saya mahu buat pinjaman...lagi.

Salah satu kelemahan saya ialah nombor. Saya tidak tahu kenapa saya tidak mesra nombor. Semua di luar bidang kuasa saya. Pernah juga saya bertanya diri kenapa saya tidak mesra nombor tetapi sampai kini saya tidak tahu...

Saya tidak tahu nombor kereta kancil dan Pajero ayah saya. Begitu juga saya tidak tahu dengan nombor kereta kakak saya dan adik beradik saya yang lain. Saya tidak pernah ingat atau cuba hafal. Saya hanya ingat jenis dan warna.

Saya tidak tahu nombor kereta Adnan. Adnan kawan baik saya. Begitu juga nombor kereta kawan-kawan yang lain.

Saya juga tidak tahu nombor kereta pak saudara dan mak saudara saya kecuali kereta TA 6 dan TA 66. Saya ingat sebab sejak kecil saya berangan nak `beli' nombor itu dari mereka. Namun sampai kini saya tidak ada duit yang banyak untuk membelinya. Saya hanya bekerja sebagai pensyarah.

No TA 6 dan TA 66 ringkas sahaja, otak saya boleh hadam. Kot.

Semasa saya membeli kereta Myvi saya, saya membayar sedikit wang untuk memilih nombor tersebut. Saya bimbang nombor yang akan diberi tak mampu saya hafal. Inilah kenyataannya.

Saya tidak tahu gaji saya berapa RM dengan tepat. Saya hanya tahu pangkal nombor hadapan sahaja. Saya tidak tahu berapa gaji saya telah meningkat tahun lepas berbanding dengan tahun ini. Paling akhir saya tengok slip gaji pada beberapa tahun lepas bila saya berangan mahu membeli sebuah rumah lagi. Yang saya tahu kenaikan saya lebih dari RM150. Lagipun buat apa saya ingat sebab setiap tahun berubah. Kan?

Apabila kawan saya beritahu tempat berjumpa dengan menggunakan lorong berapa dan nombor kedai berapa...Saya tidak ingat. Saya hanya perlu tahu kedai tu dekat dengan bangunan apa. Selepas itu saya cari mutar itik.

Abang Jan: Bila saya dapat 8 untuk matematik di peringkat SPM, saya tidak terkejut. Saya terkejut saya lulus!.



 
 
 

Thursday, September 4, 2014

Adakah bergaji kecil satu hukuman dalam sesebuah kehidupan?

SEUMUR hidup saya, saya tidak pernah mendengar kawan-kawan saya atau manusia lain membuat pernyataan bahawa gaji mereka adalah mencukupi, apalagi berlebihan. Saya tidak pernah dengar pernyataan sebegitu walau sekali. .
 
Kalau saya ada mendengarnya saya akan berseparuh bogel mengelilingi gedung beli belah ECM di Kuantan dan kemudiannya  membayar denda RM400 kepada kerajaan Malaysia. (ini sebuah sindiran sahaja).
 
Hampir 100% kawan-kawan dan manusia di sekeliling saya menyatakan mereka tidak cukup wang, gaji mereka tidak cukup. Jadi pemikiran saya (dan juga mungkin orang lain)  terus terbentuk dengan mengatakan tidak mempunyai wang yang cukup adalah suatu kebiasaan. Tidak perlu dirungsingkan sangat. Semua orang begitu.
 
Saya harus juga kelihatan seperti tidak cukup wang. Dan saya tidak boleh kelihatan memiliki wang yang cukup kerana akan dituduh saya jadi begitu kerana saya tidak berkawin (bukannya saya pandai berjimat atau berhemah, bukan.). Selamat datang ke Malaysia.
 
Saya memang tidak cukup wang untuk membeli barang kehendak.... Untuk barang keperluan alhamdulilah ianya mencukupi. Dan saya juga berpendapat ramai orang lain yang sebenarnya cukup wang jika mereka betul-betul membeli keperluan, bukannya membeli kehendak.
 
Samalah bila saya lihat perokok yang bercakap pasal nak jaga kesihatan atau nak jimat duit. Saya rasa nak cari baldi...(nak muntah)
 
Kalau kita rasa sangat sengsara kerana tidak berkereta besar atau miliki kereta maka sengsaralah kita. Dan memanglah dalam keadaan begini gaji kita itu memang satu bebanan dan hukuman kepada kehidupan kita.
 
Namun kalau kita benar-benar membeli barang keperluan dan mengukur baju di badan sendiri, kita tidaklah sangat terhukum dengan gaji kita yang kita anggap kecil tersebut... (Seolah kita tidak sedar gaji orang lain adalah lebih kecil...)

Perbuatan dan perangai kitalah yang menghukum kita, bukannya gaji kita.
 
Entahlah...


 

Untuk wanita di luar sana... Anonymous on 8/12/14


bercakap pasal bercerai memang sedih tapi nak buat macamana dah habis jodoh, daripada makan hati tidak bahagia lebih baik ambil keputusan hidup masing-masing, cuma malangnya hal anak-anak bekas suami lepas tangan, tentu tidak adil..Tapi Alhamdulillah senjata ampuh sabar tawakal berusaha..semua anak-anak berjaya dalam bimbingan seorang wanita...bercerai tidak menyebabkan saya hilang akal kewarasan...setitis airmata tidak saya gugurkan kebumi hanya kerana seorang bekas suami yang tidak bertanggungjawab..saya sangat2 bersyukur kerana perceraian itu dan saya berterima kasih kepada dia diatas sumbangan penderitaan yang dia hadiahkan buat saya..jika tidak saya tidak akan menjadi seorang wanita hebat seperti hari ini. buat wanita diluar sana tak usah bersedih andai berlaku perpisahan kerana bukan penamat hayat kehidupan melainkan dijemput maha pencipta, tapi teruskan langkah, usah jadi wanita lemah, usah sangat bergantung harap kerana rezki sentiasa ada berusaha dengan penuh semangat waja... on Saya telah bercerai 3 jam lalu
Remove content | Delete | Spam

