MINGGU lalu saya berkesempatan menonton filem Into the Storm. Sebenarnya saya ke Megamall untuk mencari enam helai sarung bantal. Pada hari raya nan lalu, saya ada beli enam bantal kekabu, jadi saya memerlukan sarung bantal.
Enam bantal tersebut untuk saya letakan di 1000 Mawar. Senang bila keluarga datang ada bantal yang mencukupi. Sekarang jumlah bantal telah melebihi 10.
Muka saya kat pawagan (diedit) |
Namun hendak dijadikan cerita saya berkesempatan menonton wayang. Satu cerita lagi ketika saya hampir sampai ke kaunter tiket barulah saya sedar baju saya pakai terbalik. Saya terus berpatah balik menuju ke tandas. He he h
Filem ini biasa saha pada pandangan saya. Filem-filem malapetaka alam ini telah banyak dibuat oleh Hollywood. Saya tidaklah teruja sebab cerita sebegini keluarbiasaannya adalah kesan khas yang digunakan.
Memang cerita untuk berhibur...
Memang cerita untuk berhibur...
Memang saya tertarik sekali melihat betapa `pandai'nya mereka buat filem menggunakan teknologi. Saya terus menikmati cerita dan berhibur. Jarang saya dapat menonton setenang ini. Cerita dia sangat santai, malas saya nak ulasnya di sini. Saya beri satu bintang untuk jalan cerita dan 4 bintang untuk kesan khasnya.
Bencana alam ditunjukan dengan teliti. Kemusnahan dibuat dengan sangat terperinci. Ditangan orang putih, semuannya Nampak `real' belaka. Mereka membuat filem secara bersungguh-sungguh.
Bencana alam ditunjukan dengan teliti. Kemusnahan dibuat dengan sangat terperinci. Ditangan orang putih, semuannya Nampak `real' belaka. Mereka membuat filem secara bersungguh-sungguh.
Selepas menonton saya terus cari sarung bantal tetapi tidak brjumpa. Maka saya beli pula empat helai tuala. he he he.
No comments:
Post a Comment