Tarikh: 21 Ogos 2014.
Hari: Khamis.
Jam: 3 petang.
Tempat: Pantry AB.
PADA 21 Ogos 2014 yang lalu FiED (Finance and Economics Department) di mana tempat saya bekerja telah mengadakan jamuan aidilfitri. Majlis ini disambut secara sederhana namun kemeriahan tetap terserlah.
Mulanya Nik (kawan saya) berkali-kali bertanyakan saya adakah kami akan sempat untuk mengadakan majlis ini. Saya merasa amat sukar untuk menetapkan hari yang bersesuaian kerana masing-masing sedang sibuk kerana kami sudah berada pada minggu-minggu akhir semester.
Ada ketupat dan rending, tanda aidil fitri |
Walaubagaimana pun dengan bantuan kawan-kawan lain, majlis tersebut tetap dijalankan. Ini sebenarnya merupakan acara tahunan di jabatan kami. Kami tidak sempat menempah makanan, kami bawa apa yang ada dan sempat dimasak.
Banyak makanan yang disumbangkan oleh ahli jabatan. Ada yang memasaknya sendiri dan ada yang membuat tajaan. Contohnya Nurul Wahilah telah menaja sebijik kek dari Sikeret Rasipi....
Nik macam biasa bertungkus lumus, kelihatan juga tuperware saya, he he he
|
Nik orang kuat majlis, dari pagi saya sudah mengikutnya membeli bahan-bahan bersamanya. Untuk mengelakan fitnah melanda kami, Fad juga turut serta. Tak eloklah saya ke hulu ke hilir ikut bini orang, apa kata masyarakat? Haaa...
Saya juga membeli gula untuk dimasak. Saya akan sediakan air minuman.
Puan Noriza ketua jabatan kami melawat persediaan majlis kami. |
Nash dan Dr Mat Nor memilih hidangan... |
Bunga-bunga FiED... |
Dalam jabatan saya majoritinya adalah wanita, jadi untuk menyediakan juadah tidak menjadi masalah. Ada antara mereka pandai memasak bertaraf bintang...(bintang dapur la...)
Tetamu: Mahfuzah dan Dr Jurefa... |
Selamat hari lahir...Bunga bulan Ogos kami... |
Kek Sikeret Rasipi tersebut juga menjadi kek hari kelahiran Sal, Rositah, Fara, Noraini dan Nik... Selamat hari kelahiran semoga mereka bertindakbalas terhadap angka tersebut. Tetapi orang perempuan selalu nak Nampak muda jea..he he he.
Kek itu memang sedap. Thanks Ila.
Edie cantik sekali, gambar ini tidak diedit... |
Pada petang tersebut Nor Edie berbaju merah hati. Mungkin baju rayanya Saya suka warna merah, jadi saya pilih gambar ini sebagai gambar terbaik. Edie senyum selamba sambil memegang makanan. Gaya ini selalu dia gunakan bila majlis makan-makan.
Boss besar gelak... |
Timbalan Dekan, Dr Shahrul juga datang untuk memeriahkan majlis. Kelihatan dalam gambar di atas mereka tergelak besar. Entah apa yang diperkatakan...tetapi jarang berkesempatan melihat Dr Shahrul gelak.
Tudung Meesham tiga lapis! |
Kelihatan Encik Baha tersenyum handsum bersama rakan-rakan... |
Salwati dan Meesham tersenyum riang... |
Selfi pulak dah... |
Saya suka berselfi sana sini. Saya tidak makan banyak sebab mahu memastikan majlis berjalan lancar dan semua orang gembira.
Majlis itu juga diserikan oleh seorang `seleberiti' jabatan yang telah masuk akhbar Harian Metro, iaitu Puan Rositah. Puan Rositah terkenal dengan taglinenya "Kita mesti ada asset".
Timbalan dekan kita Puan Nurazariah Abidin |
Timbalan dekan Puan Hazariah juga hadir. Beliau memakai tudung yang bercorak abstrak dengan warna yang garang. Tudung tersebut cantik, begitulah juga dengan tuannya...(ambil hati sikit, he he he).
Ketika di Tunas Manja saya beritahu Fad saya makan nasi beras Taj Mahal sebab nak jaga kesihatan. Saya darah tinggi. Saya telan pil setiap hari. Doktor kata jangan sesekali tinggal makan ubat... Kalau ikut nasihat doctor hamper semua benda saya tidak boleh makan, huh!.
Suasana sangat meriah dan kami makan tidak terhenti henti... Masa-masa beginilah dapat kami berkumpul kerana biasanya kami sibuk 24 jam...
Hamidah (ketua subjek saya) memakai baju rayanya yang berkelip-kelip... |
Sekian sahaja, saya nak ambik kesempatan untuk mengucapkan Selamat hari raya, maaf zahir batin kepada kawan-kawan saya.... atas mana-mana penulisan saya yang tidak sepatutnya... Saya hanya berniat bergurau sahaja...
SEKIAN...
No comments:
Post a Comment