Saya masih lagi tidak `berani' untuk mendengar lagu allahyarhamah Biduanita Negara Datuk Sharifah Ani. Maka sehingga ke hari ini saya masih lagi tidak berniat untuk memutarkan lagu-lagunya. Biasanya saya mendengar lagu-lagunya hampir setiap hari. Saya hanya mampu memandang CD-Cd Kak Pah tersusun rapi di rak. Sekali sekala saya melihat cover CDnya.
Bagaimanakah perasaan saya nanti ya? Maksud saya perasaan yang akan lahir apabila pertama kali mendengar lagu Kak Pah setelah beliau tiada...
Tentu saya akan rasa sedih.
Saya juga tidak tahu untuk memilih lagu mana sebagai lagu pertama yang saya ingin dengar setelah Kak Pah tiada. Dengan rakaman lagu yang berjumlah 700 lebih dan terdapatnya lagu malar segar yang banyak. Sukar untuk saya pilih.
Banyak lagu yang merdu. Sesungguhnya beliau membekalkan kita banyak lagu-lagu yang indah di sepanjang zaman. Mana ada penyanyi yang dapat bertahan sepanjang zaman dan terus releven dengan dunia seni suara (terlibat dengan AF)? Hanya Kak Pah.
Saya suka semua lagu Kak Pah. Namun ada dua lagu yang saya selalu dengar. Lagu tersebut adalah lagu Bunga Tanjung. Lagu bunga Tanjung ini sangat luarbiasa bukan sahaja dari susuanan muzik worldview Melayunya tetapi juga kerana ia dibawakan dengan cara Kak Pah sendiri. Saya sudah mendengar lagu ini dinyanyikan oleh penyanyi lain. Bunyinya amat janggal di telinga saya. Maaf cakap.
Saya berani kata lagu bunga Tanjung adalah antara lagu yang sukar. Kak Pah sendiri pernah mengakuinya. Lagu bunga Tanjung telah dinyanyikan dengan merdu dan telah mencapai satu standard yang tinggi. Sukar bagi penyanyi lain untuk mencapai pada tahap itu. Apabila saya mendengar lagu tersebut, saya terasa saya seolah berada di istana sambil main buaian...sambil berwasap.
Tentang lagu Seribu Mawar pula...saya tidak akan ulas. Ia adalah kisah cinta saya. Runtun hati apabila mendengarnya. Ya allah ya tuhanku tunjukanlah kebenaran, lepaskanlah aku dari siksa ini...
Titik.
No comments:
Post a Comment