LEBIH sepuluh tahun lepas, saya adalah guru yang mengajar pelajar STPM. Saya mengajar pelajar tingkatan enam bawah dan juga enam atas. Maka saya peka akan keputusan peperiksaan STPM yang baru dikeluarkan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia kita bagi tahun 2013 sebentar tadi. Alhamdulilah terdapat peningkatan dalam pencapaian peratus lulus di kebanyakan mata pelajaran.
Saya ketika mengajar STPM |
Saya juga merupakan pelajar STPM, saya tahu benar untuk melalui perjalanan STPM adalah sukar dan tidak glamour. Apatah lagi jika kita bersekolah di kawasan pendalaman. Kelengkapan untuk kita mengajar dan belajar adalah sangat terhad.
Mungkin ada yang tidak setuju jika saya menyatakan sukatan pelajarannya walaupun 5 subjek adalah jauh melebihi pemberat yang ada pada kebanyakan kursus diploma yang ditawarkan di pasaran. Malah saya berani mengatakan `kepayahan' dan `standandard'nya mengatasi pogram matrikulasi yang dibanggakan oleh kementerian kita. Saya pernah berada di dalam sistem STPM (mengajar pelajar STPM) dan juga sistem Matrikulasi (mengajar pelajar matrik), izinkan saya menceritakan pengalaman saya.
Saya tahu polimek ini sangat sensitive dan pihak kementerian pernah membuat beberapa pernyataan yang pada pandangan saya adalah tidak tepat. Walaupun sangat ketara perbezaan di antara sistem ini, mereka bertegas antara STPM dan Matrikulasi standardnya adalah sama.
Daripada pengalaman saya (yang terlibat secara langsung), saya boleh katakana pelajar matrikulasi hanya belajar asas sahaja (surface) berbanding dengan apa yang pelajar STPM belajar.
Sekian terima kasih.
Jan: Kalau sama `standard'nya, kenapa tidak benarkan pelajar pilih salah satu darinya? Haaa... he
2 comments:
Salam.. Sya berbangga ..hihihi..yelah..tatkala rakan2 ke menara gading..I was still in uniform..- trinitoo
saya pun, he he he.
Post a Comment