Anonymous on 8/12/14
 
 
 
Abang Jan doakan sepenuh hati agar Anon (Anonymous) sentiasa tabah. Setiap manusia mempunyai skrip hidup berbeza. Bukan Abang Jan tetapi hanya Allah sahaja yang tahu apa yang Anon telah lalui dan alami. Bercerai sayang, berpisah kasih dan habis jodoh bukanlah suatu yang mudah ditangani.
 
Abang Jan percaya kebahagiaan yang paling bahagia di dunia ialah kasih sayang keluarga kita. Ada suami isteri dalam keluarga. Namun kalau kehidupan berkeluarga tidak sepertinya ia akan seumpama bara yang berada di bawah katil. tentulah kita tidak mahu kekal dalam perkawinan yang menyesatkan kita dari cahaya kebahagian.
 
Abang Jan kagum dengan ketabahan Anon. Abang Jan percaya Allah tidak akan membiarkan umatnya terseksa dalam perkawinan sehingga hilang harga diri dan kebahagian hidup. Sebab itulah walaupun penceraian dibenci Allah tetapi Allah halalkan jua.
 
Abang Jan doakan...semoga Anon berbahagia selalu dan sememangnya perjalanan kita penuh suka dan duka sehingga ke pengakhirannya.
 
 
 
 
 

Wednesday, September 3, 2014

Harga moral di Malaysia: Jom berbogel?

 
Kali terakhir saya berbogel di tempat lapang adalah di Pulau Redang, di kawasan pantai yang sangat cantik dan damai. Saya mandi dengan bebas bersama kawan-kawan. Pada masa tersebut saya rasa tindakan saya betul kerana saya bukannya berada di jalanraya atau supermarket... Tidak banyak pertimbangan yang saya lakukan, nawaitu mahu berbogel itu timbul secara tidak sengaja dan dirancang. Maklumlah saya masih muda, awal 20an gitu. Badan pun tengah sedap.

Khabarnya pasangan pengantin yang bergambar pengantin separuh bogel tersebut telah didenda sebanyak RM400. Saya berpeluang melihat gambar-gambar meraka. Cantik pasangannya, memang bagai pinang dibelah dua. Sama cantik, sama padan.
 
Tetapi saya mahu bawa cerita lain... Saya bawa cerita tindakbalas kerajaan dan undang-undang yang kita ada. Saya mahu merujuk kepada undang-undang kita miliki pasal moral dan etika. Undang-undang yang dikatakan dapat membentuk moral kita.
 
Moral adalah nilai yang kita beri dan ianya berbeza antara negara, kaum, tempat dan kelompok agama. Maka bertambah sukarlah kita untuk mentafsirkannya. Ada suatu kaum yang tinggal di utara dunia, mereka akan menganggap suatu tindakan tidak bermoral jika kita sudah bekerluarga tetapi masih memelihara ayah dan ibu kita. Pulak dah. Pelik kan pentafsiran moral mereka.
 
Tetapi `pegi mari - pegi mari' moral adalah suatu tanggapan umun tentang sesuatu perkara dan kejadian. Nilai yang masyarakat secara pura berikan...terhadap kehidupan yang sepatutnya dilalui.
 
Jadi kita telah menilai dan membuat keputusan hukuman ke atas pelanggaran nilai `tersebut' berharga RM400 (apabila kita hanya pakai coli dan berseluar dalam di jalanraya). Itu nilai moral kita dalam bentuk ringgit.

 Jan: Kalau telanjang bulat berapa RM yea?
 
 
 

Tuesday, September 2, 2014

Angry Wife Syndrome*

Saya terkedu sebaik sahaja dia marahkan suaminya di hadapan orang ramai. Di hadapan tv LED dan LCD. Saya beralih ke belakang sebab rasa malu melihat muka suaminya. Namun isterinya terus meninggikan suara dengan nada memerintah menunjukan jari ke arah sebuah LED.
 
Tidak sanggup saya melihat kejadian itu saya terus ke tempat peti sejuk.
 
Kejadian ini berlaku di ECM minggu lepas, kebetulan saya mahu membeli sebuah LED. Tidak terduga dapat lihat drama sebabak yang dipentaskan secara langsung di hadapan saya. Teruk betul perangai isterinya. Tidaklah patut dia marahi suaminya di khalayak ramai hanya kerana sebuah LED.
 
Bengis sungguh isterinya. Isterinya mahu membeli tv yang berharga RM1700, manakala suaminya mahu beli yang harga RM1399. Drama tersebut juga ditonton oleh beberapa orang yang berada di situ...
 
Saya rasa tidak patutlah seorang isteri memarahi suami di hadapan orang ramai hanya semata-mata mahu kehendaknya dituruti. Kalau nak marah sangat tunggulah bila sampai di rumah... Berbalah bergomol pun tak apa...
 
Saya terus hilang selera nak beli LED, saya terus ke tempat nasi ayam...
 
* The common habit that all married women develop. A tactic used by wives for centuries to intimidate their husbands into getting their way. He he he

Kadang-kadang

Kadang-kadang apabila realiti tidak menjadi, muncullah fantasi...

Home