Saya tidak dapat lari dari menulis mengenai kehilangan kapal terbang kita. Berita ini lebih berkuasa daripada berita hukuman liwat Datuk Seri Anuar Ibrahim, Che Ta mengandung? atau kenaikan menggila harga makanan kita.
Kawan-kawan dan para pelajar ada bertanyakan saya mengenai isu kehilangan ini, namun saya tidak dapat memberi sebarang komen yang dapat melegakan keadaan kecuali saya menyentuh teknologi manusia masih lagi mempunyai banyak kekurangan (atau teknologi Malaysia atau pengurusan teknologi Malaysia masih terlalu lemah?).
Sukar juga mahu menerima (walaupun tuhan boleh buat semua perkara, pelbagai takdir) kehilangan sebuah objek yang besar dan berteknologi pada zaman yang hampir semua orang (di Malaysia) mempunyai 2 handphone. Maksud saya ada teknologi tinggi.
Kapal terbang kita hilang dan tidak dapat dijejaki hanya selepas sejam melakukan penerbangan. Dan sehingga ke hari ini ia masih gagal dijejaki.
Kegagalan kapal ini dijejaki membawa banyak akibat buruk kepada imej negara dan rakyatnya. Ia membawa imej yang negative. Semakin lama gagal dijejaki semakin banyak masyarakat semakin berani membuat teori dan spekulasi. Bila membaca tulisan di internate terdapat spekulasi yang sangat memalukan dan hina (sebagai makhluk manusia yang sepatutnya bersimpati atas tragedy). Tetapi apa yang kita boleh kata? Memang manusia begitu... selamat datang ke planet bumi...(kepada makhluk asing yang membaca blog ini, dan berminat mengkaji sifat manusia).
Jika sebuah kapal terbang hilang pada 60 atau 80 tahun dahulu ia dapat diterima akal. Namun generasi sekarang sudah tidak percaya akan kegagalan mengesan sebuah objek yang besar (Boing 777 dengan penumpang lebih 200 orang!). Oleh itu timbullah pelbagai spekulasi yang menyusahkan situasi. Siapa yang bersalah? Maksud saya siapa atau pihak mana yang lebih bersalah...(walaupun sebenarnya tidak ada gunanya menyalahkan sesiapa kecuali demi membaikcekap SOP penerbangan pada masa depan).
Berpuluh-puluh buah kapal laut dan kapal terbang sedang mencari sebuah objek yang besar sama ada di laut atau di darat tetapi sehingga saya menulis cerita ini ia masih gagal dikesan. Hendak tidak hendak, kita kena akui `ya, sebuah kapal terbang boleh hilang pada zaman yang canggih ini!'. Kita boleh jawab ya, ya dan ya.
Ia boleh hilang begitu sahaja. Tiada komunikasi antara kapal terbang dan lapangan kapal terbang berlaku, tiada juru terbang meminta pertolongan cemas atau separa cemas, tiada sms dan khabar berita. Ia boleh lenyap begitu sahaja. Yang nyatanya objek tersebut telah berada di bumi dan ada kemungkinan kita mencari di salah lokasi...
Jika kita bersandarkan kepada kehilangan seseorang orang, semakin lama tidak dijumpa orang yang hilang, maka semakin tinggi risiko orang yang hilang itu selamat... Dan jika mengikut teori ini kita sepatutnya sudah bersedia untuk takut dan bimbang dan menerima apa sahaja takdirnya.
Jan: Sekian terima kasih...
5 comments:
Saya dan suami saya selalu byk teori tentang ini..kadang sampai teori yg kapal tu dah masuk demensi lain,. Mcm bermuda pun ada hehe..
he he he, kawan saya kata mungkin macam dalam siri `Lost". Ada kawan saya kata semua penumpang sedang bercuti dan bergembira di tempat lain.
entahlah Nong...
Sama2 kita doakan mereka masih selamat dan dpertemukan dgn segera ..
Ingatkan last ayat....'tapi hatiku yang ilang... tidak pernah siapa peduli' ......pulak dah....
hilang..
lesap..
entah di mana
Post a Comment